Showing posts with label peralihan najib umno kuasa ahmad abdullah badawi pak lah. Show all posts
Showing posts with label peralihan najib umno kuasa ahmad abdullah badawi pak lah. Show all posts

Friday, October 10, 2008

GANDINGAN NAJIB, MUHYIDDIN!

KATA peribahasa Inggeris, "a picture tells a thousand words". Sebuah gambar memberi seribu makna.

Di dalam keluarga Umno, gerak-geri dan bahasa seorang pemimpin dilihat sebagai mempunyai mesej yang tersirat.

Pabila Najib Razak berkata beliau akan menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan peralihan kuasa, di kalangan ahli Umno ianya satu "signal" Najib mahu dicalonkan jawatan tertinggi parti.

Semalam Najib berada di Kuala Terengganu dan Naib Presiden Muhyiddin Yassin, secara kebetulan atau tidak, juga turut berada di Kuala Terengganu.

Muhyiddin akan mengumumkan bertanding jawatan nombor dua hari ini. Muhammad Muhammad Taib dan Ali Rustam telahpun mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Di akar umbi, masing-masing penyokong mendakwa mendapat sokongan Najib untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Gambar atas membawa seribu makna. Ianya dirakamkan oleh Utusan Malaysia ketika Najib membuat pengumuman untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

Di sebelah beliau ialah Muhyiddin. Yang jelas kehadiran Muhyiddin hanya memberi satu makna. Bahawa Najib mahukan Muhyiddin sebagai Timbalannya dan pasti gambar ini adalah satu mesej jelas kepada akar umbi bahawa Muhyiddin adalah pilihan Najib sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

Begitulah "kelebihan" yang ada pada sesuatu gambar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

TERKINI: 9.21am: Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan yakin dapat berkerja dengan baik bersama Najib Razak dalam mentadbir negara. Pengumuman dibuat di Hotel Shangri-la, Putrajaya.

Sunday, October 5, 2008

NUR JAZLAN: SELAMAT TINGGAL PAK LAH?




Artikel NUR JAZLAN MUHAMED, ketua bahagian Umno Pulai dan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Mohamed Rahmat, pernah mendesak Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan selepas pilihanraya umum ke 12 Mac, 2008, semasa Pak Lah mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Perhubungan Johor dalam bulan Mei.
Pada 29 September, Nur Jazlan menulis satu artikel seolah-olah talqin untuk Pak Lah.
Antaranya: "Datuk Seri Abdullah will become the shortest reigning Prime Minister on record, completing 5 years and four months when he leaves in March 2009. It would be four months shorter than Tun Hussein Onn’s time in office. His record as Prime Minister although mixed, will still be respectable. He delivered Barisan Nasional’s best and worst general election results."
Terjemahan: "Datuk Seri Abdullah akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri yang paling singkat tempoh perkhidmatannya kerana apabila beliau meninggalkan jawatan Mac 2009 nanti, tempoh beliau menjadi Perdana Menteri hanya 5 tahun 4 bulan. Ianya 4 bulan kurang dari tempoh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Rekod beliau sebagai Perdana Menteri juga bercampur-campur tetapi beliau tetap dihormati. Beliau lah yang memastikan Barisan Nasional menang besar dan beliau juga yang menyebabkan Barisan mencipta pencapaian terburuk di dalam sesuatu pilihanraya umum."
Tulisan Nur Jazlan: http://www.jazlan.net/?p=169
Sementara itu, Nur Jazlan turut menyatakan minat untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.
Mengikut Malaysian Insider, Nur Jazlan sedang menimbang untuk menyertai Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan Mohd Ali Rustam untuk mencuba nasib untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
P/S: Apa salahnya. Pertandingan Timbalan Presiden dah pun jadi macam sarkas. Mana-mana badut pun boleh masuk gelanggang untuk menghiburkan penonton.

Sunday, September 28, 2008

POLITIK ANNUAR MUSA

IKUT ANGIN: Tidak sukar untuk kita memahami perilaku orang politik. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Annuar Musa adalah antara ahli politik yang tahu yang mana "dahan reput dan mudah patah" dan dahan mana yang patut beliau berpaut.

Kenyataan Annuar pada 21 September, 2008:
KOTA BAHARU: Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir.

Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.

“Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya. - Bernama

Kenyataan Annuar semalam:
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan Abdullah untuk mempercepatkan peralihan kuasa amat tepat bagi membolehkan parti itu membuat persediaan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan sekarang, banyak perkara perlu dilakukan Umno bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

“Kita lihat banyak perkara perlu dilakukan oleh Umno sebab itu kita mahu Najib mendapat sokongan padu dan walaupun berundur, kita berharap Pak Lah akan terus memberi sokongan. Kita mahu semua tenaga Umno digemblengkan baik Pak Lah, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Musa Hitam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
http://www.bharian.com.my/Sunday/BeritaUtama/20080927232322/Article/index_html

Jelapang: Itulah resam orang politik.

Thursday, September 25, 2008

48 JAM PENUH DEBARAN!

Selasa (Malam): Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak mengadakan pertemuan empat mata.

Rabu (pagi) : Abdullah mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Rabu (petang) : Najib batalkan lawatan ke Amerika Syarikat dan Cuba.

Rabu (petang) : Najib mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Umno.

Rabu (petang) : Abdullah batalkan mesyuarat ICT yang dijadualkan pagi ini.

HARI INI (pagi): Abdullah bertemu Najib sekali lagi?

48 jam penuh debaran! Adakah Abdullah akan mengumumkan penarikan diri dari bertanding jawatan presiden dalam masa 48 jam ini? Adakah Najib akan meminta bahagian-bahagian supaya tidak mencalonkan beliau jawatan presiden? 48 jam penuh debaran!

Sunday, September 21, 2008

MUKHRIZ: BERUNDURLAH PAK LAH!

"Oleh kerana beliau (Abdullah) sudah mendapat maklum balas yang sama, saya berharap Presiden parti akan melepaskan kedudukan beliau dengan segera. Saya sangat berharap Pak Lah (Abdullah) sudah memahami akan kehendak akar umbi, menyerahkan kuasa." -
MUKHRIZ MAHATHIR

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/9/20/mstar_berita/20080920151239&sec=mstar_berita

Wednesday, September 17, 2008

NAJIB SERAH PADA AHLI PARTI TENTUKAN SIAPA PATUT MEMIMPIN UMNO!


"Kami telah sama-sama bersetuju dengan perkara itu. Kami serahkannya kepada parti. Kami telah menawarkan diri masing-masing, kami harap parti akan menerimanya." - Najib Tun Razak.

Itulah kata Najib semasa Abdullah Ahmad Badawi terus mencuba sedaya upaya untuk memastikan pelan peralihan kuasa diterima ahli-ahli parti.

Kenyataan Najib ini jelas menunjukkan beliau mahukan ahli-ahli parti menentukan samada menerima atau menolak pelan tersebut.

Menerima bermaksud mahukan Abdullah kekal sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sehingga 2010 atau sebaliknya.

Juga jelas Najib konsisten mahukan ahli parti tentukan sendiri pucuk pimpinan parti mereka.

Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=359680

Friday, September 12, 2008

APAKAH ISYARAT NAJIB KEPADA AKAR UMBI?

ADAKAH hari ini bermulanya polemik di dalam Umno? Orang politik bijak berbahasa dan bijak menggunakan bahasa.

Orang politik jarang sekali berterus-terang tuturan mereka. Bahasa mereka penuh sopan, penuh kiasan tetapi ianya penuh dengan maksud yang tersirat. Hanya orang politik yang bijak membuat takrifan.

Hari ini, tiga pemimpin besar Umno membuat kenyataan. Muhyiddin Yassin mempertahankan kenyataannya di Singapura, Najib Razak mengenai peralihan kuasa dan Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan keputusannya kekal Perdana Menteri sehingga 2010.

Terpulanglah kepada kita untuk menghurai apa yang tersirat dari kenyataan mereka:

Muhyiddin: "Itu satu pandangan beliau (Najib) yang saya fikir harus juga diambil kira kerana sebenarnya, pemimpin tidak dipilih oleh pemimpin. Pemimpin ditentukan oleh ahli dan di peringkat negara, kita dipilih oleh rakyat. Pelan (peralihan kuasa) yang kita buat ini bukan hanya untuk kepentingan parti tapi penerimaan oleh rakyat. Saya bimbang kalau pelan itu kita terima tapi rakyat tidak terima dan menolak kita dan kita kalah, jadi ini satu beban besar."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358742

Najib: "Oleh itu, kerana Umno yang merupakan parti yang mengamalkan prinsip demokrasi, perkara ini (peralihan kuasa) hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti iaitu melalui mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358695

Abdullah: "Sekiranya pelan peralihan kuasa itu dibangkitkan lagi, ia akan menimbulkan pelbagai cerita dan kempen."Ada yang akan gesa supaya pelan itu dilaksanakan mengikut jadual ... ada yang akan gesa (tempoh peralihan) dipendekkan."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358781

Orang politik pastinya akan mentafsirkan apa yang tersirat dari kenyataan-kenyataan ini. Sudah ada di akar umbi yang membuat pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ianya isyarat kepada akar umbi untuk mencalonkan Najib ke jawatan presiden. Ada yang membuat spekulasi bahawa bahagian diminta mendesak peralihan kuasa dibuat lebih awal.

Berikut adalah tafsiran yang dibuat oleh pimpinan bawahan Umno berikutan kenyataan pemimpin seperti Najib dan Muhyiddin.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yassin: "Lebih baik peralihan kuasa itu berlaku pada Disember ini kerana pemimpin baru dapat mengukuhkan parti dan mengambil langkah awal dalam mencari keyakinan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti." http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358792

Ketua Umno Bahagian Kampar Datuk Mohd Radzi Manan: "Kenyataan ini membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan Umno.Ia membawa erti beliau tiada halangan dicalonkan bagi mana-mana jawatan termasuk jawatan Presiden."

Timbalan Ketua Wanita Umno Perak Datuk Dr Rosnah Kassim: "Kenyataan Datuk Seri Najib sebenarnya sudah lama dinantikan oleh ahli akar umbi yang mahu hak mereka menentukan pemimpin dikembalikan. Peralihan kuasa ini dilihat menggambarkan pemimpin mahu menentukan tempoh berkuasa sedangkan hak itu sebenarnya di tangan ahli kerana mereka yang berhak mencalon dan memilih pemimpin."

Jelapang: Adakah selepas hari raya ini peristiwa semasa Anwar Ibrahim mengumumkan menentang Allahyarham Ghafar Baba akan berulang? Atau Abdullah akan menggunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri untuk memastikan peralihan kuasa berjalan seperti mana yang di rencanakan? Yang paling menarik, apakah isyarat yang diberikan oleh Najib kepada akar umbi hari ini?

Tuesday, July 22, 2008

INDERA MAHKOTA SOKONG NAJIB?


"Kita menyokong peralihan kuasa itu, namun tempoh dua tahun itu terlalu jauh dan kita bimbang ianya tidak memberi ruang yang cukup kepada Datuk Seri Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang." - Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Faisal Abdullah.
Satu kenyataan yang pasti menimbulkan persoalan. Adakah Indera Mahkota akan mencalonkan Najib Razak bertanding Presiden Umno Disember ini?
"Sekalipun ini pendapat peribadi saya, namun inilah yang kita dapat maklumat balas dari peringkat akar umbi yang mahu Umno kembali kukuh sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara," tambah Faisal kepada Bernama.

Sunday, July 13, 2008

JANJI PAK LAH: NAJIB PM 2010

SANGSI?: Sejak peralihan kuasa diumumkan, ramai memperkatakan samada Abdullah Ahmad Badawi akan mengkotakan janjinya. Ramai juga beranggapan Abdullah telah "membeli masa" untuk kekal berkuasa. Malah ada yang mengatakan Najib Razak tidak akan merasa menjadi Perdana Menteri.

Dua tahun adalah satu jangka masa yang lama. Kalau petikan berikut boleh dianggap janji Pak Lah, Najib akan menjadi Perdana Menteri seperti yang rancangkan.

Petikan interbiu Bernama dan RTM bersama Abdullah:
Soalan: Ada yang menganggap proses peralihan kuasa itu hanya satu strategi Datuk Seri untuk memberi masa memperkukuhkan kedudukan Datuk Seri sendiri?

Abdullah: "Memang dah nak retire (bersara), yang pentingnya kita buat kerja. Dalam period (tempoh) ini pun, saya buat kerja, Datuk Seri Najib pun buat kerja. Dan jika kerja-kerja yang dilaksanakan bakal membuahkan hasil yang dapat dinikmati oleh rakyat yang bakal diterima baik oleh rakyat. Dengan itu, ia juga membantu menguatkan lagi parti untuk mendapat sokongan rakyat."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=345767

Terserahlah bagaimana kenyataan ini hendak ditafsirkan.

Saturday, July 12, 2008

PERALIHAN KUASA: LAKONAN POLITIK?

PERALIHAN KUASA: ADAKAH IA HANYA LAKONAN DI ATAS PENTAS POLITIK?
Adakah suasana dalam Umno kini tenang selepas pengumuman Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Najib Razak pertengahan Jun 2010?

