Thursday, August 21, 2008

UNGKU AZIZ: UITM UNTUK BUKAN BUMI CADANGAN GILA!

"Cadangan untuk membuka kuota 10 peratus kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera sebagai satu cadangan gila dan tidak masuk akal."

Itu lah pandangan cediakawan dihormati Prof Ungku Aziz.

Laporan penuh Utusan Malaysia:

'Tidak masuk akal'
Oleh Rajmah Hasan
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Cendekiawan negara, Prof. Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membuka kuota 10 peratus kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera sebagai satu cadangan gila dan tidak masuk akal.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) selama 20 tahun sejak 1968 itu menganggap cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai lari daripada matlamat asal penubuhan institusi itu untuk membela orang Melayu dalam bidang pendidikan.

"Walaupun UiTM pada masa kini tidak dibuka kepada kaum lain, namun kita nampak ia telah terbukti mampu melahirkan ramai tokoh dan intelektual Melayu dalam pelbagai bidang.

"Malah siswazah UiTM juga mempunyai pasaran kerja yang tinggi di syarikat-syarikat terkemuka dan mampu bersaing dengan kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Abdul Khalid yang mahukan UiTM membuka 10 peratus kuota kemasukan ke universiti itu kepada bukan bumiputera dengan alasan untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi di UiTM.

Walaupun pelbagai pihak mahu beliau menarik balik cadangan itu, Abdul Khalid tetap dengan pendiriannya serta enggan memohon maaf kerana berpendapat pelajar UiTM perlu lebih terbuka dan berani untuk bersaing dengan pelajar asing.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan kenyataan Abdul Khalid itu dan menyifatkan angka itu kecil sahaja.

Menurutnya, syor yang dibangkitkan oleh Abdul Khalid itu tepat dan kena pada masanya.

Ungku Aziz yang banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di negara ini termasuk mencetuskan penubuhan Pusat Asasi Sains dan Akademi Islam UM secara sinis berkata:
"Untuk membina ketahanan dan kecergasan diri, seseorang itu tidak perlu melakukan 'senaman' dengan kaum lain kerana yang penting ialah kekuatan minda dan keazaman individu itu sendiri."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

1 comment:

kulatlapok said...

salam Jelapang...

MASA TUN M, BUAT CADANGAN TAK ADA PULAK KEDENGARAN 'TIDAK MASUK AKAL' MACAM PROF UNGKU NI CAKAP.. MASA TU MANA ULASANNYA? PROF TAK TENTANG PUN... MUNGKIN TUNGGU UNTUK NAIK PANGKAT...WALLAHUALAM