Friday, August 1, 2008

ORANG PERMATANG PAUH TOLAK EZAM!

"Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon. Ezam belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat di sini. Anwar sudah bertapak di Permatang Pauh sejak 1982 dan agak susah untuk memperkenalkan calon baru yang bukan anak tempatan dalam masa yang singkat kerana masyarakat di sini begitu mementingkan faktor orang yang mereka kenal atau tahu."

Itulah kenyataan Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Dengan kenyataan itu, berakhirnya harapan Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, untuk mendapatkan "short cut" untuk menjadi Ahli Parlimen hanya beberapa hari selepas menyertai Umno.

Sebenarnya bukan budaya Umno membenarkan "orang luar" menjadi calon di bahagian orang lain. Umno bukan Pas.

Meletakkan "orang luar" bertanding di "negeri orang" perkara biasa dalam Pas. Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas, bukan orang Kedah, bukan juga orang Kelantan. Tetapi beliau diterima oleh penyokong-penyokong Pas di Kedah dan menang di Kelantan. Bekas Naib Presiden Pas Mohamad Sabu, orang Bukit Mertajam, pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah di Kedah.

Suasana berlainan di dalam Umno. Beberapa "calon luar" Umno ditewaskan dalam pilihanraya umum yang lepas.

Tokoh seperti Jalil, Ketua Bahagian Permatang Pauh, sudah sekian lama berjuang dan setia pada Umno. Jadi apa perlunya Ezam dibenarkan bertanding di Permatang Pauh?

Lumrah ahli-ahli Umno sukar menerima calon luar. Malah sekiranya pucuk pimpinan memilih calon luar, ia seumpama mengundang masalah.

Jadi Ezam, lupakan lah hasrat menjadi wakil rakyat buat seketika. Membuktikan kesetiaan beliau kepada Umno sebelum bermimpi menaiki takhta Umno perlu menjadi keutamaannya.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_77f6b273-c0a85062-19a18430-3bd88358

No comments: