Showing posts with label ahmad ismail. Show all posts
Showing posts with label ahmad ismail. Show all posts

Thursday, September 11, 2008

AHMAD ISMAIL: SAYA BUKAN KAKI BODEK!

"Ini adalah qada dan qadar Allah. Saya reda. Dalam politik ada pemimpin dan ada pejuang, dan sebagai pejuang saya sanggup terima semua risiko demi menegakkan perjuangan saya."

"Tidak, tidak sekali-kali saya akan mohon maaf. Saya tidak melakukan kesalahan, fasal apa saya hendak minta maaf. Dan kerana itulah juga saya diambil tindakan oleh Umno, kerana saya bukan kaki bodek."
- Kenyataan bekas Ketua Umno Bukit Bendera Ahmad Ismail selepas digantung selama tiga tahun sebagai ahli Umno oleh Majlis Tertinggi Umno kerana mengeluarkan kenyataan berbau perkauman.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4c209866-c0a85062-158d9550-d0623bb0

Kata-kata ini pastinya tidak sedap didengar oleh para pemimpim Umno.

Portal berita pro-kerajaan, Malaysian Insider, menyifatkan kenyataan beliau sebagai satu perbuatan "ingkar".

Sekiranya lapuran Malaysian Insider tepat, maka kini "bola berada digelanggang Gerakan dan Koh Tsu Koon".

Ini kerana "MT Umno juga berpendapat semua parti komponen BN perlu bertindak tegas dan mengenakan hukuman disiplin terhadap mana-mana anggota parti yang bertindak atau membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan serta menjejaskan hubungan antara parti dalam BN."

Ahmad dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Malaysian Insider berkata:

"You can blame the Sin Chew Jit Poh reporter for manipulating the issue but who blew up the whole thing? It was Datuk Dr Teng Hock Nan followed by Tan Sri Dr Koh Tsu Koon who played the issue for more than seven-eight days.

"But I know, Tsu Koon has a party election coming up, so give him a chance to cari makan (earn a living).

"I also congratulate Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. He won this game, today is his day. Umno Bukit Bendera wishes to express our deepest gratitude for the 18 years that he has worked with us and for the unique way he has repaid the goodwill of Umno, Muslims and Malays.

"I would like to remind Malays in Bukit Bendera and all of Malaysia not to forget that if you support Gerakan, they will repay your goodwill in a very unique way, whether they are running under BN or not."

Terjemahan: "Anda boleh menyalahkan pemberita Sin Chew Jit Poh kerana memutarbelitkan isu ini tetapi siapa yang membesar-besarkan isu ini? Ia adalah Datuk Dr Teng Hock Nan diikuti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menyemarakkan isu ini selama tujuh lapan hari.

"Tetapi saya tahu, Tsu Koon akan menghadapi pilihanraya parti tidak lama lagi, jadi berilah peluang kepada beliau cari makan.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Beliau menang dalam pertandingan ini, hari ini adalah hari beliau. Umno Bukit Bendera ingin menyampaikan ucapan setinggi terima kasih atas usaha beliau bersama kita selama 18 tahun dan cara yang unik yang beliau gunakan untuk membayar balik semangat muhibbah yang Umno, orang Islam dan Melayu berikan kepada beliau.

"Saya ingin mengingatkan orang Melayu di Bukit Bendera dan seluruh Malaysia supaya jangan lupa bahawa sekiranya kita menyokong Gerakan, mereka akan mengembalikan jasa kita dengan cara yang penuh unik, tanpa mengira mereka di bawah BN atau sebaliknya."

Jelapang: Kenyataan Ahmad cukup sinis dan pedas. Mungkin Koh Tsu Koon perlu memperjelaskan kritikan ini.
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=8816-ahmad-still-defiant

Monday, September 8, 2008

AHMAD ISMAIL: SAYA TIDAK AKAN MINTA MAAF!

"Demi maruah mertabat Melayu, saya tetap tidak akan minta maaf biar apa pun orang nak kata."
Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera Ahmad Ismail.
Khabarnya Ahmad Ismail mengulangi pendiriannya dan khabarnya Ahmad Ismail menggunakan perkataan "jangan cuba jadi seperti the Jewish di America" dalam sidang akhbarnya yang beliau katakan diminta oleh Abdullah Ahmad Badawi dibuat sekali lagi.
Sidang akhbar tersebut berkesudahan dengan gambar pemangku presiden parti Gerakan Ahmad Ismail dikoyak dan khabarnya Gerakan telah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang.
Dan esok Ahmad telah diminta mengadap Abdullah dan Najib Razak sebelum Majlis Tertinggi Barisan Nasional bersidang. Menurut akhbar the Star, Abdullah kecewa dengan tindakan Ahmad dan akan mengambil tindakan tegas.
Jelapang: Politik adalah satu permainan yang berisiko tinggi. Nasib tidak baik, kalau kalah, kalah kesemuanya sekali (zero sum game). Kalau menang, hanya seorang saja yang menang (winner takes all).

Thursday, September 4, 2008

DETIK NOKTAH BUAT BARISAN NASIONAL?

Itulah pandangan pemangku parti Gerakan Koh Tsu Koon yang disiarkan akhbar The Star hari ini.

“Barisan may have many ‘pots of milk’ because of the good work and goodwill we have achieved and accumulated over 50 years of nation-building. However, if too many drops of ‘blue dye’ continue to be sprayed, all of Barisan’s pots of milk will eventually be spoilt and we may be reaching a critical point of no return now.”
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/4/nation/22236980&sec=nation

(Barisan mungkin mempunyai banyak “balang berisi susu” hasil dari sumbangan yang baik dan sifat tolenrasi yang kita capai sepanjang 50 tahun dalam membangunkan negara. Bagaimanapun, jika terlalu banyak “titikan pencelup biru” terus dibiarkan menitik, maka kesemua “balang susu” kepunyaan Barisan akan lama kelamaan menjadi rosak dan kita sekarang sampai ke satu noktah yang kritikal buat Barisan).

Kenyataan ini dibuat menerusi kenyataan akhbar.

Jarang pemimpin mengeluarkan kenyataan akhbar kecuali perkara yang hendak dibangkitkannya amat penting.

Lazimnya, pemimpin disoal wartawan ketika menghadiri sesuatu majlis.

Kesimpulannya, mungkin bagi Koh Tsu Koon kenyataan akhbar ini perlu dikeluarkan kerana isu yang beliau ingin sentuh amat penting bagi beliau.

Berdasarkan kepada kenyataan beliau, jelas Koh Tsu Koon menyentuh kenyataan “pendatang” yang didakwa dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail.

Akhir-akhir ini, rakan sebantal Barisan – MCA dan Gerakan – tanpa segan silu membuat kenyataan terbuka mengkiritik dan mendesak diambil tindakan terhadap Ahmad.

Suara-suara seumpama jarang kedengaran sebelum pilihanraya umum ke 12 pada Mac 8 dahulu.

Sebelum ini isu seumpamanya ini selalunya disambut dengan kenyataan “kita akan bincang secara tertutup di dalam keluarga Barisan” tetapi hari ini lain bunyinya nada Koh Tsu Koon, Gerakan dan MCA.

Kemana perginya semangat setiakawan Gerakan yang selama 50 tahun lalu yang menghasilkan “berbalang-balang” susu seperti yang dinyatakan oleh Koh Tsu Koon?

Adakah kenyataan Koh Tsu Koon dan pemimpin-pemimpin lain di dalam MCA dan Gerakan menandakan semangat setiakawan Barisan semakin pudar?

Atau adakah suara-suara sumbang ini kesan dari rasa kurang hormat kepada Umno atau Umno sudah hilang taringnya?

Hanya pemimpin Barisan yang mengetahui jawapannya.

P/S: Menurut Malaysiakini dan mStar Ahmad Ismail hari ini membuat kenyataan berikut: “Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2c5c931d-c0a85062-14d774f0-30f7d7f0
http://www.malaysiakini.com/news/89112
http://www.malaysiakini.com/news/89117