Saturday, July 26, 2008

MUHYIDDIN, PRESIDEN UMNO?

ITULAH hasrat Umno Umno Cawangan Desa Jaya di Johor Baru.

Sebenarnya keputusan Desa Jaya membuat ketetapan mahukan Muhyiddin Yassin (gambar) bertanding jawatan Presiden dibuat hujung minggu lepas tetapi tidak dilaporkan media arus perdana. Begitu juga dengan keputusan dua cawangan lain di Langkawi.


Salah satu cawangan di Langkawi mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding Presiden manakala satu lagi mahukan Najib Razak menentang Abdullah Ahmad Badawi.

“Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut. Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu."

"(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama."

"Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)."

Itulah kata-kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah kepada portal bebas, Malaysiakini hari ini.

Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/86779

2 comments:

Anonymous said...

Whatever you address yourselves, will come back to square, we are Malaysian.

For this, I encourage all Malaysians, especially Malay brothers and sisters, to participate in Dr. Hsu’s Forum,
http://hsudarren.wordpress.com/

Dr. Hsu, a Gerakan member, is Bangsa Malaysia of the ‘truest’ sense. Whether you agree or disagree, I believe in diversity, ‘DIVERSITY IS OUR STRENGTH’ fellow Malaysians.

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Saya ingin menarik perhatian para pembaca tentang kenyataan Najib di dalam Bernama-TV beberapa hari sudah.

Beliau mengatakan bahawa usul yang dibawa oleh cawangan mengenai suara akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan presiden tidak memberi makna kerana bahagian telah membuat ketetapan terhadap isu peralihan kuasa.

Ini membawa erti bahawa suara akar umbi di dalam um-NO sememangnya tidak laku & tidak pernah & tidak akan didengar.

Jadinya, apa yang dok buang masa pergi mesyuarat cawangan. Baik habiskan masa dengan anak bini, lagi berfaedah.

Setiap usul yang dipersetujui oleh cawangan yang bertentangan dengan ketetapan bahagian pastinya akan sampai ke bakul sampah.

Cawangan & bahagian belum habis mesyuarat tetapi keputusan dan dibuat. Mesyuarat dalam um-NO memang membuang masa saja.

Kesimpulan: TOK SAH MEMBUANG MASA, TENAGA & DUIT UNTUK HADIR KE MESY. UMNO... KEPUTUSAN DAH DIBUAT AWAL LAGI.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Daripada pi meeting, lagi syok kalau pi dating...