“Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.
“Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran.
“Ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.
“Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.
"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.
"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan. " - Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan ketika meluahkan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.
"Masalah kita tidak besar seperti dalam Umno. Bahkan hari demi hari kita bertambah kasih. Kami, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bercerai kasih, talak tiada. Bagaikan rambut tersimpul mati. Inginku mati di hujung kuku, inginku berkubur di tapak tangan. Begitulah kasih sayang dalam Pakatan Rakyat." – Mohamad Sabu ketika menjelaskan masalah dalaman yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat.
"Saya setuju jika pelajar ini diberikan kebebasan untuk menentukan pemikiran mereka dan meluahkan perasaan. Ini satu amalan yang sihat, malangnya selama ini mereka tidak boleh berbuat begitu kerana dikongkong oleh parti pemerintah." - Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Sallehen Mokyi berhubung 5,000 pelajar yang menyertai demonstrasi mengutuk kenyataan Khalid Ibrahim baru-baru ini.
"Siapa sahaja boleh dicadangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hakikatnya sekarang KeADILan mendahului jumlah wakil rakyat di Dewan Rakyat." - Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub merujuk kepada isu siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
“PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak dan menegaskan tidak sekali-kali mengadakan kerjasama politik dengan Umno. Malang sekali mereka yang mendedahkan pertemuan biasa pemimpin PAS dan Umno ialah Perdana Menteri. Jadi siapa sebenarnya yang tidak jujur dalam isu ini kalau tidak lain daripada Presiden Umno yang membocorkan maklumat lebih awal." - Salahuddin Ayub (gambar) mengenai isu muzakarah Pas-Umno.
"Beliau tidak pernah menyebut akan menjadi perdana menteri." – Salahuddin Ayub ketika menjelaskan berita yang mengatakan Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
“Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulama. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan.
Tetapi apa yang kita lakukan adalah untuk memastikan mereka menerima Islam." - Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengenai perjumpaan pemimpin PAS dan Umno.
"Pada kali ini, tanggapan negatif terhadap PAS telah dikikis apatah lagi terhadap muslimat kerana tidak pernah kita bermimpi calon muslimat kita menang di kawasan majoriti bukan Islam. Malah, pada pilihanraya umum yang lalu, muslimat kita yang bertudung labuh menang majoriti yang besar tanpa mengubah identiti. Hanya ubah minda dan fikiran. " – Naib Presiden Pas Mohamad Sabu ketika merasmikan muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-48.
Friday, August 15, 2008
MUKTAMAR PAS: PEMUDA PAS SEKADAR PENJAGA PARKING, PENGUTIP SAMPAH & PENAMPAL POSTER!
Labels:
muktamar pas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment