Saturday, December 20, 2008

WAN FARID CALON TERBAIK?

Pelbagai cerita kita dengar mengenai Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan abangnya Wan Hisham di Terengganu.

Tetapi cakap-cakap ini tidak menjadi masalah kepada Umno untuk memilih Timbalan Menteri Dalam Negeri ini sebagai calon meski pun pembangkang terutamanya Pas sudah siang-siang menyatakan bahawa mereka akan “menyerang” Umno dan Barisan Nasional dengan isu Monsoon Cup yang dikatakan melibatkan adik beradik ini.

Apapun, Wan Farid sudahpun dinamakan sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan Januari depan.

Mungkin juga kepimpinan Umno tertarik dengan kenyataan Wan Farid kepada akhbar baru-baru ini bahawa beliau mempunyai “X-Factor” untuk menang di Kuala Terengganu.

Kalau dilihat kepada kenyataan Wan Farid yang dibuat lebih seminggu lalu, kita merasa pelik dengan kenyataan beliau hari ini yang mengatakan terperanjat dan terharu dengan pemilihan beliau sebagai calon.

Kalau dilihat kenyataan Wan Farid kepada New Straits Times minggu lepas, kadangkala terlintas di hati samada beliau adalah calon terbaik BN dan Umno di Kuala Terengganu.
Mungkin beliau dipilih kerana beliau orang Pak Lah seperti yang ditulis oleh Malaysian Insider semalam.


Tetapi kata-kata beliau kadangkala tidak molek didengar dan tidak mengambarkan beliau sebagai seorang yang merendah diri.

Nilailah kenyataan beliau kepada New Straits Times tempoh hari:
“I have the "X-factor" that could help BN win the by-election.” (Saya mempunyai “X-Factor” yang boleh membantu BN menang pilihanraya kecil ini”)

"The Chinese there like me, as a lawyer and politician, and my relationship with them goes back a long way. So, if I could put it this way ... if Wan Ahmad is fielded, we (the BN) stand a good chance of winning."(Pengundi Cina suka pada saya. Sebagai seorang peguam dan ahli politik, hubungan saya dengan mereka sudah lama terjalin. Sekiranya saya dibenarkan berkata begini, saya akan katakana sekiranya Wan Ahmad dicalonkan, kita (BN) mempunyai peluang yang cukup baik untuk menang”)

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/2421412/Article/index_html

Sebenarnya terlalu awal untuk BN, Umno dan Wan Farid untuk melaungkan kemenangan kerana BN, Umno dan Wan Farid belum menang apa-apa lagi. Apapun terpulanglah pada Wan Farid untuk memastikan Umno kekalkan kerusi di Kuala Terengganu.

MENGENALI WAN FARID
http://www.malaysiakini.com/news/94708
http://www.malaysiakini.com/news/94721
http://beritadarigunung.blogspot.com/2008/04/4th-floor-boys-wan-farid.html
http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=News&file=article&sid=20
http://www.mymassa.com/myvoice/index.php?itemid=153

2 comments:

Anonymous said...

mengundi Wan Farid ...adalah sama dengan mengundi Wan hisham...

taktik yg digunakan olh mrk...mu calonkan aku...lps tu mu sokong...kalu aku dok dterima...aku calon mu...mu pulok sokong dia...

(antara Wan Farid, wan Hisham dan Mad Kerak (sabri alwee))..

calon...2 X 5 atau 5 X 2...sama saja...kat ladang..org nok dok wan hisham ?... kaloh sikit tu...tp ramai yg dok ngundi dia.....

bakpe yeee ?... cuba renung2kan...nak wak guane ?..

kalu menang gok...ada satu unsur LUARBIASA ni...sbb CULAAN UNDI dibuat masa pemilihan AJK tu pun...rata2 doksir..75% doksir...tp menang..sbb PITIH...PITIH BOHHHHH...lo ni nk beli rakyat kalu ramai...AJK blhlah..sbb PITIH..dan dijanjikan POJEK...ramai-ramai ni ????... nk wi pitih RM 1,000 sebulan...kalu 35,000 pengundi..nk wi 4.2 juta sebln utk 4 tahun ?????... bolh kut...sbb pojek JAMBATAN PERMAS JAYA ada doh kamsyen..

-MAD LINJANG-

Anonymous said...

awang ehhhh....kat DUN ladang...tu kwsn bandar...kalu betullah pembangunan..sapa dapat ?...rakyat ke AJK2...

mesti doh AJK-AJK wang...maknonya wan hisham patut patut menang besar...tapi kaloh sikit...hoh lah wang....banyak dok ngundi wan Hisham...duk pakoh org laing...

kecek gak molek2..jgn wi ayat tergantung gitu wang oiiiii..

ayat Ngundi wan PARIT sama dgn ngundi WAN HISANG...yo loh doh...tp wi betul gak...Wan Parit ada masaalah kat Ladang nanti...Pojek gapo kat Ladang akan tubik nanti ?...

ho lah...Parit dan Salirang jelah..sbb kwsn bandar kang ...pojek wak sekoloh takdok doh...kat luar belaka...macang pojek Permas jaya tu..berapo wang komsyen nya...cuba kabor gak spatoh..

jgn silak wang...kang kena ajok gocoh kang

mad Said Awang