Sunday, March 15, 2009

GUAN ENG: JANGAN SALAHKAN AKHBAR!

"Dalam pilihan raya lepas mereka tulis memburuk-burukkan kami, kami sedia hadapinya. Dengan atau tanpa NST kami sentiasa survive. Kami menggesa rakyat Pulau Pinang, jika mereka ingin membaca hal benar mengenai Pulau Pinang, jangan beli NST." - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=396411

Marah betul Lim Guan Eng kepada New Straits Times disebabkan satu komentar yang bertajuk "What's your beef, Guan Eng?"

Memang benar kata Guan Eng bahawa New Straits Times dimiliki Umno tetapi Guan Eng perlu terima hakikat bahawa walaupun akhbar tersebut milik parti pemerintah, Umno juga turut dikritik hebat oleh oleh New Straits Times dan media arus perdana lain.

Ketika kerajaan menarik balik kenaikan tol tempoh hari, New Straits Times meletakkan simbol U-Turn bagi mengambarkan sikap "flip-flop" kerajaan. Namun Umno dan Kerajaan tidak komplen atau bercadang memboikot dan tidak membeli akhbar New Straits Times.

Guan Eng juga kena terima hakikat bahawa tanpa publisiti yang disiarkan oleh media arus perdana terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak kemana. Lihatlah publisiti-publisiti yang disiarkan oleh New Straits Times dan Berita Harian mengenai kerajaan Selangor.

Ketika ahli-ahli Keadilan mengadakan demontrasi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan menghantar seekor lembu, New Straits Times menyiarkan gambar tersebut di muka hadapan begitu juga dengan berita-berita pihak pembangkang menyerang pemimpin Umno.

Lihatlah berita-berita mengenai Khir Toyo di dada akhbar arus perdana begitu juga tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap bakal Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

Kalau ada orang yang seharusnya tidak berpuashati dengan New Straits Times ialah pemimpin Umno bukannya Guan Eng.

Oleh itu, Guan Eng hendaklah belajar menerima kritikan. Melarang pembaca tidak membeli New Straits Times bukan caranya menyelesaikan masalah beliau di Pulau Pinang.

3 comments:

Anonymous said...

Sore loser sour grapes kiasu also don wan to lose typical profit my one, loss gahmen punye..
Belajar jurukira sama dengan LABU LCT punye pencadang.
Mahu jadi gahmen tapi tak bolih krik.
I am right evryone is wrong.
One way trafik,O P M.
Certfy Akaun T...
changkat lobak.
arjuna waspada

Anonymous said...

Ya, what's your beef Guan Eng? Pandai hentam orang tapi kena sikit dah meletup.

It's maturity isn't it or the lack of it? In public life, you take the applause together with the brickbats. You can give, so you must also be prepared to take.

A bit of an embarrassment ya, this tirade? Secretary-General and Chief Minister pula tu.

Maybe be better for the press to leave him alone, syiok sendiri.

AYAH

Anonymous said...

aku setuju dengan apa kau tulis. bila dah jadi pemimpin, guan eng kena terima teguran atau kritikan. mesti ada yang betul.
apa pulak nak salahkan suratkhabar. guan eng dapat naik jadi pemimpin pun sebab suratkhabar.
dulu dia banyak guna suratkhabar untuk tulis cerita dia.