Sunday, September 21, 2008

PENYOKONG PAK LAH BERANG!

Begitulah mengikut laporan Malaysian Insider, portal berita pro-Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut portal berita tersebut, beberapa ahli Majlis Tertinggi dan pejuang pro-Pak Lah "sudah mengasah parang" untuk menentang usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

"Supporters of Abdullah displeased that some of the critics have gone overboard in their criticism of the prime minister have unsheathed their knives. They are urging him to disregard the pungent comments of Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Rafidah Aziz and stick to his original plan of contesting the party presidency in December and handing over the power to Datuk Seri Najib Razak." - Malaysian Insider.

Terjemahan: Penyokong-penyokong Abdullah yang tidak senang dengan kritikan yang keterlaluan terhadap perdana menteri telah buang sarung parang masing-masing. Mereka mendesak Pak Lah untuk mengenepikan komen-komen pedas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Hishamuddin Hussein dan Datuk (Tan Sri) Rafidah Aziz dan berpegang kepada pelan asal untuk bertanding jawatan presiden Disember ini dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak."
Laporan Malaysian Insider: http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=9344-umno-works-to-keep-it-together

Jelapang: Rasanya elok Pak Lah bertanding untuk mengekalkan jawatan. Sekurang-kurangnya beliau dapat menilai sejauhmana sokongan akar umbi terhadap beliau.

No comments: