Showing posts with label lim. Show all posts
Showing posts with label lim. Show all posts

Tuesday, October 14, 2008

KALIMULLAH, PATRICK LIM: BEREDAR SEBELUM PADAH

TIADA SIAPA YANG SAYANG PADA MEREKA: Mereka yang dimaksudkan ialah Patrick Lim (bergambar bersama anak Pak Lah, Kamaluddin), tuanpunya Equine Capital, dan Kalimullah Maseerul Hassan (bersama rakan kongsi), Timbalan Pengerusi New Straits Times Malaysia Berhad.
Mengikut laporan Straits Times Singapore, kedua-dua mereka mengambil keputusan meletakkan jawatan berikutan keputusan Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakkan jawatan Mac tahun hadapan.
Kedua-dua jelas menjadi bahan cemuhan blogger. Kalimullah kerana dikatakan menggunakan kedudukan beliau di New Straits Times untuk memecahbelahkan pemimpin Umno demi kepentingan peribadi dan perniagaan dan Patrick Lim kerana menjadi kroni kepada Abdullah.
Di kalangan ahli-ahli Umno, Kalimullah akan menerima musibah sekiranya terus kekal bersama New Straits Times sementara Patrick Lim, demi masadepan syarikat beliau, mengambil keputusan meletakkan jawatan.
Siapa Patrick Lim? Malaysiakini pernah menyiarkan satu rencana mengenai beliau. Berikut ialah rencana yang disiarkan Malaysiakini pada bulan September lepas. Rencana Malaysiakini.
Malaysiakini:
Who is Patrick Lim aka ‘Patrick Badawi’?
Sep 28, 06 7:25pm
Former premier Dr Mahathir Mohamad made a startling revelation last week that two individuals were ‘ruling’ the state of Terengganu.They were businessman Patrick Lim (pix) - whom Mahathir referred to in jest as ‘Patrick Badawi’ - and Khairy Jamaluddin, the son-in-law of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.
According to the former premier, Lim is a close associate of his successor. So who exactly is Patrick Lim? Just like Abdullah, the 40-year-old businessman hails from the northern state of Penang.
The son of a well-known figure in horse racing, Lim - who is of mixed parentage - is a major player in the real estate industry.
The passion for horses runs in the blood and it remains as the symbol of his company, Equine Capital Bhd, whose headquarters is in Seri Kembangan. He has three major projects, one of them in Batu Kawan, Penang.
This project is included in the development of the second Penang bridge and consists of a housing-cum-commercial complex known as Crescentia Park. Crescentia Park will be developed as Penang’s third satellite city. The project, expected to be completed by 2015, covers an area of 450 acres.
The gross development value (GDV) and development cost are estimated at RM860 million and RM636 million respectively. Early this month, Abdullah had visited the project and Lim was present to brief him on it.
Crescentia Park will be accessible via the second bridge - mooted by the current administration. Apart from this, Lim has also obtained the right to design and reconstruct the Penang Turf Club at an estimated cost of RM375 million.
The Turf Club will be shifted to Batu Kawan from its present location in Georgetown. Monsoon Cup The businessman is also in charge of the Monsoon Cup - an annual sailboat race conceived by the prime minister - which is held in Terengganu’s Pulau Duyong. The RM200 million project includes the building of chalets on the island.
The Monsoon Cup has attracted numerous celebrities such as Jackie Chan, Michelle Yeoh and her fiancee Jean Todt, who is the chief executive officer of the Ferrari F1 team. Todt owns two bungalows on the island.
According to recent media reports, Jackie has also expressed interest in purchasing property there. The Hong-Kong action hero had recently visited the island upon receiving an invitation from Lim.
Yesterday, malaysiakini reported that villagers in the two Pulau Duyong islands have not received any benefits from the Monsoon Cup. Apart from making pittance from stalls that sell tidbits and drinks, the locals said their lives have not changed. “The people of Pulau Duyong get nothing. We just look at the rich build their big houses,” lamented a local Umno leader.
Perletakan jawatan Kalimullah dan Patrick Lim (Singapore Straits Times): http://www.straitstimes.com/Breaking+News/SE+Asia/Story/STIStory_289194.html

Saturday, July 19, 2008

SKETSA PARLIMEN 13 (JULAI 14/08): PANDIKAR AMIN REDAKAN “PERANG” DI PARLIMEN.

