Saturday, March 7, 2009

BPR AKAN SOALSIASAT MENTERI

Menteri akan disoalsiasat BPR. Itulah antara kandungan laporan Berita Harian hari ini berikutan penangkapan Setiausaha Politik kepada seorang Menteri malam Rabu lalu. Menurut Berita Harian:

Sumber-sumber memberitahu Berita Harian, SPRM akan turut mengambil keterangan daripada menteri terbabit dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

"Ini adalah proses biasa untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes politik wang," katanya ketika dihubungi, di sini. Sumber itu memberitahu, ketika serbuan malam Rabu lalu, pegawai SPRM turut menemui wang tunai lebih RM100,000 dalam kereta setiausaha politik berkenaan.

"Wang itu dipercayai untuk untuk diagihkan kepada perwakilan Bahagian Umno menjelang pemilihan parti.

"Sebelum itu, setiausaha politik berkenaan dikatakan menemui beberapa perwakilan Umno dalam satu jamuan dan ramah mesra yang diadakan di restoran berkenaan.

"Majlis itu turut dihadiri pegawai SPRM yang menyamar sebagai perwakilan untuk mengumpul maklumat dan menyiasat kes berkenaan," katanya.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada penahanan dua lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan kempen pemilihan membabitkan menteri berkenaan. Menteri terbabit akan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti kali ini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090306233614/Article

No comments: