Tuesday, December 9, 2008

PASU BERNILAI RM105,000 BUAT PM?

Malam Khamis minggu lepas, Azalina Othman Said diasak di Parlimen kenapa Menteri Pelancongan itu menggunakan wang Kementerian untuk membeli satu vase (pasu) bernilai RM105,000 untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri.

Azalina menafikannya dan mendesak orang yang menuduhnya, Lim Kit Siang, untuk mengemukakan bukti dalam bentuk resit. Marilah sama-sama kita menjadi pengadilnya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kit Siang dan Azalina yang berlaku menjelang tengah malam Khamis minggu lalu di Parlimen. Disiarkan perbalahan ini yang dipetik dari Hansard Parlimen.

Lim Kit Siang: Mengikut laporan ini bahawa dalam satu... YB Menteri ada lawatan ke Malacca Tourism Office membeli dua souvenir yang bernilai RM105 ribu, itu ialah satu copper vase dengan ayat-ayat suci Al-Quran. RM105 ribu untuk apa? Untuk dihadiahkan kepada YAB Perdana Menteri. Kenapa perlu YB Menteri buat hadiah kepada Perdana Menteri dan dengan wang rakyat, RM105 ribu.

Souvenir yang kedua, akhirnya ialah satu keris, ialah RM25 ribu untuk hadiah kepada Timbalan Menteri Perdana Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menafikan, tidak boleh nafi oleh kerana butir-butir ada di sini. Voucher semua ada di sini, tidak boleh nafi. Kenapa? Inilah contoh tunjuk, kenapa beli antik? Yang Berhormat Menteri jawab ialah untuk menggalakkan pelancong-pelancong bukan untuk belanja wang rakyat dan beri hadiah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ini salah guna wang dan kalau begitu tentulah semua syarikat-syarikat di dalam Kementerian Pelancongan tidak boleh lihat Menteri...., yang baik.

Azalina Othman Said: YB Ipoh Timur bertanya tentang hadiah, bawa bukti, ada resit. YB, memang saya mengaku saya pergi ke Melaka nak tengok pada produk tapi sebenarnya kerajaan tidak membayar. Ia telah di sponsor kan oleh satu syarikat dan ini telah
diberikan satu vase, yang ada ukiran-ukiran ayat Al-Quran untuk digunakan untuk tahlil telah diberikan kepada YAB Perdana Menteri semasa pelancaran Program Zoom pada 14 Mei.

Akan tetapi dari segi Tourism Malaysia, kita tidak membayar kepada syarikat tersebut, ia telah diberikan sebagai hadiah dan kita telah memberikan sebagai hadiah. Jadi YB kalau ada apa-apa butir mengatakan Tourism Malaysia bayar, tunjukkanlah. Masalah dengan YB kadang-kadang kena pelik sikit, YB melatah, YB perlulah memberi right to be heard untuk kita memberikan
penerangan. Terima kasihlah YB memberikan saya hak untuk memberi penerangan tetapi yakinlah YB bahawa kita tidak akan membelanjakan wang Tourism Malaysia untuk memberikan hadiah secara direct.

Berkenaan dengan keris, keris yang disebut oleh YB ya. Sebenarnya, saya pun dah tanya pegawai-pegawai saya, apa yang berlaku dengan keris? Mereka berkata tidak adanya pembelian keris daripada Tourism Malaysia. Kalau syarikat yang sama beli keris tersebut, mungkinlah itu yang berlaku tetapi tidak ada dan kita tidak memberikan keris itu pada sesiapa. Akan tetapi kalau YB nak, saya boleh minta pegawai saya cari, dan saya
boleh beri kepada YB keris itulah, kalau itu YB nak. Saya boleh bagilah tapi sebenarnya memang itu, kalau YB nak keris, terpulanglah kepada YB.
Hansard Parlimen: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR.%204.12.2008.pdf
Laporan Bernama: http://bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=376484

5 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Siapa yang ada keris, Azalina ke LKS ?

Syarikat itu (apa nama sayarikat tersebut) membeli hadiah untuk PM melalui Menteri pelancongan?

Apa sebab dia nak bagi hadiah ? suka suka? atau ada udang di sebalik mee?

Tahniah kepada LKS, apa apaun syarikat tersebut, azalina, dan PM memang sama sama mangkuk hayun..kalau duit itu bagi kepada golongan miskin kan bagus !!!!

Moshe said...

Saya telah banyak dengar cerita tentang Azalina ni yg menyalahgunakan kedudukan di Tourism Malaysia. Kita telah masak dan faham, mengapakah syarikat yg berkepentingan dgn Tourism Malaysia menghadiahkan pasu yg sangat mahal jika tanpa diminta oleh Azalina, janganlah menafikan perkara yg amat mudah difahami.

..Dan syarikat ini tentulah mendapat habuan yg lebih besar lagi.

Inilah sebahagian dari rasuah politik UMNO.

Anonymous said...

Kita tunggu apa nasib Azalina bila Najib jadi PM.

PAPA GOMO said...

Azalina ni pun liat jugak.
dah banyak dengar masaalah tentang Azalina ni dari duduk di KBS lagi.

Anonymous said...

Hey Guys
I've been around here for a while now, and I finally found something worth writing about: I found a interesting resource on [url=http://html2rss.com/rss.php?id=235770[b]Entertainment Center [/b][/url].
Check these out great read on the subject