Saturday, December 13, 2008

APA NAK DIKATA? MAT TAIB TETAP MENAWAN!

PAHLAWAN KEMBALI KE GELANGGANG (The fighter returns to the ring).

Itulah tajuk artikel yang disiarkan oleh Rabu lalu. Ia mengisahkan kepahlawanan Muhammad Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor dan juga bekas menantu Almarhum Sultan Selangor.

Siapa yang tidak mengenali Muhammad, a.k.a Mat Taib @ Mat Tyson!

Perjalanan hidup dan karier politik Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini penuh warna-warni.
Antaranya:
* Berkahwin dengan Tengku Zahariah Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.

Ku Yah merupakan puteri Sultan Selangor, Tuanku Salehuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Hisamuddin Alam Shah. Mat Taib di laporkan membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila menceraikan Ku Yah. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Takbai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 yang terletak antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangi Sungai Golok, Thailand, dengan menaiki sampan. Almarhum Sultan Selangor merestui perkahwinan tersebut. Ku Yah pernah berkahwin dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra JamalulLail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail. Ku Yah pernah menghasilkan sebuah album dan antara lagu yang menjadi bualan ketika itu ialah “Faiz” sempena nama anak hasil perkahwinan beliau dengan Muhammad.
* Ditahan di Australia kerana membawa keluar wang tunai berjumlah RM2.4 juta.

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia, pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang tersebut yang kononnya milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia. [1]

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta. [2][3]

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.[4]

Dalam keterangannya beliau, Mat Taib memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memahami bahasa Inggeris.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Haji_Muhd_Taib

Rabu lepas, di dalam temubual bersama New Straits Times, Mat Taib yang kini menyimpan cita-cita untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri bercakap mengenai kelebihan dan keistimewaan dirinya dan mengapa ahli-ahli Umno perlu memilih beliau Mac nanti.
Antaranya: “I think I deserve a promotion myself.” “I know how to make the people prosper”. “I have worked hard”. “I still have support from other States.” “Even if I become the deputy prime minister, I want to keep my portfolio as the minister of rural and regional development.”
Terjemahan: “Saya rasa saya layak dinaikkan pangkat”. “Saya tahu bagaimana hendak memakmurkan rakyat”. ”Saya telah bekerja kuat”. ”Saya masih mendapat sokongan dari negeri-negeri lain”. “Walaupun saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya tetap mahu memegang portfolio Menteri Pembangunan Luarbandar dan Wilayah.”
http://www.istockanalyst.com/article/viewiStockNews/articleid/2865112
Siapa kata Mat Taib tidak hebat. Wajarlah artikel yang ditulis New Straits Times Rabu lalu diberi tajuk “Pahlawan Kembali ke Gelanggang”.
Bagi sesetengah orang, kadangkala kita malu sendiri hendak mendabik dada untuk mengeluarkan ungkapan “saya layak dinaikkan pangkat” dan “saya telah berkerja kuat”.
Bagaimana pun, empat dari lima soalan terakhir di dalam artikel New Straits Times itu pasti menarik perhatian kita.
Q: You have the baggage of your run-in with the Australian authoritiesthat led you to resign as Selangor menteri besar in 1997. How do you explain this to the people?
(Tan Sri mempunyai dihantui isu lama di mana Tan Sri ditahan oleh pihak berkuasa Australia sehinggakan Tan Sri terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 1997. Bagaimana Tan Sri akan menghadapi rakyat dalam isu ini?)
A: I don't have to explain anything. I see it as the past. I am nowlooking at what I can contribute to the nation and the party. I amlooking forward and not backwards.
(Saya tidak perlu memberi sebarang penjelasan. Saya melihatnya sebagai perkara yang lepas. Sekarang saya hanya mahu menoleh ke hadapan dan melihat bagaimana saya boleh memberi sumbangan kepada negara dan parti. Saya hanya mahu mengorak ke hadapan dan bukannya menoleh ke kebelakang)
Q: Will it hinder your chances in this contest? Do you think the issuewill be raised again if you do become the deputy prime minister?
(Adakah ianya akan menjejaskan peluang Tan Sri dalam pertandingan nanti? Adakah Tan Sri merasakan isu ini akan dibangkitkan semula sekiranya Tan Sri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?)
A: I leave it to God and the delegates. So far, there have not been anycomplaints. I have been to almost all the divisions over the years andnone have asked me about it. If I can get the endorsement from thepeople, then everyone should respect it.
(Saya menyerahkannya kepada Tuhan dan perwakilan. Sehingga hari ini, tiada yang membangkitkannya. Saya telah pun melawat hampir kesemua bahagian dalam tahun-tahun kebelakangan ini and tiada siapa pun menghidupkan semula isu ini. Sekiranya saya boleh mendapatkan pengikhtirafan dari rakyat, maka setiap orang mesti menghormatinya)
Q: What is your stand on money politics?
(Apakah pendirian Tan Sri mengenai politik wang?)
A: Delegates should not choose candidates who offer money. Let themchoose out of their own hearts and minds. They now vote by secret ballot.Don't be afraid as nobody will know who you voted for.
(Perwakilan seharusnya tidak memilih calon yang menawarkan wang. Biarkan mereka memilih atas kehendak mereka sendiri. Mereka akan mengundi secara rahsia. Jangan takut kerana tiada siapa akan tahu siapa yang mereka pilih)
Jelapang: Orang politik memang petah berkata-kata. Mat Taib salah seorang daripadanya. Itulah masalah dengan orang politik. Yang hitam masih dikatakan putih. Malangnya mereka-mereka ini masih lagi dinobatkan sebagai pahlawan. Mac nanti, janganlah kita merasa hairan sekiranya mereka-mereka ini masih menjadi pilihan para perwakilan. -40k

No comments: