Showing posts with label pemilihan. Show all posts
Showing posts with label pemilihan. Show all posts

Saturday, July 26, 2008

MUHYIDDIN, PRESIDEN UMNO?

ITULAH hasrat Umno Umno Cawangan Desa Jaya di Johor Baru.

Sebenarnya keputusan Desa Jaya membuat ketetapan mahukan Muhyiddin Yassin (gambar) bertanding jawatan Presiden dibuat hujung minggu lepas tetapi tidak dilaporkan media arus perdana. Begitu juga dengan keputusan dua cawangan lain di Langkawi.


Salah satu cawangan di Langkawi mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding Presiden manakala satu lagi mahukan Najib Razak menentang Abdullah Ahmad Badawi.

“Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut. Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu."

"(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama."

"Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)."

Itulah kata-kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah kepada portal bebas, Malaysiakini hari ini.

Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/86779