Tuesday, August 19, 2008

KENYATAAN JEFFREY KITINGAN MAINAN POLITIK SABAH?

PENGLIPURLARA: Hikayat Ahli Parlimen Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat bukan cerita baru.

Tarikh demi tarikh diwarwarkan tetapi sehingga kini ianya hanya semata-mata khayalan.

Semalam giliran Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Keadilan, mengucapkan kalimah yang serupa. Kata beliau:

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja."


(http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=353692)

Sejak Mac 8, ahli politik Sabah, samada pembangkang atau Barisan Nasional, asyik bermain politik ugutan kerana kenyataan yang dikeluarkan berbau ugutan.

Ianya seolah-olah satu pakatan konspirasi untuk mengugut pimpinan di peringkat persekutuan. Sehingga ini pakatan ini berjaya kalau dilihat berbillion ringgit peruntukan diturunkan ke negeri Sabah sehingga menimbulkan rasa irihati orang di Semenanjung.

Adakah ugutan ini akan berterusan? Adakah Jeffrey dan pemimpin lain di Sabah bersekongkol untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan pimpinan Persekutuan? Adakah kenyataan ini mempunyai udang disebalik batu?

Kepada ahli Parlimen Sabah, ambil lah ikhtibar dari hikayat gembala biri-biri.

1 comment:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Apa-apa pun mainan politik Sabah telah berjaya mendapatkan $$ yg tidak sedikit.

Kenapa di negeri-negeri semenanjung masih gagal mendapatkan peruntukan besar berbanding Sabah?

Pada saya, ini menunjukkan bahawa perpaduan rakyat di negeri Sabah lebih kukuh berbanding dengan penduduk semenanjung.

Ini menunjukkan bahawa KERAjaan persekutuan sangat lemah sehingga boleh diugut secara terbuka oleh orang Sabah.

Ini menunjukkan bahawa bangsa lain telah mengambil alih peranan bangsa meLAYU sebagai penentu samada di dalam pilihanraya atau membuat dasar.

Apakah peranan meLAYU sekarang?? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai penyokong & pencacai yang mudah ditipu.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: sekarang ugut guna kenyataan, selepas ni silap-silap depa guna C4 pulak, heheheee...