Friday, July 4, 2008

SNIPPET: OH MAYA KARIN!

KECEWA: Seorang rakan Jelapang memohon agar disiarkan berita Maya Karin akan mengakhiri zaman bujangnya.
Ramai jejaka mungkin kecewa dengan berita ini, tetapi yang pasti berita ini melegakan seorang ahli politik yang kini bergelar YB.
Dengan berita ini, berakhirlah khabar angin hubungan YB berkenaan dengan Maya Karin.
SELAMAT PENGANTIN BARU, MAYA.

Laporan Utusan Malaysia.
Maya Karin kahwin 14 Ogos ini
04/07/2008 6:46pm
PETALING JAYA 4 Julai – Desas-desus mengenai pelakon popular Maya Karin bakal menamatkan zaman bujang akhirnya terjawab apabila aktres itu mengesahkan akan berkahwin pada 14 Ogos ini.
Pelakon berusia 29 tahun itu turut mendedahkan identiti bakal suaminya iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali, 38, berasal dari England.
Artis jelita itu berkata, dia dan Steven yang juga seorang guru Matematik memilih Bellagio, Itali sebagai lokasi pernikahan mereka.
“Bellagio, Itali menjadi pilihan saya dan Steven kerana ia berdekatan dengan kediaman keluarga bakal mertua saya,” kata pelakon utama filem Pontianak Harum Sundal Malam itu pada sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.- Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Siapa Steven Shorthouse? Layari: http://syokkahwin.com/blog/2008/06/02/gambar-kekasih-maya-karin-steven-shorthose/

No comments: