Saturday, May 16, 2009

UMNO PARTI HAMPAS TANPA ORANG MELAYU!

"Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih. Jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar. Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita. " - A.Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411420
Sebelum PRU12, Anwar Ibrahim dalam satu temuramah di Kolej Han Chiang pada Februari 2008, beberapa hari sebelum pilihanraya umum, memberi satu analisis yang cukup munasabah. Kata beliau Pakatan Rakyat yakin akan menang besar dalam PRU12 kerana "orang Melayu marah pada Umno dan BN, orang Cina marah dan orang India juga marah."
Ketika pilihanraya 1999 yang diadakan selepas Anwar disingkirkan dari Umno, BN tewas di banyak kerusi tetapi masih kekalkan majoriti dua pertiga kerana walaupun orang Melayu marah pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu, pengundi China dan India masih sayangkan Umno dan BN.
Pada 2008, jelas analisis Anwar itu ada kebenarannya. Umno kalah di Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Kelantan kerana orang Melayu marah kepada Umno.
Seperti kata Kadir, hati orang Melayu belum terubat. Apa yang dilakukan oleh Umno dan pemimpin Umno hari ini lebih cenderung kepada seperti kata Kadir "lebih untuk menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu".
Malaysian Insider menyiarkan satu berita mengenai cadangan kerajaan untuk melantik samada Ong Ka Ting atau Ong Ka Chuan sebagai Duta Malaysia ke China sebagai sesuatu yang tidak pernah kita lakukan. Apakah tujuan perlantikan ini sekirannya spekulasi ini benar? http://www.themalaysianinsider.com/lite/articles.php?id=26461 Isu ini turut dikupas oleh Saudara Rocky. http://rockybru.com.my/2009/05/chinese-for-china-gesture-of-trust.html
Adakah perlantikan ini untuk menyenangkan hati rakyat Malaysia atau perlantikan Ong Ka Ting atau Ong Ka Chuan ini bakal mengukuhkan hubungan Sino-Malaysia ke tahap lebih tinggi?
Kalau alasan kedua menjadi sebab musababnya, kita sambut baik keputusan ini. Lain daripada itu, sukar untuk kita mengubati hati orang Melayu.
Kita kena belajar dari episod sebelum pilihanraya yang lalu. Episod di mana Ketua Pemuda Umno Hishammddin Hussien sanggup meminta maaf semata-mata kerana keris dicabut dari sarungnya.
Peristiwa itu cukup menghiris perasaan orang Melayu dan kita masih terasa pedihnya hingga ke hari ini. Umno tanpa sokongan Melayu akan tinggal parti hampas. Percayalah.

1 comment:

Sam said...

Salam.
Saaya kadang-kaadang rasa hairan jgak ni.. Kita orang Melayu Majoriti tapi saolah tak di perlukan.. Walaupun kita berpecah dua umno dan Pas, kalau kita dapat gaabongkan bersama tentu menjalankan aktiviti untuk menguatkan melayu jadi mudah. Kalau tidak, hmmm hampes laa..

INGAT... Jangan yang di kendong berciciran dan yang di kejar tak dapat lakk...Pemimpin tak pikir ke ini semua.. Sedih kami ni..