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
(Persidangan ini berlangsung di hari di mana polis membuat sekatan jalanraya di seluruh ibukota dan sekitar parlimen)
Rujukan laporan Malaysiakini pada hari tersebut: http://www.malaysiakini.com/news/86032
“…adakah kawasan Parlimen dan kawasan-kawasan yang berhampiran telah menjadi ‘war zone’? Saya minta penjelasan Tuan
Yang di-Pertua, adakah arahan Tuan Yang di-Pertua sendiri yang tidak mengizinkan Ahli-ahli Parlimen pada hari ini membawa tetamu-tetamu. Saya juga meminta, adakah boleh Tuan Yang di-Pertua menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), penerangan daripada menteri-menteri ini untuk mengizinkan sama ada Menteri Dalam Negeri yang menyebabkan kesesakan lalu lintas pada hari ini yang mengganggu perjalanan Ahli-ahli Parlimen? Apa yang dikatakan ada perhimpunan besar-besaran, sedangkan kami daripada Pakatan Rakyat tidak pernah menganjurkan, tidak pernah mengarahkan ahli-ahli kami untuk berhimpun di sini sehinggakan dua hari di Kuala Lumpur ini menjadi seolah-olah ‘kawasan perang’.
- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)

“…tidak pernah dengar, tidak tahu sesiapa yang tahu sama ada seseorang boleh diharamkan daripada menghadiri Parlimen, datang ke Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, banned daripada datang ke Parlimen.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

“Saya cadangkan bahawa Ketua Polis Negara dirujuk di bawah 26(1)(p) Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan oleh kerana ingkar melaksanakan dan melanggar usul yang ada diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 28 April.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur) ketika mendesak Parlimen membincang usul beliau selepas roadblock dibuat ke jalan-jalan masuk ke Parlimen dan Anwar Ibrahim dihalang ke Parlimen.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau umpamanya ada penghalang, tidak akan Ahli-ahli Yang Berhormat semua berada di Dewan pada hari ini. Saya tadi pagi pun sewaktu datang di sini juga kena tahan sebentar. Saya tidak buat apa-apa bantahan kerana saya faham bahawa tag Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat depan kereta saya itu, sesiapa pun boleh dibuat, sesiapa pun boleh dibuat. Kereta Proton Perdana Eksekutif siapa pun boleh beli.” – Speaker Pandikar Amin Mulia (gambar atas).

“Boleh atau tidak Tuan Yang di-Pertua menggunakan kerusi yang mulia ini memberitahu Dewan demonstrasi apa, siapa penganjurnya, siapa perancangnya, mengapa.” - Mohamed Azmin Ali (Gombak)

“Kalau betul Parlimen ataupun Ahli Parlimen Barisan Nasional hebat, mengapa takut dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim.” - Mohamed Azmin Ali (Gombak)

“Yang Berhormat Gombak sudah, tolong, tolonglah. Yang Berhormat Gombak tolong, sila. Ahli Yang Berhormat yang lain sudah. Suruh duduk dulu, menteri. Dua menteri duduk, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu. Duduk! Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat tolong duduk, Yang Berhormat Gombak duduk. Yang Berhormat Gombak sudah saya dengar, sudah saya beri peluang kepada Yang Berhormat Gombak begitu lama. Sudah saya kasi peluang, sila Yang Berhormat duduk. Tolong Yang Berhormat Gombak. Tidak apa-apa, yang lain duduk juga. Yang lain pun duduk juga. Apabila saya arah Yang Berhormat Gombak duduk, Yang Berhormat Gombak duduk yang lain pun duduk jangan berdiri. Sila Yang Berhormat Gombak duduk. Sila. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau dalam kekecohan begini saya mempunyai kuasa untuk menangguhkan Dewan sepuluh minit atau dua puluh minit. Buat apa? Untuk apa? Kalau balik masuk Dewan begitu juga.” – Pandikar Amin Mulia

“Yang Berhormat Pokok Sena nanti dulu. Nanti dulu, menteri-menteri tolong duduk. Yang Berhormat Pokok Sena duduk, Yang Berhormat Gombak tolong duduk. Saya tidak boleh membenarkan umpannya sesuatu perkara di bahas sepanjang lebar yang tidak ada kena mengena dengan Mesyuarat, tidak boleh Yang Berhormat. Menurut risikan itulah, kalau tidak ada kekacauan berlaku, Alhamdulillahlah. Semua kita semua bersyukur, tidak ada kekacauan, kalau jaminan daripada pembangkang tidak ada kekacauan, Alhamdulillah. Saya berdoa, kalau kerajaan tidak ada kekacauan, polis cekap,Alhamdulillahlah.” – Pandikar Amin Mulia.

“Bersyukur kita semua. Kenapa harus bertengkar dalam Dewan pasal soal ini? Syukurlah! Pagi ini saya datang di Dewan dengan selamat. Ahli-ahli Yang Berhormat datang dengan selamat walaupun tergendala sedikit kerana keselamatan. Jangan nanti terlapor di akhbar, ditolak 1,444 malaikat, satu, dua Ahli Yang Berhormat ditembak, ia sudah pun berlaku.” - Pandikar Amin Mulia.

“Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh memberi peluang kepada Yang Berhormat Gombak tadi untuk memberikan sesuatu penjelasan, saya rasa elok kita menggunakan peruntukan ini bagi membolehkan seorang menteri supaya memberikan penerangan. Polis pencen mana yang memberi laporan kepada mereka? [Dewan riuh] - Mahfuz Omar (Pokok Sena)

“Saya minta mohon, kita terpaksa meninggalkan. Kalau beginilah cara kami diperlakukan di sini. [Dewan riuh] - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“Saya hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Jabatan Perdana Menteri ada satu lagi bahagian yang penting iaitu bahagian undang-undang. Sepatutnya seorang menteri yang menjaga bahagian undang-undang turut datang ke Parlimen dan menjawab. Oleh sebab di waktu perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan, midterm ini ada ahli-ahli Yang Berhormat membangkit perkara pembayaran ex-gratia kepada bekas-bekas hakim, saya turut mencelah dan beliau tidak ada di sini. Menteri (Zaid Ibrahim) ini kalau saya baca di suratkhabar, cukup banyak bercakap di luar tetapi di Dewan tidak datang untuk menjawab pertanyaan Ahli-ahli
Dewan Rakyat. [Tepuk]
- Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Kalau tidak, tidak guna dia jadi menteri. Lebih baik bagi kat Yang Berhormat Sri Gading, Menteri Undang-undang. Tiga, empat penggal. Yang Berhormat sendiri Tuan Yang di-Pertua seorang peguam baik jadi Menteri Undang-undang. Kalau dia tidak mahu menjadi menteri. Dia bukan bertanding pilihan raya pun.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas).

“Prestasi dia (Zaid Ibrahim) macam itu. Jadi itulah kita kesal. Biarlah dia datang, bukan pun selalu dia datang. Sekali-sekala dia datang. Kami sampai 9.15 malam boleh tunggu, kami bukan menteri, tetapi hendak menjayakan dan menjaga kerajaan Barisan Nasional kami tunggu sampai pukul 9.15 ini. Jadi bila kita lahirkan kekesalan itu biarlah didengar oleh YAB Perdana Menteri, pemimpin kita.” - Mohamad Aziz (Sri Gading)

Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat): Apakah kementerian mengawal klinik-klinik swasta di mana doktor dia, dia ada perniagaan lain, dia sukar mencari doktor locum, maka pekerja itu, sesuka hati menjual ubat tanpa prescription terutamanya seperti viagra dan sebagainya.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latiff Ahmad: Saya hairan dan ajaib, ada 5,000 lebih ubat yang ada di pasaran, di bawah Akta Racun, kenapa Batu Pahat hanya cakap viagra? [Ketawa]