Showing posts with label bank rakyat. Show all posts
Showing posts with label bank rakyat. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

APA JADI PADA MALAYSIA? PEMIMPIN, PENGUATKUASA, PELAKSANAAN PROJEK RAKYAT, PENTADIR GLC TERLIBAT RASUAH!


APA jadi kepada Malaysia?

Pemimpin politik rasuah  dengan alasan dana politik.

Pengerusi Agensi Kerajaan terlibat dengan rasuah.

Pelaksana program untuk rakyat terlibat dengan rasuah.

Penguatkuasa dituduh rasuah.

Pentadbir GLC dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

 Memang sedap didengar kata-kata manis bahawa kerajaan akan berhemah di dalam perbelanjaan negara.

Tetapi jika RM114.5 juta ditemui di dalam almari seperti yang berlaku di Sabah, RM400,000 di dalam siling rumah seperti di Melaka, timbul persoalan apa sudah terjadi kepada negara ini?

Siapa yang menjaga negara dan kepentingan rakyat jika dari pemimpin sampai ke budak pejabat terlibat dengan rasuah?

Pegawai gred 48 Kementerian Pembangunan Wanita terlibat dengan rasuah berjumlah RM597,000 duit program 1Azam - duit untuk rakyat miskin.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah, seorang anggota POLIS kanan, didakwa menerima komisen RM1 juta.

Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah ditemui menyimpan RM114.5 juta di dalam pejabat dan almari mereka. Duit ini untuk menyalur air bersih kepada rakyat miskin di Sabah.

Bank Rakyat yang mengutip sumbangan kakitangan kerajaan setiap bulan, Pengerusi dan CEO nya kena dakwa di mahkamah.

Di Felda, anak Isa Samad disiasat kes pembelian hotel.

Di Felcra, Pengerusinya Bung Mokhtar Radin dan isteri beliau seorang aktress disiasat kerana pembelian amanah saham.

Sebelum Bung, pengerusi Felcra Tajuddin Rahman membayar imbuhan kepada ahli lembaga pengarah tanpa kelulusan kementerian kewangan.

Pengarah JKR Melaka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek rakyat mempunyai RM4 juta di dalam akaun-akaun amanah saham.

Pegawai DBKL memperolehi unit-unit rumah tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

Pegawai Tenaga Nasioanal Kelantan disiasat kerana rasuah.

Anak tiri pemimpin negara berjudi berjuta ringgit menggunakan duit yang diperolehi secara tipu muslihat melibatkan agensi kerajaan.

Di YAPEIM, duit untuk anak-anak yatim disonglap dan sehingga hari ini tidak kedengaran apa jadi dengan kes ini.

Pegawai JPJ terlibat dengan kerja haram melibatkan kemasukan kereta dari luar.

Ini belum lagi cerita Shahrizat Jalil mengenai bisnes lembunya dan pemberian biasiswa khazanah kepada anaknya.

Apa terjadi kepada Malaysia?

Jika seorang pegawai mengambil rasuah berjumlah RM10 juta seorang, jika 60 orang mengamalkan rasuah, sejumlah RM600 juta dirompak dari rakyat. RM600 juta wang rakyat diambil menjadi harta persendirian.

Apa yang terjadi kepada Malaysia sekarang ini?

Sebelum ini apabila kita melihat ahli politik dan pegawai kerajaan memandu kereta besar, rumah besar, di dalam hati kecil kita berkata - "mesti rasuah punya".

Tetapi kita tidak berani menuduh melulu kononnya tidak mahu menFITNAH orang.

Kini selepas berjuta ringgit dijumpa di dalam almari, siling, akaun amanah saham, rupa-rupanya yang terdetik di dalam hati kecil kita adalah benar. Ianya realiti, dan bukan fitnah.

 Yang belum ditangkap entah berapa juta di dalam simpanan mereka. Berapa juta disimpan oleh ahli politik dan berapa juta lagi disembunyikan oleh Pengerusi agensi kerajaan, pengarah jabatan, pegawai penguatkuasa dan pelaksana projek rakyat.

Oleh itu tidak payahlah memperdayakan rakyat dengan kenyataan akan "berbelanja secara berhemah."

