Friday, July 4, 2008

SIAPA UGUT BALASUBRAMANIAM?


KOMEDI: Semalam beliau menuduh Najib Razak mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaariibuu. Hari ini lain pula ceritanya.

Yang lebih menarik ialah dakwaan beliau: “Saya ingin tegaskan bahawa saya menarik balik akuan saya yang pertama. Saya ingin tegaskan bahawa saya diugut untuk membuat akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu.”

Semalam Balasubramaniam membuat kenyataan akhbar mengenai pengakuan bersumpah beliau di ibupejabat PKR diiringi Anwar Ibrahim.

Laporan Agenda Daily

Tidak sampai pun 24 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘serangan’ terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan ‘peluru’ yang berupa akuan bersumpah penyiasat persendirian yang dakwa kaitan Najib dengan Altantuya Shariibu, pagi Jumaat nampak gayanya ‘peluru’ itu makan tuan. P. Balasubramaniam dalam sidang medianya di sebuh hotel di Kuala Lumpur maklumkan beliau menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpah itu yang kaitkan Najib dengan Altantuya. Perenggan yang ditarik ialah dakwaan dalam akuan bersumpah yang didedahkan oleh Anwar semalam yang menyebut Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada tertuduh kes bunuh wanita itu, Abdul Razak Baginda.Selain itu, beliau juga menarik balik dakwaan kononnya Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya. Katanya, beliau menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya itu kerana dipaksa membuat akuan seperti yang didedahkan oleh Anwar hari Khamis. “Saya ingin tegaskan bahawa saya menarik balik akuan saya yang pertama. Saya ingin tegaskan bahawa saya diugut untuk membuat akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu,” katanya tetapi enggan menamakan pihak yang mengugut beliau. Hari Khamis Anwar mendedahkan apa yang didakwanya sebagai bukti baru yang terkandung dalam akuan bersumpah Subramaniam yang menyebut Najib kenal Altantuya dan Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya. - 4/7/2008

http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

No comments: