Hari ke 4 di Parlimen banyak tertumpu kepada luahan perasaan Anwar Ibrahim yang menuduh BN mengamalkan rasuah politik untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Berikut ialah antara petikan ucapan-ucapan menarik pada hari tersebut.
Karpal Singh: Saya ada membongkar satu pita audio di mana terus terang Tan Sri Zaki sebagai Ketua Hakim Negara ada mengambil bahagian dalam rasuah.
Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Banyak kes rasuah lambat diambil tindakan (oleh SPRM) tidak ada keputusan. Sebagai contohnya kalau kita lihat pembinaan Kompleks Kastam Kelana Jaya, Projek Penjara Kuching RM165 juta, kes penglibatan pegawai JPA terlibat dalam kegiatan judi. Berhampiran judi haram, berhampiran dengan Balai Polis Sekinchan ataupun sebelum ini kita dengar tentang kes baik pulih SRJK(C) Man Hwa di Kampung Selamat, Kepala Batas. Apa sebenarnya tindakan yang sudah diambil? Kenapa begitu lambat? Termasuklah beli lembu korban 46 ekor RM110 ribu. Lembu korban pun jadi korban.
Puad Zarkashi: Saya bersetuju bahawa dalam soal pembaziran bahawa ini kita hapuskan sahaja kaedah pemberian terus sahaja sebab ini sebenarnya yang menjadi ruang berlakunya rasuah ataupun pembaziran dana awam. Bayangkan RMK-9 ini jumlah yang dibelanjakan ialah sebanyak RM220 bilion. Kalau 1% sahaja yang dibazirkan iaitu sebanyak RM2.2 bilion bayangkan RM2.2 bilion ini banyak perkara yang boleh kita buat.
Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa ini harus diberi perhatian kaedahnya pembaziran ini termasuklah pembelian kereta Camry di Perak dan di Selangor. Ini pun tidak telus sekejap RM1 juta kemudian RM2 juta dan lebih malang lagi di Perak,
Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.
Saifuddin Nasution Ismail (Machang): Apa pandangan YB Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan BN di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai
Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja.
Puad Zarkashi: Sebab itu saya kata kaedah pemberian terus ini mesti dihapuskan, mesti di tender juga atau dilelong dan sebagainya. Kalau tidak nanti, screwdriver harga RM5, beli dengan harga RM136.
Anwar Ibrahim: Retorik derhaka, derhaka, derhaka itu hanya untuk melindungi pekung rasuah jenayah yang dilakukan dan derhaka itu tidak ada maknanya. Sekarang konon-kononnya orang yang meraut, mengaut kekayaan berbilion ringgit menjadi pejuang, yang miskin kerdil menjadi penderhaka. Sejak bila Sejarah Melayu mengajar kita begitu?
Anwar Ibrahim: YB Bukit Gelugor (Karpal Singh) memilih untuk menegur saya dan ini dijadikan isu besar oleh YB Batu Pahat kerana dalam tradisi UMNO dan budaya, Perdana Menteri tidak boleh ditegur. Akan tetapi dalam budaya kita, saya ditegur agak garang juga oleh singa Bukit Gelugor ini tetapi saya anggap sebagai teguran yang baik, saya boleh bekerja dan tidak ada masalah bagi saya.
…dalam UMNO dan BN. Apa yang diperintah oleh PM dan TPM itu macam fatwa nabi semuanya. Itu sebabnya jadi rosak, punah, tidak berani bangun untuk membuat teguran.
Anwar Ibrahim: Percubaan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk TPM dan pemimpin-pemimpin, mengugut, melarikan orang, memberikan rasuah dengan jenayah yang besar, ini hanya meneruskan rekod dan tradisi rasuah yang memang dipalitkan kepada tokoh-tokoh berkenaan.
Anwar Ibrahim: Ini politik kotor, jijik, politik hambar, politik yang melibatkan pembunuhan, penculikan dan rasuah. Orang yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini nak diamanahkan jaga pimpinan negara ini, ini dia politik yang di banggakan.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19022009.pdf
Sunday, March 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment