Showing posts with label parlimen parliament sketsa. Show all posts
Showing posts with label parlimen parliament sketsa. Show all posts

Friday, July 25, 2008

SKETSA PARLIMEN 15 (JULAI 17/08): DURIAN THAI, GAJI CEO TNB & MENTERI LARI!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“Kita selalu mendengar bahawa kerajaan ada menasihatkan rakyat janganlah percaya kepada apa yang ada dalam blog-blog, apa yang ada dalam internet tetapi nampaknya kerajaan sendiri percaya apa yang ada dalam blog-blog sehinggakan tadi YB Menteri Dalam Negeri ‘lari’. Kenapa dia ‘lari’? - Lim Kit Siang mengenai tindakan polis mengadakan sekatan jalan di seluruh Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

“Kenapa kerajaan boleh percaya kepada dua blog, dua ucapan dan dua SMS bahawa akan ada satu demonstrasi besar-besaran pada hari Isnin dan oleh kerana itu melancarkan satu operasi melibatkan 1,600 orang anggota. Untuk tiga hari Kuala Lumpur dan Lembah Klang paralyzed dengan tanpa apa-apa asas. Ini menunjukkan bahawa sikap kerajaan mengenai electric government belum matang.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

“Kalau untuk gaji, saya hendak tanya adakah ada skim gajinya? Ini kerana saya dan rakan-rakan lain mendapat persepsi iaitu seperti yang berlaku dengan GLC. Baru-baru ini TNB mengumumkan. Nasib baik batal kenaikan gaji kepada Managing Director, sebulan RM100 ribu. Persepsi rakyat ialah gaji pengurus-pengurus, CEO, pegawai-pegawai syarikat yang berkaitan kerajaan, besar-besar belaka.” - Hamim Samuri (Ledang)

“Saya hendak beritahu, saya Melayu tetapi saya nak beritahu saya tidak bersetuju kalau sampai 80% diberikan kepada bumiputera dan 20% sahaja diberikan kepada bukan bumiputera. Saya tidak boleh terima. Saya kira dalam perlembagaan tidak ada... – mengenai pemberian biasiswa.” Nazri Aziz (gambar)

“Saya dah cakap, saya, anak-anak saya juga pergi ke universiti dalam negeri, luar negeri, saya tak ada minta biasiswa! Saya tak ada! Seorang belajar ambil law di England, seorang belajar di Australia, seorang belajar di Ireland.” - Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)

“Yang Berhormat Menteri sedarkah bahawa ramai golongan bumiputera dari Sabah ini masih mundur, peribumi di negeri Sabah masih mundur jangan buat kami marah. Kita masih terkebelakang dalam apa juga segi bantuan daripada pihak kerajaan dan adakah kerajaan berniat untuk meminggirkan masyarakat yang kesian dari Sabah dan Sarawak ini? - Marcus Makin Mojigoh (Putatan)

"Wakil rakyat Sabah, Sarawak dengar apa yang saya cakap. Yang cemerlang ini kita kata 11A1 yang itu kita tidak kira. Biar pun dia daripada Kuala Lumpurkah, dia daripada mana kita tidak kira, Melayu, Cina, India, Islam atau tidak Islam tidak kira yang itu.” - Nazri Aziz.

“Saya tinggal di Pasir Mas, kawasan saya bersempadan dengan negara Thailand dan saya melihat hari-hari, boleh dikatakan apa yang kita makan sekarang ini kebanyakannya datang daripada Thailand. Kalau durian, buah durian Thailand, kalau mangga, buah mangga Thailand, cili, cili Thailand, sayur-sayuran daripada Thailand.” – Ibrahim Ali ketika menyarankan kerajaan belajar dari Thailand dalam sektor pertanian.

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17072008.pdf

NOTA PENGARANG: Parlimen telah berakhir maka Sketsa Parlimen berehat seketika. Ianya akan bersambung pada 18 Ogos nanti bila Dewan bersidang semula.

