skip to main |
skip to sidebar
AZALINA DITIKAM PENA
Kata perpatah Melayu, mata pena lebih tajam dari sebilah pedang. Orang tua-tua dahulu memang petah bermadah. Kalau dilihat pada muka hadapan akhbar-akhbar arus perdana semalam, Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan pasti mengiakan perpatah ini, mata pena lebih tajam dari sebilah pedang.
Mana-mana ahli politik sudah pasti gundah-gulana sekiranya berita seumpama ini memenuhi dada akhbar. Kata orang, orang politik pantang tengok mikrofon dan pantang nampak pemberita. Ada benarnya. Tetapi inilah satu-satunya ketika dan suasana di mana orang politik merasa terseksa berhadapan dengan orang media.
Bagi Azalina, ianya satu pancaroba. Kebanyakan ahli politik terdahulu sudah pun jatuh ke tanah tewas dek pancaroba. Jarang yang dapat bertahan. Hanya seorang dua, antaranya Muhammad Muhammad Taib dan Abdul Rahim Thamby Chik yang kini bertanding jawatan tinggi dalam parti dapat bertahan.
1 comment:
Kasihan sama YB Hajjah Azalina. Takut-takut naik cepat, turun pun cepat. Dulu orang biasa, jadi menteri, balik jadi orang biasa, oh bisa tu! Kepada semua pemimpin tidak kira parti mana sekalipun, ingatlah, ada kuasa yang lebih besar daripada kita semua, kuasa yang menguasai Universe ini. Jadi janganlah sombong, bongkak, rasuah ketika sedang berkuasa. La ni Tuhan balas cash...
Post a Comment