Monday, December 22, 2008

PELOBI MAHU 2 MENTERI DISINGKIR!

DUA dari Menteri-Menteri di atas dicadangkan oleh pihak tertentu kepada Perdana Menteri supaya disingkirkan kerana enggan memberi kontrak kepada ahli-ahli politik Umno.

Itulah kata Malaysian Insider dalam satu laporan semalam. http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=14574

Siapakah Menteri-Menteri ini? Malaysian Insider mungkin tahu siapa mereka ini! Tetapi yang lebih menarik ialah siapa pelobi-pelobi yang mahukan dua Menteri ini disingkirkan?

Bukan itu sahaja. Ada yang melobi diri sendiri kepada Pak Lah supaya dilantik Menteri Kabinet sebelum Perdana Menteri meletakkan jawatan Mac nanti - mencari "short cut" untuk menanggotai kabinet mungkin kerana takut tidak menjadi pilihan Najib Razak nanti.

Inilah perangai ahli politik Umno. Tikam-menikam perkara biasa, sanggup menikam belakang rakan politik sendiri untuk kepentingan diri.

Kedengaran usaha-usaha atau kempen-kempen ketika ini untuk menjatuhkan imej Menteri tertentu di mata Pak Lah dengan harapan Perdana Menteri melantik beliau sebelum Pak Lah mengundur diri.

Malah ada di kalangan pelobi-pelobi ini terdiri dari bekas Menteri yang merasakan dirinya layak dilantik semula.

Jika benar laporan Malaysian Insider, Pak Lah tidak akan merombak Kabinet untuk memberi tempat kepada pelobi-pelobi ini. Hari ini mereka mengisytiharkan diri sebagai penyokong Pak Lah. Bila berdepan dengan Najib, mereka bertukar menjadi penyokong TPM.

Bagi orang politik, menjadi hipokrit perkara biasa. Siapakah ahli politik hipokrit ini?

3 comments:

Anonymous said...

Jamaluddin Jarjis pun gila nak balik jadi Menteri.

Pak Lah ooi. Tolong lah jangan lantik peraba punggung

PAPA GOMO said...

Semua nak jadi Menteri.
Boleh, tak salah!
Niat ada nak jadi menteri tu kira bagus lah.
Tapi biar niat tu untuk bantu rakyat.
Kalau setakat nak jadi menteri tapi nak MAMPOS kan rakyat baik hang lobi kerajaan Pakatan pi BELA BABI!!!
LAGI MASYUK....

lilitserbanataspala said...

Pokok Sena calon Rafidah Ketua Wanita (Isnin, 21 Dis 2008)

ALOR STAR: Persidangan perwakilan Wanita Umno Pokok Sena yang bermesyuarat di sini semalam sebulat suara mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac tahun depan. Bahagian berkenaan turut mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan naib ketua. Seramai 353 perwakilan daripada 115 cawangan Wanita Umno bahagian itu menghadiri persidangan yang berlangsung di Bangunan Tunku di sini.

Ia dirasmikan oleh Ketua Umno Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin. Wanita Umno Pokok Sena terpaksa menangguhkan persidangan mereka pada 17 Oktober lalu akibat masalah teknikal selepas 18 daripada 117 cawangan wanita mengemukakan pelbagai aduan mengenai perjalanan mesyuaratnya oleh ibu pejabat parti. Persidangan perwakilan Wanita bahagian itu adalah yang terakhir di Kedah.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20081222101519/Article/

ini pulak berita sebentar tadi..

Ahmad Lebai Sudin, Ahmad Kuris digantung keahlian Umno

KUALA LUMPUR: Lima pemimpin Umno hari ini didapati bersalah kerana melanggar tataetika parti dengan digantung keahlian serta diberi amaran berkuatkuasa 17 Disember lalu. Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin Umno yang diumumkan di sini, pagi ini. Antara yang digantung keahlian ialah ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan bekas ketua Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd Noor.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20081222114319/Article/


berkuatkuasa 17 Disember 2008 tapi merasmikan Mesyuarat Wanita pada 21 Disember 2008. Nampak gayanya Wanita Bahagian Pokok Sena kena mesyuarat sekali lagik laa...

sah ker tak sah ni??

Mungkin RAMLI DAP ada jawapannya...