Bagi bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad pastinya amat memahami krisis kredibiliti dan kepimpinan yang melanda Umno pada ketika ini. Kritikan beliau kepada Abdullah Ahmad Badawi pedas. Tetapi kritikan beliau terhadap Umno lebih keras.
Dalam tulisannya semalam, Dr Mahathir memberi pandangan ikhlas beliau mengenai Umno. Berikut ialah petikan dari tulisan beliau mengenai:
PAK LAH: "Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah."
PENCALONAN UMNO: "Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan."
IMEJ UMNO: "Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri."
PELUANG MEMBERSIHKAN UMNO YANG TERLEPAS: "Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu PELUANG PERTAMA untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan."
"PELUANG KEDUA untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk."
"Tetapi terdapat satu lagi PELUANG (KETIGA) untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13."
MUSIBAH KEPADA UMNO DAN NAJIB: "Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya."
Pandangan Tun: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pemilihan-majlis-tertinggi-umn.html#more
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pesara rasuah berpesan kpd bapa segala perasuah supaya jangan pilih para-para perasuah yang datang dari parti rasuah. Satu lagi pesan: on semula projek jambatan bengkok & off ye kes video Lingam.
Post a Comment