Berikut petikan-petikan dari sidang Parlimen pada Isnin 23 Feb.
Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] – mengenai isu pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.
“Kita dengar laungan daripada Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa keputusan UPSR, PMR itu membanggakan. Ada prestasi yang semakin baik. Saya mahu sentuh penanda aras antarabangsa. Kalau hendak bercakap daripada apa yang berlaku dalam negara Malaysia memanglah tidak habis dengan kebolehan, dengan kehebatan kita.
“Akan tetapi apabila kita fikir, bagaimanakah kalau kita gunakan seperti mana keputusan TIMSS 2007, the Trend in international Mathematics and Science Study ataupun trend pembelajaran Sains dan Matematik antarabangsa dijalankan sejak 1995 oleh The International Association for The Evaluation of Educational Achievement (IEA) untuk menilai, mengkaji prestasi pendidikan negara-negara di seluruh dunia dan dikeluarkan Disember 2008.
“Mereka menyatakan bahawa dari segi pemahaman dan amali subjek-subjek seperti biologi, kimia, fizik, pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia pada tahun 2007 berada di bawah negara-negara seperti Armenia, Lithuania, Slovenia dan Republic Czech.
“Tahun 2003, kita bandingkan keputusan 2007 ini dengan 2003. Kajian yang sama menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke sepuluh dalam Matematik lebih baik dibandingkan dengan Australia, Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand manakala di dalam subjek Sains, kita di tangga ke 20 lebih tinggi daripada negara Itali dan Norway.
Jadi, 2003 ini sebelum pelaksanaan PPSMI. Maksudnya mereka buat ujian di dalam bahasa Melayu kerana mereka akan sesuaikan dengan keadaan di negeri atau negara tersebut. Semua ujian Matematik dan Sains dan semua subjek ini diadakan di dalam bahasa Melayu.
Kita tengok prestasinya jauh lebih hebat pada waktu itu daripada tahun 2007. TIMSS 2007, Malaysia di tangga ke 20 untuk kesemuanya.
Jadi kita bandingkan, kerana selalunya the top ten countries dengan izin, negara-negara yang mendapat tangga tempat yang tertinggi, tidak kisahlah semuanya menggunakan bahasa Ibunda. Ada yang mempersoalkan kata negara Singapura pun terkandung dalam keputusan TIMSS sebagai negara yang terbaik. Saya hendak ulang di sini, yang pentingnya Singapura ini bahasa Inggerisnya itu sudah seperti mother tongue.
“Kita lihat negara-negara seperti Cina, Jepun, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Korea menjadi negara yang tersohor dalam bidang Matematik dan Sains. Mereka tidak meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam pembelajaran ilmu-ilmu ini. - http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-23022009.pdf
Hasil kajian TIMSS 2007: http://timss.bc.edu/TIMSS2007/PDF/TIMSS2007_InternationalMathematicsReport.pdf
Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] – mengenai kematian M.Kugan dalam tahanan polis.
“Kalau ada orang mati dalam sel penjara siapa bertanggungjawab? Bukan saya katakan keseluruhan polis tetapi ada polis yang
bertanggungjawab. Contoh M. Kugan dia mati dalam penjara. Saya keluar dalam akhbar saya tidak mahu polis yang buat siasat. Kita mahu independent yang buat siasat bukan polis.
“Jadi kita minta ini Kugan ini dia mati dalam penjara kita tidak iktiraf polis siasat, kita tidak iktiraf. Rakyat keseluruhannya tidak iktiraf daripada 25 juta, 20 juta tidak iktiraf polis yang siasat. Kenapa? Takutkah kita yang mana polis menggunakan salah guna yang membunuh hukum dia. Kita tidak boleh bela polis kalau yang penjenayah, kita tidak boleh bela. Jadi kita minta supaya satu independent committee siasat kenapa dia mati.”
“Kita nampak dari cerita, daripada video apa semua, dia punya leher macam kena gantung, kena cekik kita tidak tahu. Jadi, kita minta independent punya penyiasatan di lapor dan diambil keputusan. Saya percaya sebab dia mati dalam penjara. Kalau pun dia penjenayah, apa besar pun jenayah yang dia buat, tentu bukan polis yang buat hukuman. Yang buat hukuman mahkamah, mahkamah. Kalau pun dia curi kereta, tak kan dia boleh dihukum gantung bukan?
Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] – mengenai tali pinggang untuk penumpang kerusi belakang kereta.
“Saya ingin kemukakan di sini ialah berkenaan dengan tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar ini menyusahkan rakyat. Sebab apa saya katakan menyusahkan rakyat sebab tali pinggang keledar ini dalam bandar pun pakai tali pinggang sama ada di belakang atau di depan. Sepatutnya kalau kita mahu adakan tali pinggang keledar ini, dua kilometer di luar bandar, dalam bandar, dua kilometer tidak perlu pakai tali pinggang keledar.
“Mengapa saya katakan demikian. Kerana ini menggalakkan
rasuah. Dalam bandar, belum sempat pakai tali pinggang keledar sama ada di belakang atau di depan, depan sudah ada penguat
kuasa sama ada JPJ atau polis. Masuk, sudah salah. Mahu kena denda RM300. Dalam bandar. Belum lagi di highway.”
