Wednesday, February 15, 2017
PENGORBANAN SEORANG KETUA WANITA UMNO. WANG BULANAN PEMBERIAN ANAKNYA PUN DIBELANJAKAN UNTUK UMNO
MALAM tadi, seorang anak kepada Ketua Wanita Cawangan ajak minum, katanya hendak mencurah isi hati mengenai ibunya.
Katanya, ada masanya ibunya keluar pagi, maghrib baru sampai rumah - berkerja untuk parti - Umno.
Macam-macam kerja disuruh Umno untuk ibunya lakukan. Kena buat mesyuarat pengurusan cawangan, kena jaga 40 pengundi dalam kawasan untuk pastikan mereka mengundi Umno, kena pastikan gerak kerja Umno berjalan lancar.
Macam-macamlah dilakukan oleh ibunya untuk pastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri dan Umno dan BN terus berkuasa.
Risau si anak melihat ibunya. Tak pernah ibunya berduit, katanya.
Sampaikan duit bulanan yang anak berikan pada ibunya pun dibelanjakan oleh si ibu untuk parti menerusi program Jalinan Rakyat.
Kalau belanja duit parti, katanya, tak kisahlah. Ini duit yang dia berikan anak-anak pun digunakan untuk Umno.
Bila ditanya, kata ibunya, parti dah tak ada duit. Program Membara Umno yang selama ini bagi sedikit sebanyak peruntukan kepada Ketua Wanita, Pemuda, Puteri untuk program parti, duit pun dah tak nampak.
Ibunya ada juga sedikit kecil hati, kata si anak, bila dilihat Ketua Wanita Bahagian, Exco Wanita kehidupan mereka berbeza - hidup selesa.
Ibunya ada dengar khabar angin, kononnya, Ketua-Ketua Wanita Negeri, Exco Wanita selalu dipanggil oleh Ketua Wanita Shahrizat Jalil bertemu di Janda Baik.
Ibunya ada juga mendengar setiap kali bertemu dengan Kak Jat di Janda Baik, mereka ini balik tersenyum lebar - ada masa dapat RM5,000 seorang, ada masa dapat rantai seutas. Ada yang terpilih untuk menyertai rombongan Umrah ke Mekah.
Entahlah, katanya, betul atau tidak.
Tapi Ketua Wanita Bahagian tidak pula bercerita ada menerima wang dari Shahrizat untuk cawangan.
Yang dibawah ini, termasuk ibunya, disuruh ke hulu ke hilir kempen untuk pastikan Umno terus berkuasa.
Bukan senang hendak berkempen sekarang ini, kata si anak.
Macam-macam orang tanya. Siapa curi duit Felda? Siapa curi duit Mara? Betul ke Zizie Izzette, bini Bung Mokhtar Radin, dapat banyak komisen hasil Felcra beli saham amanah? Annuar Musa pakai Porsche ke? Betul ke bini baru Nazri Aziz tinggal di luar negara? Betul ke Najib ada RM2.6 bilion? Betul ke Ketua Bahagian itu ada jet peribadi? Berapa banyak beg Birkin Rosmah Mansor ada?
Letih ibunya hendak menjawab.
Susah-susah, ibunya kata, semua ini kita salahkan DAP saja. Kita cakap duit Felda hilang dicuri DAP. Duit Mara lesap disapu DAP. Cerita komisen itu tak betul, DAP yang dapat komisen. Orang DAP pun pakai Porsche juga macam Annuar Musa, Ketua Penerangan kita.
Habis cerita.
Itulah nasib ibunya, kata si anak. Maklumlah ibu saya jawatan ciput, Ketua cawangan saja, manalah nak jemput ke Janda Baik atau dibawa ke Mekah.
Tetapi kalau duit bulanan yang dia beri pada ibunya dibelanjakan untuk parti, ini dah melampau, katanya.
Tapi bila ditegur ibunya, ibunya menjadi sedih.
Kata si ibu, inilah parti keramat. Kita tak mahu Melayu mengemis di tanah sendiri. Kita tak mahu DAP jadi Pengerusi Mara. Kita takut tanah kita dikuasai bangsa lain.
Kata si ibu, inilah pergorbanannya pada parti keramat ini.
Kata si anak, saya pula yang menangis. Menangis mengenangkan duit yang saya berikan itu lesap begitu saja.
Saya dah berkali berpesan pada ibu saja. Kalau parti pun tak peduli, peruntukan pun sudah tidak ada, baik ibu duduk rumah. Ibu bukan kaya. Tak ada RM2.6 bilion. Tak dapat komisen Felcra. Tak ada Porsche seperti Annuar Musa.
Suatu hari nanti, saya akan buat keputusan - Sudah-sudahlah Ibu.
Jelapang terpegun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Bukan senang anak2/pemuda/pemudi jimatkan belanja nak kasi ibu bapa.
Sedih crita tue..
Lebih sedih lihat ramai pemuda MELAYU kena dadah/ketum
Lebih sedih lihat ramai pemuda/pemudi MELAYU x der kerja/kerja guna sijil SRP walaupun keluar menara gading.
macam2 cerita lu create ye pak jelapang. tujuannya tada apa, mau kasi orang marah sama itu umno, sama itu pemimpin umno dan sama itu bos umno. kalau boleh nak kasi mampos itu umno pru14 nanti, bukan ka? suda la pak jelapang, semua kuasa Allah Taala jugak, kalau Dia mau umno terus idup, maka umno kekal idup. wa mau kasi nasihat, kasi tulis betul punya cerita maa, tak bagus tulis cerita bohong, mau tangguk di ayer yang kero. bikin salah masa idup masa suda mati kina jawab....lu suda ada jawapan prepare utk soalan malaikat kasi tanya?
Cuba lagi
kalau dah bagi ibu lepas tu nak tau kemana duit tu dibelanjakan , toksahlah bagi. telan sendirilah duit kau tu.
Ha, tak ada pula pemakan dedak nak ngomel pasal artikel ni pulak ya
Macam bodoh.je cerita.ni
Banyak org bodo yg bagi komen dlm ni. Yg sorang tu lagi bodo tulih sama mcm cina tapi dia bukan cina maa. Fikiran kena terbuka. Wpun cerita itu hanya rekaan tp jika difikirkan semula ada kebenarannya.
Post a Comment