Friday, September 19, 2008

KACANG LUPAKAN KULIT

KACANG LUPAKAN KULIT: Ianya merupakan satu siri posting baru yang akan Jelapang perkenalkan bagi menyingkap hiprokrasi pemimpin-pemimpin Umno apabila berlaku peralihan kuasa.

Siri ini akan mengandungi ungkapan-ungkapan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno mengikut musim.

Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bertahan lama sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ramai menjangkakan selepas apa yang berlaku Khamis lalu di mana pemimpin-pemimpin Umno meminta beliau meletakkan jawatan, pemimpin-pemimpin Umno terutamanya para Menteri akan merapati Najib Razak.

Pemimpin-pemimpin ini pernah melaungkan kata-kata pujian terhadap Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berkuasa dan melemparkan cemuhan penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri itu apabila Abdullah dilantik Perdana Menteri.

Adakah peristiwa ini akan berulang selepas Abdullah meletakkan jawatan? Adakah para menteri ini akan mencemuh Abdullah pula seperti mana mereka mencemuh Dr Mahathir dahulu.

Rasanya eloklah kita menyingkap kenyataan-kenyataan mereka untuk memperingatkan kembali akan sikap kacang lupakan kulit pemimpin-pemimpin ini. Tidak mustahil Abdullah akan menjadi bahan cemuhan bila beliau bersara Disember ini.

No comments: