Satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin negara pernah melontarkan kata-kata "tanyalah diri kita, apakah sumbangan kita kepada negara."
Maka rakyat diminta supaya jangan hanya bergantung kepada kerajaan sebaliknya menanyakan diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada negara.
Inilah yang menjadi falsafah pemimpin-pemimpin ketika itu sehingga rakyat kurang diutamakan.
Kini Najib Razak ingin mengakhiri falsafah "Government knows best". http://www.kwp.gov.my/cmskwp/docs/Teks%20Ucapan%20YB%20Menteri/2009/Ucapan_Najib_Mengenai_Pembentukan_Kabinet_Baru.pdf
Tahniah kepada Najib. Sekurang-kurangnya beliau tahu di mana salah silapnya pemimpin terdahulu. Bagi para ahli Kabinet dan pemimpin yang masih belum memahami kehendak rakyat, adalah baik sekiranya mereka menghayati berita muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai cerita Halimah Hussein, ibu kepada wanita hamil, Allahyarhamah Saripah Mohd Noor, yang mati digilis kereta apabila tercampak ke tengah jalan selepas diragut beg tangan beliau.
Kata Halimah: “Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal. Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Negara merdeka sejak 52 tahun lalu dan Umno akan berusia 63 tahun Isnin ini. Dan kita masih ada rakyat yang terpaksa pinjam RM5 untuk isi minyak motor dan beli jajan untuk anak. Renungilah.
Friday, May 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment