Friday, May 15, 2009

AHMAD MASLAN: PENYAPU BARU UMNO

Sekarang kita tahu kenapa Umno kalah teruk di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.

Jawapannya datangnya dari Ketua Penerangan Umno yang baru, orang Pontian, Ahmad Maslan.

Ini kata Ahmad Maslan hari ini:

"Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411263

Atau dengan kata lain keputusan Najib Razak meletakkan Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang baru amatlah tepat atau ianya juga bermaksud Ketua Penerangan yang lalu Muhammad Muhammad Taib tak buat kerja atau tak tahu buat kerja.

Ianya juga bermaksud Umno akan bertambah kuat di masa akan datang dengan adanya Ahmad Maslan kerana mulai hari ini kesemua 60,000 anggota penerangan Umno akan mula memahami tentang peranan mereka sebagai jentera penerangan.

Dengan kata lain, Umno akan kembali kuat dengan adanya Ahmad Maslan kerana jentera penerangan akan beliau perkasakan sepanjang beliau memegang takhta sebagai Ketua Penerangan.

Bagaimanapun, kalau Umno kalah dan tak kemana keputusannya dalam PRU 13 nanti, kita tahulah siapa yang kita nak godam.

7 comments:

Anonymous said...

jgn la bagi gelaran penyapu .ingat diSelangor dulu , soal penyapu ni la yg menimbulkan kebencian rakyat . Memang benar , maklumat tidak sampai keakar umbi . biro penerangan pun kadang2 tak tahu dan tidak faham apayg patut disampaikan kepada rakyat .contohnya kenaikan harga minyak dulu . rakyat bukan tak faham keadaan tu tapi tidak ada kesenambungan dari peringkat bahagian dan cawangan di tambah pula dgn kecekapan pembangkang mencuri peluang menyebabkan sistem maklumat pembangkang lebih di terima . untuk membetulkan keadaan ini , kursus2 perlu diadakan kepada biro2 penerangan bagi peringkat bahagian dan cawangan.terlalu banyak isu yg perlu dijelaskan kepada rakyat terutama isu2 ketuanan melayu .

Anonymous said...

erja dah. Tak payah hentam2 ...Kau bukan presiden atau pemegang jawatan terpilih.

Sam said...

Salam Tuan.

Itulah alasan yang selalu di buat oleh Pemimpin besar kita yang selalu menyalahkan pemimpin debu peringkat bawahan... Cuba turun kebawah jumpa golongan marhain, siasat betul-betul secara terperinci dan bijaksana apa sebenarnya yang menyebabkan penolakkan rakyat pada kita... nescaya akan terlopong dan ternganga mulut... HENTI NYALAHKAN PEMIMPIN KECIL..

Anonymous said...

Buatlah apa saja. Kalau rakyat beci pada Umno kita nak buat apa. Bukan masalah penerangan. macam-macam penerangan dah buat dengan bermacam cara. melalui TV, suratkhabar, blog, ceramah dan macam2. Tapi orang tak pecaya. Mungkin lama sangat Umno duk tipu orang sampai orang dah tak pecaya lagi pada umno.

isu sekarang macam mana nak kembalikan kepercayaan rakyat pada Umno bukan isu penerangan.

Anonymous said...

ahli2 amno sgt manja. terlalu banyak wang disogokkan wlupun buat kerja kecil. rakyat melihat pembaziran wangnya berlaku tanpa kawalan, tanpa audit.

Anonymous said...

Untuk rakyat percayakan UMNO senang saja. Bagi duit, bagi tanah, bagi rumah, bagi jalan, bagi apa yang di minta. Pasti rakyat akan pilih kita.

Anonymous said...

Kualiti yang perlu ada pada seorang Ketua Penerangan, baik di peringkat negeri, Bahagian mau pun Cawangan :

1. Berilmu ( tidak semestinya berkelulusan akademik yang tinggi. Ijazah dalam disiplin yang kurang relevan dengan politik pun tidak pasti dapat melahir seorang Ketua Penerangan yang efektif)

2. Mempunyai budaya baca yang tinggi ( Sentiasa mencari input baru yang dapat diguna sebagai bahan penerangan. Melayari internet, membaca bahan di media arus perdana, makalah, journal, kajian, analsis, kerta kerja dsb dapat mempertajamkan minda seorang ketua Penerangan.)

3. Sentiasa peka kepada apa yang relevan dengan politik. ( Dapat menghidu sesuatu kejadian atau siatuasi yang boleh memberi keuntungan politik)

4. Mempunyai daya penyampaian yang dinamik ( Dapat menyampai, mengupas, menerang dan menghalusi sesuatu isu dengan jelas dan terang. Penguasaan bahasa yang baik serta teknik penyampaian yang lebih berkesan -ala guru mengajar- memberi impak yang lebih
kepada pendengar.

Boleh ditambah lagi kepada senarai di atas.