Thursday, July 24, 2008

BPR SIASAT KES REPAIR PERDANA RM175,000


AKHIRNYA kes penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang mencecah RM175,000 kini menjadi kes BPR. Menurut Utusan Malaysia hari ini:

Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat tahun lalu. Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat kes itu kerana jumlah bayaran menyenggara kenderaan tersebut terlalu besar. Kita sudah hantar pegawai untuk siasat kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Laporan Utusan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Sementara itu, menurut Utusan Kabinet tidak membenarkan kerajaan negeri Terengganu menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri itu

"Menurut sumber, apabila isu pembelian 14 buah kereta Mercedes itu ditimbulkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Kabinet mahu kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengutamakan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sedia ada.
Kabinet menolak keputusan kerajaan negeri untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive dengan Mercedes E200 Kompressor. Kalau dibenarkan, Jemaah Menteri khuatir langkah kerajaan negeri Terengganu itu akan diikuti negeri-negeri lain. Wakil rakyat tidak boleh menonjol-nonjolkan kemewahan,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.


Laporan penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

1 comment:

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Taktik Ahmad Said utk membongkar penyelewengan zaman Idris Jusoh berjaya bak tarik rambut dalam tepung.

Bukan nak beli sgt pun kereta Merz tu, saja nak citer yg zaman dulu, repair kereta Proton V6 menggila punya tinggi harganya tapi diluluskan jugak pembayaran.

Cumanya, sanggupkah BPR menjalankan siasatan dengan penuh tulus without fear & favour tanpa gangguan tangan halimunan. Selalunya di akhir cerita "Tiada kes utk pendakwaan"...

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: BPR pun bukan leh harap sangat.