Monday, March 20, 2017
PAS PENGKALAN CHEPA "KAFAN"KAN NIK ABDUH HIDUP-HIDUP
LEKEHnya Nik Abduh.
Anak pemimpin Pas yang cukup hebat, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, tetapi kena KAFAN dengan orang Pas di kawasan Allahyarham bapanya.
Jubah digantikannya dengan baju PENDEKAR MELAYU, ingatkan disanjung oleh ahli Pas, rupa-rupanya jatuh tersembam muka ke lantai di kawasan Allahyarham Nik Aziz di Pengkalan Chepa.
Di dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang diPertua Pas Pengkalan Chepa, Nik Abduh hanya mendapat 37 undi berbanding penyandang jawatan Dr Izani Husin. http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-abduh-tewas-di-pengkalan-chepa-1.645677
Dalam politik kalau mendapat undi hanya 15 peratus (37 undi) bermakna Nik Abduh pemimpin tak ada "standard". Orang tak pandang.
Lazimnya dalam pertandingan satu lawan satu, kalau kalahpun sekurang-kurangnya dapat undi 30 peratus barulah orang panggil pemimpin.
Anak Allahyarham Nik Aziz dapat 37 undi (15 peratus undi?)
Siapa tak kenal Allahyarham Nik Aziz. Ahli Parlimen Pengkalan Hilir dan Pengkalan Chepa dari tahun 1967-1986. Menjadi Adun dari 1986-2015. Ulamak terkenal.
Kalau dalam Umno, anak seorang yang amat BERJASA seperti Allahyarham Nik Aziz, Umno bagi laluan PERCUMA untuk memegang jawatan.
Orang segan nak lawan anak Tok Guru.
Betullah kata seorang pemimpin Pas. Nik Abduh ini bukan acuan bapanya.
Ilmu agama sederhana saja, ilmu dunia - sains, kewangan, hal ehwal dunia - wallahualam.
Dalam Parlimen pun, bila berhujah hanya mengenai standard bolasepak negara.
Tapi hal loyar buruk, memang pakar.
Apabila ditanya mengenai kekalahan beliau, jawab Nik Abduh: "Menang gembira, kalah lebih gembira."
http://www.sinarharian.com.my/politik/menang-gembira-kalah-lebih-gembira-nik-abduh-1.645973
Tetapi Nik Abduh jangan GUSAR. Najib Razak ada. Umno ada, Jenguk-jenguklah.
Labels:
hadi awang,
najib razak,
nik abduh,
pas,
rosmah mansor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
memang patut kena talkin. tali barut umno
Talibarut DAP tanam kat jirat Cina..
Mu tak samo dengan ayah mu macam langit & bumi,,akhlak dan perangai tak samo jugo
prinsip keilmuan seseorang dapat diwarisi dari si bapa semakin goyah beb...
ilmu tdk dapat diwarisi
Post a Comment