Karpal Singh (Bukit Gelugor) – mengenai tuduhan Jamaluddin Jarjis (Rompin) dituduh mencabul kehormatan seorang wanita
"Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Rompin ada menyatakan kenapa ahli dari Yang Berhormat Ipoh Barat tidak sokong saya. Akan tetapi sebelum saya jawab itu, saya mahu jawapan daripada Ahli Yang Berhormat dari Rompin. Kenapa sampai hari ini, sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan diambil; ke atas Yang Berhormat itu atas pertuduhan dia ada mencabul kehormatan seorang, seorang wanita? Satu laporan polis ada dibuat oleh wanita itu. Bolehkah saya dapat tahu kenapa ini dinafikan dan dipadamkan oleh Peguam Negara? Selepas itu saya jawab."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kepada Nurul Izzah kenapa lah kamu ni bodoh sangat?? Aku nak tanya sepanjang kamu belajar di Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Tenaga Nasional yang mengajar semua subjek dalam bahasa inggeris adakah kamu bebal dan bodoh tak faham apa yang diajar dan menyebabkan kamu gagal???
Tidak bukan,kenapa?
Cuba kamu bandingkan lulusan pelajar Universiti yang mengajar dalam bahasa melayu dengan Universiti yang kamu belajar,graduan manakah yang lebih "commercial di pasaran perkerjaan?" Adakah kamu pernah minta mana-mana NGO buat kajian? Tidak? Kenapa?
Adakah kamu sudah pergi ke semua sekolah dikawasan PARLIMEN kamu untuk bertanyakan kepada IBU BAPA pelajar tersebut sama ada setuju atau tidak? Tidak bukan!
So just shut your fucking mouth Nurul!! You dont deserve to comment anything condemming PPSMI!!
Same to your father,if he is so in LOVE with BAHASA MELAYU,WHY WHy WHY WHy and WHY he cannot complete his degree in the given time? Why take so long just to finish his degree with only 3rd Class Degree? Hebat sangat lah orang yang berijazah Kesusasteraan Melayu itu?
My wife is from tawau where her village is 4 hours from town.She is a SABAHAN and complete her Degree In MALAY LITRITURE 2nd Class Upper and still she think's it is a blessing our kids been thought in english for maths and sciences subject because it will improve their language and built up their confidence.And still at home we still talk to each other in BAHASA MELAYU loghat KEDAH and BAHASA MELAYU SABAH. So what is the point againts it??
Kalau kamu nak bermain dengan statistik adakah kamu telah kaji kenapa GURU-GURU yang ditugaskan mengajar dalam BAHASA INGGERIS tidak dapat melakukan tugas mereka dengan berkesan?? MEREKA ADALAH SEORANG GURU dan MEREKA HARUS,WAJIB MEMAHIRKAN DIRI MEREKA DENGAN BAHASA TERSEBUT SENDIRI!!!
Jika kamu GURU-GURU dengan kata-kata semangat memberitahu murid-murid untuk memajukan diri,mempertingkatkan kemahiran KENAPA KAMU SEBAGAI GURU TIDAK DAPAT MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA??
Guru-guru di MALAYSIA pun dah "banyak lemak". Kerja lebih sikit tuntut elaun.KAlau dibandingkan kerjaya guru dan lain-lain jawatan kita dapat lihat pada zaman sekarang GURU lah yang mempunyai berbagai-bagai ELAUN.
TIdak dinafikan ramai GURU-GURU yang bagus (mereka layak menerima semua elaun-elaun itu) tetapi bagi aku majoriti GURU masih tidak layak menerima nya kerana HASIL PRODUKTIVITI MEREKA amatlah mengecewakan. KEpada GURU-GURU yang dihantar kependalaman,KENAPA KAMU semua tidak dapat meningkatkan prestasi dan tahap pendidikan di SEKOLAH di PENDALAMAN?? Jikalau tidak berjaya maka KAMU adalah SEORANG GURU yang GAGAL!! GAGAL!! jangan berikan sebarang alsan kerana ramai lagi penjawat awam seperti kastam,tentera,polis,imegresen dan lain-lain juga ramai yang bekerja dipendalaman.
GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT!
PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.
sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.
anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.
ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.
dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.
hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.
sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.
AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !
PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !
NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.
JADUAL/ SCHEDULE
( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]
DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor
PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.
Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
KOMEN SAYA:
LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....
http://parpukari.blogspot.com/
Mr Ketam,
Anda bercakap seolah-olah segala anda sahaja yang berilmu.
Bercakap tentang kerja dan tanggungjawab orang lain, boleh menjadi fitnah, jika tidak benar; dan mengumpat, jika benar.
Tahap kelulusan sijil tidak menjamin kelulusan akal dan budi yang luhur.
Lihat sendiri komen anda, bahasa apakah yang anda gunakan ??
Menghentam kerja orang lain, sama saja dengan menghentam kerja anda sendiri, fikir-fikirkanlah.
Guru, pegawai kerajaan, pekerja swasta, semuanya ada tanggungjawab masing-masing. Lebih elok kiranya memperhatikan kerja sendiri daripada memperhatikan kerja orang lain.
Maaf kalau kata-kata saya ini menyinggung sesiapa. Saya hanya sekadar memberi respons, agar boleh dimanafaatkan bersama.
Posting ini saya buat atas nama anonymous, kerana saya bukan pengguna internet tegar.
Mohon maaf sekali sekali kerana menyampuk, semoga kita semua berada dalam keampunanNya.
Terima kasih.
Post a Comment