Showing posts with label teresa kok. Show all posts
Showing posts with label teresa kok. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

KHAIRY PALING RASIONAL BERBANDING PEMIMPIN LAIN



5 HARI yang lalu, seorang ibu berusia 37 tahun, berketurunan India, memberi tahu mahkamah "MAAFKAN saya Puan Majistret. Saya mencuri MILO (2kg) itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu ingin minum MILO."

Ibu tersebut mengaku kesalahan beliau. Ibu tersebut mengaku MENCURI Milo dari sebuah supermarket di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Di atas pengakuan BERSALAH beliau, IBU tersebut diHUKUM PENJARA SEHARI dan DENDA RM200.

Ibu tersebut menjalani hukuman penjara sehari dan mahu dipenjarakan di di atas hukuman denda RM200 kerana beliau tidak mampu menjelaskannya.

Sepasang suami isteri KETURUNAN MELAYU membaca laporan tersebut, memandu berkilometre ke tempat ibu tersebut ditahan dan memBAYAR denda tersebut.

Mencuri tetap mencuri. Tetapi ada yang mencuri, tidak mengaku mencuri.

Yang mencuri mengaku mencuri. Yang menghukum tetap menghukum. Tetapi simpati tetap ada.

Jumaat lepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Deklarasi Selamatkan Malaysia.

Terdapat 37 perenggan di dalam Deklarasi tersebut dan FAKTA-FAKTAnya gagal dibuktikan palsu. Cuma ada pihak menggunakan kuasa eksekutif untuk "menyelamatkan diri" dari tindakan mahkamah.

Pelbagai fakta terkandung di dalam Deklarasi tersebut (termasuk pertuduhan melibatkan RM2.6 bilion), tetapi yang menjadi asas penolakan ialah kehadiran Lim Kit Siang di majlis tersebut.

Inilah politik Malaysia.

Hadi Awang dengan cara dia. Bagi dia, "saya anti-Umno tetapi tidak anti orang Umno".

Agaknya Dr Mahathir Mohamad juga boleh berkata begitu, "SAYA ANTI-DAP, TETAPI TIDAK ANTI ORANG DAP (Kit Siang, Teresa Kok ....)

Hanya yang agak rasional ialah Menteri Besar Johor Khaled Nordin yang merasa bimbang dengan Deklarasi ini.

Khaled mahu Umno melihat isu ini secara RASIONAL, kerana ianya akan menjejaskan Umno semasa PRU-14 nanti.

Tetapi apa ada pada Umno dan masadepan negara?

Anwar Ibrahim pada mulanya menyokong deklarasi ini dan sekarang ini mahu menggunakannya untuk KELUAR dari Penjara. Negara tak penting bagi beliau, keluar penjara lagi penting. Kalau menolak deklarasi ini dapat melembutkan hati Najib dan Rosmah Mansor untuk memBEBASkan beliau, apa guna masadepan negara, keluar penjara lebih penting.

Tengku Razaliegh Hamzah, kejap sokong kejap tidak. Biasalah Ku Li, mahu menjadi orang penting tidak kira dalam suasana politik mana. Jika tidak dipedulikan, beliau akan tampil seolah-olah beliau penyelamat negara. Bila melihat orang lain nampak tampil lebih komited untuk menyelamatkan negara, beliau berundur kerana tidak mahu orang itu lebih mendapat nama dari beliau.

Seorang bekas Menteri senior, sehari dua ini, turut serta dalam perdebatan. Ada masa nampak seperti mengkritik Najib, tetapi 2 hari lalu Dr Mahathir pula dikritiknya. Katanya beliau berminat menjadi Speaker Dewan Rakyat menggantikan Pandikar Amin Mulia.

Ramai turut serta mengkritik Dr Mahathir terutamanya pemimpin Umno Pulau Pinang, Selangor & Wilayah Persekutuan.

Biasalah di dalam keadaan macam ini, projek dan jawatan pun kurang, inilah masanya mengenengahkan diri.

Bila menjadi pemimpin di negeri yang kalah kepada pembangkang, dan tidak diberi jawatan penting, polemik seperti ini ada hikmahnya. Apalah yang dapat dilakukan oleh Non Panjang (Zainal Abidin Othman) dan Noh Omar untuk merampas semula Selangor dan Pulau Pinang dari PKR dan DAP. Hanya setakat bermimpi di siang hari.

Kita memuji Khairy Jamaluddin.

Katanya Khairy adalah antara yang paling KURANG berCAKAP sejak akhir-akhir ini.

Ada yang bercakap belakang-belakang bahawa Khairy ini diam-diam sokong Dr Mahathir.

Itu fitnah. Khairy rasional orangnya.

Dia akan panggil "a spade, a spade" kata orang puteh. Yang betul, dia kata betul. Kalau salah, dia kata salah. Kalau Najib salah, KJ berdiam diri. Itu Khairy.

Penyokong Najib boleh menghentam Dr Mahathir. Anwar boleh menghentam Dr Mahathir dan lepas dari penjara, Veteran Umno boleh menghentam Dr Mahathir dan menduduki kerusi empuk di Dewan Rakyat, Hadi boleh berkokok, tetapi Pas tetap kekal setakat mengurus jawatankuasa surau.

Di bawah ini, rakyat hanya menunggu masanya. Bagi rakyat, masa depan negara itu penting, rezeki depan mata lebih penting.

Seperti yang dipinta oleh Umno, RAKYAT PERLU MENUNGGU KETIBAAN PRU-14. Hari nya akan tiba.

Rakyat tidak sabar menantinya, rasanya BN dan Umno pun begitu juga. 

Friday, September 19, 2008

SATU SOALAN BUAT TERESA KOK!

TERESA Kok dibebaskan hari ini selepas tujuh hari ditahan dibawah ISA.

Dalam kenyataan akhbar beliau yang dikeluarkan sejam yang lalu Ahli Parlimen Seputeh itu berkata:

"Ketiga-tiga soalan utama yang ditanya pegawai-pegawai penyiasat (polis) ialah:

1. Samada saya mengumpul sekumpulan penduduk Bandar Kinrara untuk menyampaikan petisyen kepada Masjid Bandar Kinrara untuk memprotes azan di masjid tersebut.

2. Samada saya ada membuat kenyataan bahawa 30 peratus dari peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tujuan badan-badan bukan Islam, dan

3. Samada saya menentang diadakan papan tanda Jawi di Kuala Lumpur.

Saya menafikan kedua-dua tuduhan pertama kerana saya tidak melakukannya. Saya juga memberitahu mereka bahawa isu Papan Tanda Jawi itu dibangkitkan pada bulan Januari/Februari 2008 atas permintaan dan tekanan persatuan-persatuan penduduk.

Persatuan-persatuan penduduk terutamanya di Taman Seputeh tidak puashati kerana banyak tanda jalan ditukarkan tanpa dirujuk oleh DBKL beberapa bulan sebelumnya dan ditukarkan lagi, kali ini dengan mengandungi perkataan Jawi.

Mereka menentang pembaziran seumpama ini oleh DBKL.

Saya agak terperanjat apabila tiada soalan lain dikemukakan selain dari ketiga-tiga soalan tersebut."

Kenyataan penuh Teresa Kok: http://teresakok.com/2008/09/19/detention-is-political/#more-1417

P/S: Jelapang: Kita tidak setuju Teresa Kok ditahan di bawah ISA. Bagaimanapun Teresa perlu membuat penjelasan samada beliau menentang atau tidak penggunaan Jawi di papan-papan tanda jalan.