Thursday, September 4, 2008

DETIK NOKTAH BUAT BARISAN NASIONAL?

Itulah pandangan pemangku parti Gerakan Koh Tsu Koon yang disiarkan akhbar The Star hari ini.

“Barisan may have many ‘pots of milk’ because of the good work and goodwill we have achieved and accumulated over 50 years of nation-building. However, if too many drops of ‘blue dye’ continue to be sprayed, all of Barisan’s pots of milk will eventually be spoilt and we may be reaching a critical point of no return now.”
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/4/nation/22236980&sec=nation

(Barisan mungkin mempunyai banyak “balang berisi susu” hasil dari sumbangan yang baik dan sifat tolenrasi yang kita capai sepanjang 50 tahun dalam membangunkan negara. Bagaimanapun, jika terlalu banyak “titikan pencelup biru” terus dibiarkan menitik, maka kesemua “balang susu” kepunyaan Barisan akan lama kelamaan menjadi rosak dan kita sekarang sampai ke satu noktah yang kritikal buat Barisan).

Kenyataan ini dibuat menerusi kenyataan akhbar.

Jarang pemimpin mengeluarkan kenyataan akhbar kecuali perkara yang hendak dibangkitkannya amat penting.

Lazimnya, pemimpin disoal wartawan ketika menghadiri sesuatu majlis.

Kesimpulannya, mungkin bagi Koh Tsu Koon kenyataan akhbar ini perlu dikeluarkan kerana isu yang beliau ingin sentuh amat penting bagi beliau.

Berdasarkan kepada kenyataan beliau, jelas Koh Tsu Koon menyentuh kenyataan “pendatang” yang didakwa dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail.

Akhir-akhir ini, rakan sebantal Barisan – MCA dan Gerakan – tanpa segan silu membuat kenyataan terbuka mengkiritik dan mendesak diambil tindakan terhadap Ahmad.

Suara-suara seumpama jarang kedengaran sebelum pilihanraya umum ke 12 pada Mac 8 dahulu.

Sebelum ini isu seumpamanya ini selalunya disambut dengan kenyataan “kita akan bincang secara tertutup di dalam keluarga Barisan” tetapi hari ini lain bunyinya nada Koh Tsu Koon, Gerakan dan MCA.

Kemana perginya semangat setiakawan Gerakan yang selama 50 tahun lalu yang menghasilkan “berbalang-balang” susu seperti yang dinyatakan oleh Koh Tsu Koon?

Adakah kenyataan Koh Tsu Koon dan pemimpin-pemimpin lain di dalam MCA dan Gerakan menandakan semangat setiakawan Barisan semakin pudar?

Atau adakah suara-suara sumbang ini kesan dari rasa kurang hormat kepada Umno atau Umno sudah hilang taringnya?

Hanya pemimpin Barisan yang mengetahui jawapannya.

P/S: Menurut Malaysiakini dan mStar Ahmad Ismail hari ini membuat kenyataan berikut: “Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2c5c931d-c0a85062-14d774f0-30f7d7f0
http://www.malaysiakini.com/news/89112
http://www.malaysiakini.com/news/89117

No comments: