Thursday, September 18, 2008

PAK LAH DIASAK SEMASA MESYUARAT MT!

9HB OKTOBER, 2008: Itulah kononnya tarikh akhir yang ditetapkan oleh sesetengah Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan secara terhormat sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan menyerahkan kuasa kepada Najib Tun Razak.

Terdengar desas-desus bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi semalam panas dengan majoriti Ahli mahukan Abdullah mengelakkan diri dari diaibkan oleh ahli-ahli Umno di akar umbi.

Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz dikatakan paling lantang mendesak Abdullah berundur atau menghadapi risiko ditewaskan di peringkat bahagian apabila bahagian-bahagian Umno mula bermesyuarat pada 9hb Oktober nanti.

Mungkin itu lah sebabnya, Abdullah mengeluarkan kenyataan berikut selepas mesyuarat semalam.

"Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah. Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah." http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/9/18/mstar_berita/20080918193513&sec=mstar_berita

Kenyataan Abdullah semalam berbeza dengan kenyataan sebelum ini di mana Abdullah bertegas beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 2010.

Blogger Apanama mempunyai maklumat mengenai apa yang berlaku semasa mesyuarat MT semalam. http://apanama2020.blogspot.com/

Bagaimanapun, portal pro-Abdullah, Malaysian Insider, yang biasanya menjadi portal pertama menyiarkan berita eksklusif mempertahankan Abdullah hari ini mengambil sikap berdiam diri.

No comments: