Wednesday, December 10, 2008

DEMI POLITIK, SANGGUP LETAK LIMAU PURUT DI TEMPAT “SULIT”!


TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.

Hayat Allahyarham Mazlan Idris, Adun Batu Talam, berakhir dengan detik cukup memilukan. Harapan untuk melihat masa depan yang gemilang sebagai ahli politik berakhir dengan pembunuhan ditangan penyanyi pop dan bomoh Mona Fandey.

Allahyarham dikerat 18 dalam satu upacara di rumah Mona di Pahang pada tahun 1993.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey

Sebelum insiden memilukan ini, kita disajikan dengan pembunuhan Yang diPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Dato’ Mohd Taha Talib yang ditembak mati di Kampung Seri Asahan Gemencheh, Negeri Sembilan. Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi pada 14 April 1982. Dato’ Mokhtar Hashim, (http://www.kbs.gov.my/index2.php?f=&infokor=menteriold) ketika itu Menteri Belia dan Sukan, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Hashim

Beliau bagaimanapun diberi pengampunan dan menjalani hukuman penjara seumur hidup. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gemencheh
http://www.freeanwar.net/July2003/facnews081203.htm

Selepas satu pilihanraya dalam tahun 1990an, tersebar khabar angin bagaimana seorang ahli politik mengunakan pelbagai cara untuk menjejaki musuh politik beliau untuk memastikan beliau tidak terlepas jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Khabarnya, orang di sekeliling beliau telah “memancing” orang gaji musuh beliau untuk digantikan dengan “orang gaji” ahli politik ini semata-mata untuk menjadi “mata dan telinga” beliau di rumah musuh beliau.

Beliau berjaya. Maka “orang gaji” inilah menjadi pemberi maklumat apa musuhnya makan setiap hari dan siapa yang datang menemui beliau dan apa yang diperkatakan di kalangan mereka. Malahan dikatakan juga seorang “bomoh” dibawa menemui musuh beliau untuk menilik masa depan politik musuhnya.

Selepas “tilikan”, maka musuhnya diberitahu “bomoh” ini bahawa hayat politiknya akan berakhir dan sebaik-baiknya beliau meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada si “ahli politik” ini.

TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.
Hari ini kedengaran juga cerita pelik dan mustahil tapi benar. Ini cerita mengenai kalangan Wanita yang “berusaha” untuk memenangi salah satu jawatan tertinggi Wanita Bahagian dalam pemilihan Umno bahagian baru-baru ini.

Apa yang dilakukannya?
MANDERAM (jampi)!

Kononnya seorang calon Wanita telah menziarahi seorang bomoh di Sabah untuk memastikan beliau menang dalam pemilihan tersebut.

Beliau menang. Maka yakinlah calon Wanita ini bahawa Manderam yang dilakukan bomoh ini telah berjaya.

Apakah petua bomoh ini? Rahsianya ialah limau purut yang dijampi. Calon Wanita ini diminta bomoh ini untuk “meletakkan” limau purut di tempat “sulitnya” selama tempoh berkempen.

Maka si calon ini pun setiap hari memasukkan kulit limau purut kedalam colinya setiap hari dan setiap kali bertemu perwakilan bahagian.

Kehadiran limau purut di tempat sulit ini, kata bomoh tersebut, adalah pemanis. Pemanis untuk menawan hati perwakilan. Maka menanglah calon Wanita ini.

Pemilihan bahagian sudah berakhir. Jangan tanya saya samada calon Wanita ini masih lagi memakai limau purut di tempat sulitnya. Mungkin tidak, kerana calon ini tidak akan menyertai pertandingan Wanita kebangsaan Mac nanti.

Itulah politik. TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.

Wallahualambisawab.

1 comment:

USD said...

Salam,
Rasanya kena selidik btul2 ceta bgini ni, takut nanti jadi fitnah.