Kepada peminat "XP Tongkat Ali Supreme", eloklah baca berita berikut:
Singapura Haramkan Tongkat Ali Mengandungi Bahan Bahaya
-->
SINGAPURA, 8 Mei (Bernama) - Pihak berkuasa kesihatan Singapura melarang jualan produk suplemen herba Tongkat Ali dari pasaran tempatan selepas kelongsong kapsulnya didapati mengandungi bahan berbahaya yang tidak diisytiharkan.
Menurut Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA), ia telah mengesan bahan "Tadalafil" dalam produk "XP Tongkat Ali Supreme", yang diedar dan dijual di kedai-kedai runcit di Singapura dan juga menerusi internet.
Dalam satu kenyataan Jumaat, HSA berkata ini kes pertama ia dapat mengesan bahan kimia yang mempunyai kesan kuat diselitkan dalam kelongsong kapsul produk berkenaan dalam percubaan untuk mengelakkan bahan itu dari dikesan.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai jangan membeli atau memakan produk berkenaan, walaupun setakat ini ia belum menerima sebarang laporan mengenai reaksi buruk akibat memakan produk berkenaan.
"XP Tongkat Ali Supreme" yang boleh didapatkan dalam bentuk kapsul dipasarkan sebagai "suplemen herba tradisional untuk lelaki" dan mendakwa 100 peratus asli.Labelnya menyatakan mengandungi Tongkat Ali, kandungan herba asli.
HSA berkata berdasarkan ia mengandungi hanya kandungan herba sebagaimana diisytihar pada labelnya, produk itu dianggap sebagai sejenis perubatan tradisonal dan dijual di Singapura tanpa sebarang pendaftaran atau kelulsan pra-pasaran dari badan itu.Ia menyatakan "Tadalafil", ingredien aktif dalam ubat Cialis, yang digunakan untuk merawat mati pucuk, dan ia dadah kuat yang hanya boleh digunakan bila dibenarkan oleh doktor.
Pengambilan "Tadalafil" boleh menyebabkan reaksi buruk yang serius seperti serangan jantung, strok dan darah tinggi, terutama di kalangan mereka yang mempunyai masalah jantung atau yang mengambil ubat nitrate, ujar HSA.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=409879
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tongkat Ali juga ada mengandungi Steroid asli. Bahaya ke tidak tak tahulah tetapi kalau dari kimia (ubat) memang bahaya.
Gambar itu bukan akar Tongkat Ali.
Post a Comment