Sunday, September 21, 2008

KICKDEFELLA: SIAPA PM SEKARANG?

KICKDEFELLA memaparkan gambar ini sebagai bukti bahawa mengibarkan bendera terbalik merupakan perkara biasa apabila sesebuah negera berada di dalam kesusahan.

Menurut Sheih, kanak-kanak ini yang berarak bersama Yao Ming semasa Sukan Olimpik Beijing mengibarkan bendera terbalik mengenangkan penderitaan rakyat China selepas dilanda gempa bumi.

Sheih ditangkap di bawah Akta Hasutan atas dakwaan menghasut orangramai untuk mengibarkan Malaysia terbalik. Beliau di bebaskan semalam dan mungkin didakwa tidak lama lagi.

Bagaimanapun, di dalam blognya, Sheih dengan sinis mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Sheih menulis:

KRITIKAN TERHADAP PAK LAH
As the reporters rushed to shoot question to me, I asked them, who is The Prime Minister, one reporter for a TV Station, smiled and said, “Pak Lah lagi”, and I said, “Kalau macam tu saya nak masuk lokap baliklah…”

Terjemahan: Ketika pemberita berebut-rebut untuk menanyakan saya soalan, saya bertanyakan kepada mereka, siapa Perdana Menteri sekarang, seorang pemberita dari sebuah stesyen TV sambil tersenyum menjawab, “Pak Lah lagi”, dan saya berkata “Kalau macam tu saya nak masuk lokap baliklah…”

TERESA KOK PATUT BACA PERENGGAN INI! (TERESA MENDAKWA DIHIDANGKAN MAKANAN YANG HANYA SESUAI UNTUK ANJING SEMASA DITAHAN)
I have no complaint about the food, as that is the reality of those poor and small people for which I am fighting. Of course I do not anticipate Ramadan Buffet during this holiday as that will be a sin for me because those people whom I fight for, never ever even heard the word buffet, leave aside imagining about it in their life’s.

Terjemahan: Saya tiada sebarang masalah dengan makanan (yang dihidangkan semasa ditahan) kerana ia adalah realiti mereka yang miskin dan rakyat marhaen yang saya perjuangkan. Saya juga tidak mengharapkan dihidangkan Buffet Ramadan semasa "cuti" (semasa dalam tahanan) ini kerana ianya satu dosa buat saya kerana mereka yang saya perjuangkan tidak pernah pun mengenali perkataan buffet, apatah lagi mengharapkannya dalam kehidupan mereka.

Tulisan Sheih: http://kickdefella.wordpress.com/

No comments: