Tuesday, March 7, 2017

KEPADA PENSYARAH UNIVERSITI YANG TELAH DIBUANG, BERSABARLAH. ANDA LAYAK DAPAT BR1M


SEMALAM akhbar utama negara yang menyokong Umno menyiarkan satu berita yang tidak mengejutkan kita.

Ini laporan Berita Harian:
Hampir 6,000 pensyarah itu termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.

Kini dianggarkan hanya tinggal 29,000 pensyarah universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan bajet pada tahun lalu antara 30 hingga 40 peratus untuk setiap universiti awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pensyarah yang diberhentikan sebelum kontraknya tamat.

"Pihak universiti tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara,"

"Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos malah ada juga di universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara,"

Jika mengambil kakitangan tambahan sekalipun ia mungkin membabitkan bidang kritikal sahaja, tetapi bukan jawatan tetap kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya.
Semalam kerajaan TIDAK menafikan laporan ini, sebaliknya mengatakan jumlah bukan 6,000 TETAPI 2,000.

Rasanya pengarang berita sudah biasa dengan kerja nafi-menafi ini. Bila dikejutkan dengan realiti yang buruk - perkara pertama dilakukan ialah MENAFIKAN.

Tak pernah pun kita dengar, bapak MENTERI tampil dan memberi penjelasan kenapa mereka ini diberhentikan. Cakap terang-terang apa masalahnya. Setakat nafi jumlah saja.

Kepada pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan ini, bawalah bersabar.

Kita kena sentiasa ingat - BERSABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Janganlah marah-marah kerajaan. Jangan ke kedai-kedai kopi balun kerajaan. Tolong jangan.

Dulu masa ada kerja, masa dapat RM10,000 sebulan, kerajaan ini yang bagi kerja.

Hutang budi kena dibayar. Ingat itu. Kerajaan telah berbudi kepada anda, kenanglah budi itu.

Jangan hentam kerajaan, tolonglah.

Ingat pesanan pemimpin, jangan tanya apa sumbangan kerajaan kepada kita, tanya apa sumbangan kita kepada kerajaan.

Ramai orang susah, tetapi kerajaan dah bantu.

Pensyarah-pensyarah ini kini layak mendapat BR1M. Insyaallah dapatlah BR1M nanti.

Kita kena berterimakasih. Jumlah penerima BR1M pun sudah bertambah. Dah dekat 7 juta katanya, satu ANGKA yang amat diSUKACITA oleh Perdana Menteri kita. http://www.malaysiakini.com/news/373902

Najib Razak baru-baru ini amat sukacita. Ini kata beliau:

Saya lihat ramai tanya di FB, Twitter & IG mengenai BR1M. Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. 7:51 PM - 27 Jan 2017
Kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan, teruslah memberi sokongan kepada kerajaan.

Jangan kita puji kerajaan semasa kita ada kerja sahaja, kemudian hentam semasa kita diberhentikan.

Kena buang kerja perkara biasa, terimalah hakikatnya.

Tuan-tuan kena ingat, apabila mengundi nanti, tuan akan lupa semua kesusahan ini. Percayalah, tuan-tuan akan tetap mengundi Umno kerana kita semua takut kita mengemis di tanah sendiri.

Bersabarlah para pensyarah. Tak kisahlah 6,000 ke dibuang, 2,000 ke dibuang. 

Ingat perjuangan kita.

Sekali lagi, saya ingin memberi peringatan mesra, Tuan-Tuan pensyarah kini layak menerima BR1M.

Dan jangan lupa menyimpan keratan akhbar Berita Harian semalam.


9 comments:

Anonymous said...

Cuba tanya kerajaan mcmana boleh jadi mcm ni? Duit tak ada ke?

Abis tu yg kena buang kerja bukan setakat pensyarah je..ramai lagi drp sektor sektor GLC mcm Petronas.

Heran..dasar kerajaan sekarang amat pelik..buang saja pekerja utk jimat kos..sedangkan org yg di buang itu mempunyai keluarga yg nak di sara..

Zaman Tun M..meleset ekonomi..tak ada pulak kerajaan buang org..

Betul..kerajaan bagi kerja..tapi bila kerajaan membazir duit..mcm kes 1mdb..rakyat yg kena..petrol naik..diesel naik...gula naik..semua barang melambung tinggi..

Mana pergi kerajaan?
Rakyat mcm aku sensara..nak beli susu anak pun tak sanggup lah..

Anonymous said...

Najib maut..ya allah hapus dan lenyapkan umno bn..amin

Anonymous said...

masa banyak duit anjur concert, grand dinner , bida plate no etc

Anonymous said...

Dah pensyarah tu dah lepas umur 60 tahun wajib pencen...semua under kontrak...itu pun x faham ke

Anonymous said...

Belila kereta baru pastu jadi driver uber...

Mohamed noor said...

Kerajaan nak rakyatnya jual nasi lemak dan jadi pemandu uber gamaknya?

Anonymous said...

pensyarah kontrak tu memang patut dihentikan. Pencen dapat....gaji kontrak lagi dapat....bagi lah peluang pensyarah lain berkhidmat...bayangkan kalu pensyarah kontrak VK7, VK6 atau VK5...dahlah gaji pun dah cecah atau lebih 20K..tambah pencen lagi...

Anonymous said...

MO1 dan menteri2nye cakap ekonomi masih kukuh..asyik kena kencing je kita ni...

Azam said...

Oi..yg kena buang kerja dulu tu dh diterima semula ke sejak tukar kerajaan ni..? Atau makin sesak?