Sunday, March 26, 2017

TAHNIAH: ZAHID SANGGUP BN HILANG KAWAN, JAZLAN SANGGUP BUANG KERJA ANGGOTA POLIS

Image result for zahid+jazlan

DUA kenyataan menarik perhatian Jelapang minggu ini. Kedua-duanya dari Kementerian Dalam Negeri - satu dari Menteri KDN Ahmad Zahid Hamidi dan kedua oleh Timbalannya Nor Jazlan Mohamed. Jelapang menyokong pendirian kedua-dua mereka.

1. AHMAD ZAHID HAMIDI

“Insya-Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita tapi kita akan dapat ‘kawan baharu’ yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita. ‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain.” - Zahid mengenai cadangan Kerajaan membentang sendiri RUU355.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-akan-bentang-sendiri-ruu-355-1.458554#ixzz4cS2Xiuzm
 Betul kata Zahid itu. Setakat hilang MIC dan MCA serta beberapa kawan lama parti komponen BN tiada kesannya jika musuh tradisi sejak Merdeka Pas dapat membantu BN dalam PRU-14 nanti. 

Tak guna ada kawan seperti MCA/MIC jika tidak dapat membantu BN dalam PRU-14. Memang benar MCA/MIC sama-sama membantu negara mencapai kemerdekaan, tetapi itu sejarah. Biar ia tinggal sejarah.

Lagipun mengikut firasat Jelapang, MCA dan MIC akan kalah teruk kali ini. Presiden MCA Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Wee Kah Siong akan KALAH kepada DAP.

Oleh itu setakat BN kehilangan "segelintir kawan", apalah sangat.


2. NOR JAZLAN MOHAMED

"Misalnya hutang beli perabot dan kereta yang mereka tak jelaskan kepada pegawai atasan. Jadi selepas ini memang kita akan ambil tindakan keras kepada anggota polis yang tak dedahkan perbelanjaan mereka yang sebenar. Maknanya kita nak pantau mereka benar-benar hidup dengan gunakan gaji sebagai anggota polis. Kalau mereka tak patuhi dan transparent (telus) serta terdedah kepada risiko hutang dan rasuah, kita akan ambil tindakan drastik seperti buang kerja," kata Nor Jazlan semas menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) di sidang Dewan Rakyat.
TAHNIAH Nor Jazlan. Tindakan buang kerja anggota polis harus bermula dari sekarang.

Jangan dibiarkan rasuah berleluasa. Jangan dibiarkan menjadi kudis.

Kalau dibiarkan, mula-mula beberapa ringgit, kemudian akan jadi berbilion ringgit seperti yang selama ini kita baca di WSJ.

Tahniah Jazlan. Kita ajar anggota-anggota Polis ini bagaimana untuk berintegriti. Mungkin pemimpin dapat belajar dari tindakan saudara. Kita mula dari orang bawahan yang bergaji kecil. OK YB?

1 comment:

Anonymous said...

Umno sanggup hilang Mca Mic tapi tak mungkin parti kompenan di Sarawak..mereka nyawa Umno