Thursday, July 24, 2008

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 16/08): MD KHAZANAH MAHARAJA, AIR ASIA & LIWAT



PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“…mengenai isu pelupusan wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000…mereka yang memiliki wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 masih boleh ditebus dengan nilai yang sama, manakala sebelum ini Bank Negara Malaysia telah
mengumumkan bahawa pada 12 Sept 1998, wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 dinyahkan dan ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999. Tarikh 1 Julai 1999 hingga 27 Nov 2007 sudah berlalu lebih lapan tahun. Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum dinyahkan sebanyak 1,989,479 keping kertas RM500 dan 4,523,731 berharga RM1,000 dengan nilai muka sebanyak RM5.54 bilion. Kesediaan Bank Negara menerima penukaran sah laku wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 menimbulkan tanda tanya rakyat dan pelbagai pihak, siapakah mahu menukarnya yang baki ini dan disyaki ianya tersimpan di luar negara oleh pihak atau individu tertentu dan kenapa tidak ditukar lapan tahun dahulu?
– Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Pengarah Urusan Khazanah Nasional saya dengar gajinya, kedudukannya macam maharaja, betul kah elaun sebulan RM120,000, lain-lain kemudahan berapa banyak dan siapakah yang memantau mereka ini? – Ibrahim Ali.

“Apakah kita hendak tunggu warga kota bawa tempurung, bawa tupperware merata baru kita hendak ukur bahawa warga kota ini menderita? Apakah kita hendak tunggu perniagaan sehingga dah tutup semua, barulah kita masa itu sedar bahawa rakyat begitu terhimpit dan susah? “ - Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Titiwangsa)

“Kalau di Ledang, seseorang itu seperti YB, kawan-kawan dia, kalau seorang dapat RM3000 sebulan itu, di Ledang memang boleh hidup dengan lebih selesa. Akan tetapi, kalau dapat RM5000 di Kuala Lumpur itu, susahlah.” - Tan Seng Giaw (Kepong)

“Ada pihak-pihak tertentu menggunakan kepakaran teknologi untuk mewujudkan gempa bumi, gunung berapi dan senjata geophysical ini diakui oleh para saintis.” - Razali Ibrahim (Muar)

“Saya terlalu kecewa melihat gelagat pelakon badut veteran daripada pembangkang. Memang hebat lakonan dia. Dia sentiasa memainkan lagu lama Tuan Yang di-Pertua. Dia selalu menari di gelanggang yang tidak sama rata. Itulah dia YB Ipoh Timur yang selalu salah tempat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) (gambar)

“Risalah di hadapan saya ini menunjukkan bahawa ada elaun-elaun sehinggakan RM40 ribu setahun kepada Perdana Menteri atau kepada menteri, tolong verify. RM40 ribu setahun untuk dapur dan perhiasan rumah. Peruntukan percutian, tiket penerbangan RM50 ribu, untuk hotel, duit poket dan sebagainya. Bil elektrik percuma ditanggung kerajaan, telefon percuma ditanggung kerajaan.” - Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

“…saya harap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tampil pada hari ini di balai polis memberi keterangan dan kalau berani bagi sampel DNA untuk kita uji sama ada laporan polis tersebut adalah betul atau pun tidak. Ini adalah soal penting untuk masa depan negara kita.” - Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau).

“Ini tuduhan liwat, maknanya ada homosexual anal intercourse! Ada penetration! - Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin tahu kenapakah Petronas tidak berani untuk menuntut hutang tersebut daripada AirAsia? Sama ada Petronas telah diarah oleh Kementerian Kewangan ataupun the fourth floor boy supaya jangan ambil tindakan terhadap AirAsia.” – Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Sedangkan kalau seorang mahasiswa hutang kerajaan RM3,000, RM10,000 mereka akan diheret ke mahkamah ataupun peniaga kecil kalau hutang cukai pintu kerajaan tempatan ataupun DBKL, mereka akan diheret ke mahkamah dan syarikat yang berhutang service tax,
mereka akan diheret ke mahkamah dan AirAsia ini satu syarikat yang amat special tidak ambil apa-apa tindakan. Sila beritahu kenapakah Tony Fernandez boleh mengatakan dalam surat khabar mereka masih dalam perbincangan dengan Menteri Kewangan untuk berunding dengan hutang ini.”
– Wee Choo Keong.