4 PETANG, 17 MAC, 2008: Sidang akhbar Lembaga Displin Umno.
Apakah nasib Ketua Menteri Melaka Ali Rustam? Pelbagai khabar angin tersebar mengenai calon Timbalan Presiden ini. Ada yang mengatakan beliau telah dikenakan tindakan tunjuk sebab. Ada yang mengatakan akan digantung 3 tahun. Ada yang mengatakan beliau akan diminta mengundur diri dari bertanding dan ada yang mengatakan beliau akan dihalang dari bertanding.
Malam tadi Ali Rustam berada di atas pentas di Hotel Blue Wave di Shah Alam untuk diperkenalkan oleh Perhubungan Umno Selangor kepada para perwakilan sebagai calon Timbalan Presiden.
Kalau tiada aral melintang, sejam sebelum Lembaga Disiplin mengadakan sidang akhbar, Ali mungkin berada di Bangunan Umno Ipoh untuk diperkenalkan pula kepada perwakilan Umno Perak.
Apa pun, Ali sempat memberi sedikit komen mengenai khabar angin mengenai beliau. Kata beliau malam tadi, "tunggulah pengumuman Lembaga Disiplin".
Sekiranya Ali seorang sahaja digantung, apakah ia bermakna hanya beliau seorang sahaja yang melakukan kesalahan?
Sementara itu, ramai pemimpin lain pastinya turut menanti pengumuman Lembaga Disiplin esok. Antaranya Mike Tyson, Norza Zakaria, Azalina Othman Said, Shahaniza Shamsuddin, dan Ida Rahayu Md Noor.
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment