Tuesday, July 1, 2008

SKETSA PARLIMEN 5 (JUN 30/08): PENDEKAR AMIN

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

"Ahli-ahli Yang Berhormat harus menjalankan tugas sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, not like a school children. You want to be treated like school children, I will do that.” - Yang di-Pertua Pandikar Amin Mulia

Pandikar Amin vs Gobind Deo

Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puchong sila duduk. Kalau tidak Yang Berhormat Puchong saya gunakan kuasa saya di bawah 43.
Gobind Singh Deo [Puchong]: Gunakan! Saya Ahli Dewan Rakyat. Saya hendak bangkitkan isu. Go ahead! Go ahead! You want to throw me out for asking a question Tuan Yang di-Pertua?
Yang di-Pertua: Bentara.
Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya masih belum ask a question!
Yang di-Pertua: Bentara. Saya mahu Yang Berhormat Puchong keluar daripada Mesyuarat ini selama dua hari. Sila bentara jalankan tugas.

“Barangkali sayalah manusia dalam Dewan ini yang manusia paling terakhir untuk menjejaskan imej kerusi Speaker." – Pandikar Amin Mulia

"Seperti juga dengan ulama-ulama, seperti juga dengan pengamal-pengamal guaman, masing-masing mempunyai pembezaan yang berbeza. Akan tetapi pada akhirnya yang memutuskan dalam pembicaraan mahkamah adalah hakim. Jadi dalam soal ini, saya adalah sebagai “hakim”, sudah pun saya putuskan." - Pandikar Amin Mulia.

"Saya tidak mahu dunia baca bahawa sewaktu saya jadi Tuan Yang di-Pertua saya buat sewenang-wenang, bukan macam orang-orang lain. Saya tidak ada agenda lain, I want to protect this Chair. Bantu saya untuk protect Chair ini." – Pandikar Amin Mulia.

"Saya benar-benar mahu mewujudkan satu Parlimen world class." – Pandikar Amin Mulia.

"Jikalau pula saya interject terlampau banyak saya ditegur “Why do you strict of like small children?” I don’t behave like small children. Do you see me behave like small children? – Pandikar Amin Mulia

"Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau hendak keluar daripada dewan ikut Peraturan Mesyuarat 41, dengan senyap dan tertib." – Pandikar Amin Mulia menyindir anggota pembangkang yang bertindak meninggalkan dewan sebagai protes kepada Speaker kerana membenarkan Najib Razak membuat ministerial statement.

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-30062008.pdf

No comments: