Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam: Dari bulan Oktober 2008 hingga sekarang, seramai 10,277 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja secara tetap. Sementara itu seramai 4,550 telah diberhentikan kerja secara sukarela melalui sistem VSS.
Menteri Kewangan Najib Razak: Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah ekonomi terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan daripada kelembapan ekonomi dan perdagangan dunia. Trend ini dapat dilihat sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks.
Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%, November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752 orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah.
Harga minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800 setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram pada 2 Julai 2008.
Razali Ibrahim (Muar): Hari ini kita tengok dalam surat khabar, dalam blog-blog menyatakan ketua agama ataupun pegawai mufti negeri dipanggil anjing, adakah ini perkara yang kita galakkan di kalangan masyarakat walaupun ada keterbukaan dan kebebasan.
Khalid Samad (Shah Alam): Amalan UMNO-Barisan Nasional, untuk mengheret Institusi Raja-Raja dalam perkara ini merupakan satu amalan yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu, dan perkara inilah yang ditentang oleh rakyat jelata. Yang Berhormat Muar perlu mengiktiraf hakikat bahawa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat itu di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, merupakan satu luahan kekecewaan rakyat yang tidak di orchestrated dengan izin, oleh mana-mana pihak, tetapi apabila rakyat melihat bahawa kerajaan yang dipilih oleh mereka melalui satu pilihan raya yang sah, dirampas dengan menggunakan dan memperalatkan Institusi Raja-Raja adalah ianya merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, yang sayang kepada raja-raja mereka dan ingin supaya Raja-Raja ini diselamatkan daripada dicemari dan dinodai oleh UMNO-Barisan Nasional.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17022009.pdf
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment