Thursday, March 19, 2009

TINGKAT 4: ADAKAH PAK LAH BERCAKAP BENAR?

"... apa yang terungkap dari mulut Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) berhubung ketetapan Limbang di pejabat Suruhanjaya Malaysia di Brunei itu, seharusnya dikenang sebagai legasi sangat bermakna dalam lembaran sejarah hubungan akrab Malaysia-Brunei, terutama dalam keadaan beliau menghampiri penghujung khidmat jawatannya. " - Berita Harian (Malaysia).

LEGASI? Itulah pandangan wartawan Berita Harian yang bersama Pak Lah semasa lawatan terakhir beliau ke Brunei beberapa hari lalu.

Tetapi lain pula laporan di Brunei. Ini laporannya:

"Timbalan Menteri Luar Brunei Darussalam, Lim Jock Seng menafikan Brunei membincangkan isu kedaulatan daerah Limbang dengan Malaysia pada Isnin lalu. Menurut beliau, pemimpin kedua-dua negara hanya membincangkan isu berhubung penentuan sukatan di sempadan darat. Ini boleh didapati dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut."
http://malay.cri.cn/601/2009/03/19/125s96477.htm

Oleh itu siapa yang betul dan siapa yang bercakap tidak benar? Secara tidak langsung, Lim Jock Seng menasihatkan Pak Lah dan Kerajaan Malaysia untuk meniliti kenyataan bersama yang dikeluarkan Pak Lah dan DYMM Sultan Brunei untuk menentukan samada benar Brunei menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang. (Kenyataan bersama Pak Lah dan DYMM Sultan Brunei: http://www.mfa.gov.bn/news/20090316a.htm)

Perlu dinyatakan bahawa selepas meneliti kenyataan bersama ini, ia tidak langsung menyentuh mengenai pengguguran tuntutan Brunei terhadap Limbang.

Jadi siapa yang tersilap? Utusan Malaysia melaporkan Brunei dengan rasminya menggugurkan tuntutan terhadap Limbang. Begitu juga Berita Harian, New Straits Times dan The Star.

Kalau keempat-empat akhbar media arus perdana ini melakukan kesilapan dalam laporan mereka, seharusnya wartawan yang membuat laporan diambil tindakan dan dipecat.

Atau mungkinkah Pak Lah tersalah dengar semasa mengadap DYMM Sultan Brunei.

Kita masih menanti jawapannya dari Tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri. Kita sebagai rakyat yang marhaen ingin tahu siapa yang salah dengar, siapa yang silap cakap dan siapa yang memalukan negara kerana kita semua nak tidur lena.

2 comments:

Anonymous said...

why reporters need to resign? the dumb who gave the dumbest statement should be resign.

Anonymous said...

Issshhhh!!
Pak Lah kata: Saya flip...eh bukan! saya flop...eh tak lah sebenarnya saya flip...tapi,...tapi bulih jadi juga saya flop semasa saya tertidur kejap tadi. Bukan apa.... saya terlalu penat mentadbir negara..banyak kerja yg saya nak kena buat dan saya telahpun buat banyak untuk negara..hi!hi!hi!