Negara sekarang ROSAK kerana RASUAH.

Tuesday, March 10, 2015

SKANDAL BANK RAKYAT & FELCRA PUN TIDAK SELESAI, INIKAN KES SEBERAT 1MDB

Image result for najib+1mdb

KHABARNYA Najib Razak berpuashati dengan penjelasan yang beliau berikan kepada 154 ketua-ketua bahagian mengenai 1MDB dan katanya Ketua-ketua bahagian berpuashati dengan penjelasan beliau. Benarkah?

Setahu Jelapang, ramai ketua-ketua bahagian hadir pada Ahad lepas semata-mata mahu mendengar apa yang hendak dinyatakan Najib mengenai 1MDB dan membandingkan penjelasan beliau dengan dakwaan-dakwaan yang didedahkan di media sosial.

Yakinkah mereka dengan penjelasan Najib? Yakinkah mereka bahawa Najib serius untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan penyelewengan di dalam 1MDB?

Jawapan yang Jelapang dengar - Najib gagal menyakinkan mereka!!!!

Kenapa?

Setakat hari ini, rekod Najib dalam hal ini amat mengecewakan.

Janji pertama beliau sebelum PRU untuk memilih hanya CALON BOLEH MENANG tidak ditunaikan beliau.

Setakat hari ini tidak ada satu kes pun yang boleh diambil contoh untuk membuktikan kesungguhan Najib membanteras penyelewengan.

1) Kes pemberian PINJAMAN BANK RAKYAT oleh Hassan Malek kepada Deepak. Sehingga hari ini TIADA TINDAKAN. Rujuk di SKANDAL BANK RAKYAT

Disebabkan tiada tindakan, bekas Setiausaha Agung Umno Sabaruddin Chik mengambil keputusan menulis buku mengenai skandal ini. Ironinya, seorang lagi bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid melancarkan buku ini dan sehingga ini Najib tidak sepatah pun membuat kenyataan mengenainya.

2) Kes pemberian saguhati berjumlah RM723,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra termasuk bekas Pengerusinya Tajuddin Rahman tanpa kelulusan. Sehingga hari ini TIADA TINDAKAN. Rujukan SKANDAL FELCRA

Kita hanya akan percaya dengan keseriusan Najib sekiranya TINDAKAN DIAMBIL dalam kedua-kedua kes ini.

Jika kes tidak seberat 1MDB pun tiada tindakan, inikan pula kes 1MDB yang melibatkan berbilion ringgit.

Oleh itu kita tengok sejauhmana keseriusan Perdana Menteri. Setakat hari ini, tahap KEYAKINAN kita amat tipis.

Tuesday, June 3, 2014

TAHNIAH MAH, TAHNIAH HASSAN MALEK

TAHNIAH BN. Tahniah Presiden Gerakan Mah Siew Keong di atas kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Telok Intan menewaskan seorang gadis berusia 27 tahun yang tiada pengalaman di dalam politik.

Kita faham kenapa kejayaan ini tidak dirayakan secara besar-besaran. Apa tidaknya, BN memerlukan seorang PRESIDEN parti komponen untuk menewaskan seorang calun yang masih muda dan mentah dalam berpolitik.

BN terpaksa menjanjikan jawatan MENTERI KABINET, sebuah UNIVERSITI, zon WIFI, Teluk Intan sebagai AGRI-HUB Perak Hilir dan macam-macam lagi untuk menewaskan seorang gadis yang hanya berusia 27 tahun.

Tetapi kemenangan tetap kemenangan walaupun dengan satu undi. Kemenangan tetap kemenangan walaupun kos untuk menawan sesebuah kerusi DAP terlalu tinggi.

Tahniah kepada Mah, bakal Menteri tidak lama lagi.


TAHNIAH HASSAN MALEK. 

