Monday, July 14, 2008

BAGI NAMEWEE: AKHIRNYA, MALAYSIA NEGARA KU

MASIH INGATKAH KITA PADA NAMEWEE? Wong Meng Chee (gambar) adalah nama sebenar Namewee.

"I wanna to come home, says Namewee." Itulah tajuk berita di mukasurat 6 theSun hari ini. Akhirnya, penyanyi "Negara Kuku" ini menyedari bahawa "tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula negara sendiri". Lihatlah Video YouTube ciptaan Namewee (Negara Kuku): http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

Selepas mengkritik kepimpinan negara melalui video youtube nya, Namewee mahu kembali ke negara asalnya, MALAYSIA. Dalam satu perbualan telefon dengan Sin Chew, Namewee berkata: "Saya tidak menyesal berhenti kerja yang saya sukai (di Taiwan) kerana Malaysia adalah tanah tumpah darah saya."

Namewee bercadang pulang ke tanah tumpah darahnya pada 31 Ogos. Untuk rekod, pengkritik beliau ketika itu mahukan beliau dilucutkan kewarganegaraan. Bagaimanapun isu itu berakhir bila Namewee menelefon Menteri Kesihatan ketika itu, Chua Soi Lek, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau meminta maaf dengan tindakan beliau itu.

Akhbar The Star turut menyiarkan berita ini Sabtu lalu: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/12/nation/21758441&sec=nation

No comments: