Tuesday, December 16, 2008

SHABEERY CHIK DIHENTAM!

APA agaknya reaksi Shabeery Chik pabila terbaca sepucuk surat yang disiarkan oleh New Straits Times semalam.

Sebaris ayat di dalam surat tersebut sudah cukup untuk mengurangkan "markah" Menteri Penerangan itu ketika Umno kini "panas" dek pemilihan Mac nanti.

Surat tersebut ditulis oleh seorang pembaca menggunakan nama Hashim Kamil Harun M.Hashim dari Shah Alam.

Hashim mengkritik VVIP yang berpusu-pusu ke Bukit Antarabangsa selepas diberitahu mengenai tragedi tanah runtuh tersebut. Antaranya Shabeery.

Di dalam surat beliau, Hashim menulis: "We had many VVIP visitors. I would say, out of the many people who came, only a handful were actually helpful.Elizabeth Wong, a Selangor state executive councillor, came with a working group and arranged for the provision of generators, fuel, candles, garbage bags and others. She came on foot with a few people and made no empty promises. The inspector-general of police came and gave his personal commitment and blessing that I continue to handle all air evacuation with the support of the police air wing. I was told the minister of information only visited the Umno relief centre at a condo nearby. "

Terjemahan: "Ramai VVIP datang melawat. Saya boleh katakan, daripada ramai-ramai yang datang, hanya segelintir yang datang untuk benar-benar membantu. Elizabeth Wong, ahli Exco Selangor, tiba bersama sekumpulan pekerja dan menguruskan penyediaan penjanakuasa, minyak, lilin, plastik sampah dan sebagainya. Elizabeth datang berjalan kaki bersama beberapa orang and beliau tidak membuat sebarang janji kosong. Ketua Polis Negara turut hadir dan memberi komitmen dan memberi kebenaran untuk saya terus menguruskan pemindahan udara menggunakan unit udara polis. Saya diberitahu bahawa Menteri Penerangan hanya datang melawat Pusat Khidmat Bencana Umno berhampiran sebuah kondo." Surat pembaca:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Letters/2428597/Article/index_html

Ramai pernah menulis bagaimana ahli-ahli politik mengambil kesempatan dari tragedi untuk kepentingan diri dan politik.

Sehari selepas tragedi tersebut, RTM membuat lintas langsung dan orang yang ditemubual dengan agak lama ialah bos mereka, Shabeery.

Kita faham Shabeery bertanggungjawab ke atas operasi RTM. Tetapi bila Menteri Penerangan menggunakan stesen TVnya sendiri dengan mendapat ruang melebihi Menteri yang berkaitan dengan tragedi tersebut, sudah tentu akan ada suara sumbang mempertikaikan tujuan Shabeery mengambil kesempatan dengan mengadakan lintas langsung untuk menyiarkan komen beliau.

Samada tuduhan Hashim benar atau tidak, hanya Shabeery yang boleh perjelaskan. Kalau benar dakwaan Hashim, tidak salah sekiranya ada pihak seperti Hashim mempertikaikan tujuan lawatan Shabeery ke Bukit Antarabangsa.

Akan ada orang menuduh Shabeery mengambil kesempatan semata-mata untuk tujuan publisiti dan politik beliau ketika kehangatan pemilihan Umno. Itulah sebabnya seseorang perlu ikhlas dalam apa jua tindakannya.

3 comments:

Anonymous said...

Sdr. Hashim nyata telah membuat tuduhan melulu tanpa siasatan. Shabbery Chek jelas menjalankan tanggungjawab dalam membuat lawatan ke kawasan bukit antarabangsa atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Malaysia.
Dan tidak salah untuk pihak RTM menyiarkan breaking news untuk para penonton mengetahui situasi kejadian sebenar.

bungaraya said...

Sungguh hebat Malaysian masa kini. Kehadiran VVIP kekawasan bencana di Bukit Antarabangsa tu pun boleh dijadikan isu untuk menjatuhkan VVIP tersebut. Sepatutnya mereka berterima kasih diatas keprihatinan Menteri menghadirkan diri. Bukan sebaliknya mencemuh dan menyindir spt yang dibuat oleh akhbar tersebut itu.
Satu lagi yang sangat membawa ketermuntahan saya. Adakah askar yang berungkus lumus memberikan bantuan..dihina dan dikeji oleh malaysian di Bukit Antarabangsa itu? Lagikkah atau yang lebih elok rasanya BERTERIMAKASIHLAH. Aku tak faham kenapa rakyat Malaysia masa kini TERLARI ARAH.!!!!!

Anonymous said...

Shabbery Chik tu masa debat dgn Ketua Pembangkang dulu pun cakap sampai berbuih mulut..lepas tu bila kena kritik jadi tikus menyorok sekejap...sekarang ni dia nak jadi hero baliklah! Jelapang, awak tulislah pasal Wanita UMNO lagi...pertama saya nak puji Tan Sri Rafidah atas kurniaan pingat dan kedua saya tak faham kenapa ada suara2 sumbing yang nak mempertikaikan kenapa dia sendiri nak mengetuai pilihanraya kecil Kuala Terengganu! Pada hemat saya tidak ada salahnya Kak Pidah memilih untuk menjadi Jeneral sebab sebagai Ahli Parlimen, dia dah nampak kekusutan yang timbul di Parlimen apabila pembangkang lebih banyak bersuara daripada parti yang memerintah...pastinya Kak Pidah tak ingin suara wakil pembangkang mengetuai Kuala Terengganu kelak.