Secepat kilat SPRM mengeluarkan kenyataan mengatakan tiada isu rasuah di dalam pemberian pinjaman oleh Bank Rakyat di bawah pentadbiran Hassan Malek kepada seorang pedagang karpet keturunan India.
http://www.sprm.gov.my/bank-rakyat-sprm-rasuah.html

Kata SPRM, ianya lebih kepada isu tadbir Bank Rakyat. Tahniah kepada SPRM kerana cepat mengeluarkan kenyataan MENYELAMATKAN Hassan Malek. Sekurang-kurangnya ia menjimatkan wang rakyat daripada berlakunya 
penyiasatan yang memakan kos berjuta ringgit dan berkesudahannya - "tiada kes".

Jelapang faham ramai di bawah sana begitu marah dengan kes pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah kepada pedagang India ini.

Kalau boleh, kesemua kita hendakkan pinjaman tanpa faedah dari Bank Rakyat. 

Menurut laporan Tahunan Bank Rakyat 2013, terdapat 947,541 penyimpan dengan Bank Rakyat dengan jumlah simpanan sebanyak RM2.714 bilion dan majoriti penyimpannya ada KAKITANGAN KERAJAAN.

Kita janganlah salahkan Hassan Malek kerana memberi pinjaman tanpa faedah ini kepada India ini.

Apa yang dilakukan beliau ialah usaha murni dalam usaha MEMPERKASAKAN BUMIPUTERA.

Beliau memberikan DUIT KITA kepada si India ini untuk melabur di dalam perniagaan karpet beliau dan akhirnya, BUMIPUTERA juga akan dapat merasakan hasilnya.

Bank Rakyat juga membantu kita melalui skim pinjaman Aslah Ria dengan mengenakan kadar faedah antara 3.3 peratus dan 4.08 peratus. Kita juga kena buat majlis AKAD PINJAMAN, satu ikatan cara Islam sebagai tanda janji kita akan lunaskan pinjaman ini sepenuhnya.

Menurut website Bank Rakyat, sekiranya kita tidak cukup wang untuk membayar pendahuluan kereta, ubah suai rumah atau lain-lain keperluan kewangan termasuk belanja untuk kahwinkan anak, kita boleh membuat pinjaman sehingga RM200,000 dari Bank Rakyat.

Tapi kena bayar faedah lah. Kita bukan pedagang India jual karpet!

Agaknya tanpa faedah HANYA boleh diberikan kepada mereka-mereka yang meminjam dalam jumlah yang besar, jutaan ringgit, seperti pedagang India itu serta perayau koridor kuasa seperti kata blogger dari Pendang, Kedah, Abdul Kadir Jasin.
http://kadirjasin.blogspot.com/2014/05/bank-rakyat-dan-perayau-koridor-kuasa.html

Kita jangan lupa seorang lagi pedagang India, Kenneth Eswaran, juga mendapat pinjaman RM500 juta dari Bank Pembangunan untuk bisnes TV beliau. Sampai ke hari ini, Jelapang tak pernah tengok saluran TV beliau.
http://kadirjasin.blogspot.com/2013/06/bank-pembangunan-pinjaman-kepada-tan.html

Kita kena ingat kenapa negara kita cepat maju berbanding negara-negara lain. Kita cepat maju kerana cara kita tadbir lain dari negara lain.

Dari segi pinjaman, di Malaysia, kalau pinjam sikit kena ada AKAD, kalau pinjam banyak, kita bagi TANPA FAEDAH.

Kalau kapalterbang MAS mengelencong tak ikut laluan sebenarnya, kita tak payah ikut cara negara lain, kita buat cara kita. Kita tak payah hantar jet perang untuk periksa, kerana kita dah tahu awal lagi ianya akan BERAKHIR di Lautan Hindi.

Sekali lagi kita nasihatkan para penyimpan Bank Rakyat terutamanya kakitangan awam dan orang Melayu supaya tidak marah kepada Hassan Malek dan Bank Rakyat.

Sebenarnya kegagalan kita untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah disebabkan kita meminjam terlampau sedikit.

Ada yang pinjam RM20,000. Ada yang RM10,000.

Kita malas buat kertas kerja. Harap bawa slip gaji saja nak minta pinjaman Bank Rakyat.

Lagipun, pinjaman kita tak ada potensi. Kita pinjam sebab nak beli kereta, repair rumah, kahwin anak. Kita bukan pinjam nak majukan bisnes karpet atau bisnes-bisnes lain.

Kita yakin pedagang India karpet rajin buat kertas kerja yang tebal untuk melayakkan mereka mendapatkan pinjaman ini.

Oleh itu, janganlah salahkan sesiapa di dalam kes Bank Rakyat ini kerana yang BODOH, kita, termasuk saya, kerana pinjam RM10,000/RM20,000 sahaja.

NOTA*** Kepada rakan-rakan blogger lain, termasuk yang dibayar, marilah kita bersatu hati mempertahankan Hassan Malek, ahli Majlis Tertinggi Umno ini demi Melayu.

Kita perlu mempertahankan usaha beliau memperkasakan Bumiputera dengan melaburkan duit kita orang Melayu dengan pedagang-pedagang bangsa lain yang berpotensi.

Inilah cara kita MEMPERKASAKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA.

Monday, May 26, 2014

BENARKAH TUDUHAN SABBARUDDIN CHIK TERHADAP HASSAN MALEK? ATAU INGATAN SABBARUDDIN DILANDA SINDROM UMUR?

Sabbaruddin Chik salahkan menteri, kontrak pengerusi Bank Rakyat tak diperbaharui

Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.
Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?". 
Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.
Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".
"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.
Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014."Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.
Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.
The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.
Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.
Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.
"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.
Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.
Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 26 Mei, 2014.

JELAPANG: 
1. Beginikah kita mengurusakan wang rakyat? Umum mengetahui penyimpan dan pemegang saham Bank Rakyat adalah terdiri majoritinya kakitangan kerajaan. Apakah cara Bank Rakyat menguruskan simpanan rakyat ini juga diamalkan oleh kerajaan di institusi lain? Bukan main susah kita hendak mendapatkan pinjaman dari bank kepunyaan kerajaan. Tak cukup dengan penyata bank, kita kena buat kertas kerja. Separuh nyawa dibuatnya nak dapatkan RM30,000 pinjaman dari Bank Rakyat. Tetapi kalau ada jaringan politik seperti kata Sabaruddin, semuanya MUDAH. RM30 juta perkara biasa. Ini cara Malaysia, bakal negara maju.

2. Benarkah tuduhan Sabaruddin ini? Ini bukan main-main punya tuduhan. Ia dibuat oleh BEKAS Setiausaha Agung Umno, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Temerloh dan masih Ahli Umno. Bank Rakyat menafikan kontrak Sabaruddin tidak disambung semula kerana isu tersebut tetapi tidak pula menafikan segala tuduhan beliau. 
Benar atau tidak. Atau faktor umur yang lanjut mungkin menyebabkan daya ingatan Sabaruddin lemah sehinggakan membuat tuduhan yang bukan-bukan? Biasalah kadang-kadang bila sudah lanjut umur, masalah nyanyuk akan menyerap ke diri seseorang. Tetapi bukan tujuan Jelapang menghina orang tua-tua kerana Hassan Malek pun tua.

3. Jelapang terbaca kenyataan PKR yang mendesak SPRM menyiasat Hassan Malek. Inilah perangai pembangkang. Bila ada saja cerita seumpama ini, ungkapan popular mereka ialah mendesak SPRM menyiasat.

Marilah kita sama-sama merayu kepada Kerajaan dan SPRM. Janganlah ikut telunjuk pembangkang ini. Jangan layan kerenah mereka. 

Tak payah siasat kes-kes seumpama ini. Sebarang siasatan akan melibatkan duit rakyat. Sudah berapa banyak duit rakyat kita habiskan untuk menjalankan siasatan seumpama ini. Kita siasat Musa Aman. Kita siasat Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan. Kita siasat Taib Mahmud (Jelapang ingin mengucapkan tahniah kepada Taib sempena penganugerahan darjah Tun hari ini). Sampai ke luarnegara kita siasat.

Hasilnya, samada siasatan kes belum selesai atau tiada kes.

Oleh itu JANGANLAH kita bazirkan duit rakyat.

Sekali lagi saya merayu, janganlah disiasat kes Hassan Malek dan Bank Rakyat demi kepentingan rakyat. Tak usahlah kita membazir duit rakyat dengan satu lagi siasatan oleh SPRM.