Ianya sukar dipastikan. Bagaimanapun sudah ada suara-suara sumbang di peringkat akar umbi bahawa peralihan kuasa adalah strategi Abdullah untuk mengelakkan dari ditewaskan dalam pemilihan kali ini.

Malah ada yang melihatnya sebagai hanya satu “janji” kerana seperti mana kata Harold Wilson, bekas Perdana Menteri Britain, “seminggu dalam politik adalah satu tempoh yang cukup panjang”.

Apatah lagi dua tahun. Berbagai perkara boleh berlaku. Perjalanan dua tahun buat Najib mungkin dipenuhi ranjau.

Maka atas sebab itulah penyokong-penyokong Najib kini mendesak peralihan kuasa bermula dari sekarang. Mereka mendesak agar Abdullah mula menyerahkan kuasanya sedikit demi sedikit kepada Timbalannya itu.

Malah ada yang telah merintis jalan buat Najib mengambil alih kuasa. Mereka mahukan Abdullah benar-benar ikhlas mahu menyerahkan kuasa kepada Najib.

Suara-suara telah kedengaran bahawa sekiranya Abdullah benar-benar ikhlas, beliau hendaklah membenarkan Timbalannya itu mula mentadbir kerajaan tahun hadapan. Mereka mahukan Abdullah mengambil cuti panjang dan memberi ruang kepada Najib untuk mula mengambil alih pentadbiran.

Ada yang mahukan Najib diberi laluan untuk memastikan orang-orangnya berada di kedudukan yang strategik seperti di dalam media arus perdana dan yang lebih penting lagi Majlis Tertinggi Umno ketika Abdullah bersiap sedia meninggalkan pentas perdana .

Amat jelas kenyataan-kenyataan ini adalah tanda kebimbangan penyokong Najib sekiranya janji tersebut tidak ditepati.

Najib sedar bahawa persetujuan beliau kepada peralihan kuasa ini tidak diterima seratus peratus di peringkat akar umbi. Ada golongan di bawah mahukan Najib sebagai presiden parti Disember ini.

Tindakan Najib mungkin telah mengecewakan beberapa bahagian Umno yang kini sedang membuat perhitungan sama ada mahu terus menyampaikan mesej ketidakpuasan hati mereka kepada pucuk pimpinan.

Adalah tidak mengejutkan kalau ada bahagian yang tidak mahu membuat sebarang pencalonan untuk jawatan presiden sebagai tanda protes atau mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden.

Keikhlasan bukan isu dalam peralihan kuasa ini. Ia adalah satu kesilapan sekiranya keikhlasan dijadikan asas peralihan kuasa ini.

Abdullah dan Najib adalah dua aktor di atas pentas politik. Keikhlasan tidak pernah wujud dalam kamus politik sepertimana perumpamaan “tidak ada kawan yang kekal, dan tidak ada musuh yang kekal dalam politik.”

Sekiranya selepas dua tahun Najib gagal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, kita harus memberi tabik hormat kepada Abdullah kerana beliau seorang ahli politik yang bijak setaraf dengan Dr Mahathir Mohamad yang kekal sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Dan Najib dan kuncu-kuncunya tidak harus menyalahkan Abdullah kerana ini adalah pentas politik yang selama ini telah “menghalalkan cara”.

Berikut ialah analisa agensi berita asing mengenai isu peralihan kuasa:

Singapore Straits Times: Janji Abdullah Ahmad Badawi untuk bersara pada 2010 umumnya diterima pemimpin-pemimpin Umno tetapi ada antara mereka mahukan Abdullah menunjukkan keikhlasannya dengan menyerahkan kuasa sedikit demi sedikit kepada pengantinya Najib Razak.

Disebaliknya penerimaan secara umum peralihan kuasa di dalam Umno, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Muhyiddin Yassin menyatakan kurang selesa dengan tempoh yang panjang ditetapkan untuk peralihan tersebut.

Reuters: Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya “membeli sedikit masa” untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga peralihan kuasa pada pertengahan 2010 tetapi laluan untuk timbalannya Najib Razak masih sukar.Masalah dalaman dalam Umno, ancaman berterusan pembangkang untuk merampas kuasa dan skandal Najib sendiri mungkin membantut pelan peralihan dan menimbulkan suasana tidak menentu dalam Umno.

Associated Press: Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji untuk bersara pertengahan 2010 tetapi ramai golongan yang menentang masih mahukan “pembersihan” secepat mungkin dalam pucuk pimpinanan Umno.