Showing posts with label jkr. Show all posts
Showing posts with label jkr. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

APA JADI PADA MALAYSIA? PEMIMPIN, PENGUATKUASA, PELAKSANAAN PROJEK RAKYAT, PENTADIR GLC TERLIBAT RASUAH!


APA jadi kepada Malaysia?

Pemimpin politik rasuah  dengan alasan dana politik.

Pengerusi Agensi Kerajaan terlibat dengan rasuah.

Pelaksana program untuk rakyat terlibat dengan rasuah.

Penguatkuasa dituduh rasuah.

Pentadbir GLC dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

 Memang sedap didengar kata-kata manis bahawa kerajaan akan berhemah di dalam perbelanjaan negara.

Tetapi jika RM114.5 juta ditemui di dalam almari seperti yang berlaku di Sabah, RM400,000 di dalam siling rumah seperti di Melaka, timbul persoalan apa sudah terjadi kepada negara ini?

Siapa yang menjaga negara dan kepentingan rakyat jika dari pemimpin sampai ke budak pejabat terlibat dengan rasuah?

Pegawai gred 48 Kementerian Pembangunan Wanita terlibat dengan rasuah berjumlah RM597,000 duit program 1Azam - duit untuk rakyat miskin.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah, seorang anggota POLIS kanan, didakwa menerima komisen RM1 juta.

Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah ditemui menyimpan RM114.5 juta di dalam pejabat dan almari mereka. Duit ini untuk menyalur air bersih kepada rakyat miskin di Sabah.

Bank Rakyat yang mengutip sumbangan kakitangan kerajaan setiap bulan, Pengerusi dan CEO nya kena dakwa di mahkamah.

Di Felda, anak Isa Samad disiasat kes pembelian hotel.

Di Felcra, Pengerusinya Bung Mokhtar Radin dan isteri beliau seorang aktress disiasat kerana pembelian amanah saham.

Sebelum Bung, pengerusi Felcra Tajuddin Rahman membayar imbuhan kepada ahli lembaga pengarah tanpa kelulusan kementerian kewangan.

Pengarah JKR Melaka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek rakyat mempunyai RM4 juta di dalam akaun-akaun amanah saham.

Pegawai DBKL memperolehi unit-unit rumah tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

Pegawai Tenaga Nasioanal Kelantan disiasat kerana rasuah.

Anak tiri pemimpin negara berjudi berjuta ringgit menggunakan duit yang diperolehi secara tipu muslihat melibatkan agensi kerajaan.

Di YAPEIM, duit untuk anak-anak yatim disonglap dan sehingga hari ini tidak kedengaran apa jadi dengan kes ini.

Pegawai JPJ terlibat dengan kerja haram melibatkan kemasukan kereta dari luar.

Ini belum lagi cerita Shahrizat Jalil mengenai bisnes lembunya dan pemberian biasiswa khazanah kepada anaknya.

Apa terjadi kepada Malaysia?

Jika seorang pegawai mengambil rasuah berjumlah RM10 juta seorang, jika 60 orang mengamalkan rasuah, sejumlah RM600 juta dirompak dari rakyat. RM600 juta wang rakyat diambil menjadi harta persendirian.

Apa yang terjadi kepada Malaysia sekarang ini?

Sebelum ini apabila kita melihat ahli politik dan pegawai kerajaan memandu kereta besar, rumah besar, di dalam hati kecil kita berkata - "mesti rasuah punya".

Tetapi kita tidak berani menuduh melulu kononnya tidak mahu menFITNAH orang.

Kini selepas berjuta ringgit dijumpa di dalam almari, siling, akaun amanah saham, rupa-rupanya yang terdetik di dalam hati kecil kita adalah benar. Ianya realiti, dan bukan fitnah.

 Yang belum ditangkap entah berapa juta di dalam simpanan mereka. Berapa juta disimpan oleh ahli politik dan berapa juta lagi disembunyikan oleh Pengerusi agensi kerajaan, pengarah jabatan, pegawai penguatkuasa dan pelaksana projek rakyat.

Oleh itu tidak payahlah memperdayakan rakyat dengan kenyataan akan "berbelanja secara berhemah."

Negara sekarang ROSAK kerana RASUAH.

Tuesday, August 16, 2016

TAKUTILAH WAHAI KAKITANGAN KERAJAAN. DZULKIFLI BERJIHAD MENGHAPUSKAN RASUAH

Image result for dzulkifli sprm

SEKALUNG tahniah kita ucapkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad, dan Pengarah Siasatan SPRM Azam Baki.

Edisi Johor

Semalam 3 "jerung" ditangkap oleh Dzulkifli dan Azam. 

Inilah yang dikatakan JIHAD - jihad memerangi rasuah.

Dua dari jerung ini adalah pegawai kanan kerajaan dan seorang lagi pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad.

Dzulkifli hanya perlu memegang jawatan 15 hari saja untuk memberkas 3 PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA dan NEGARA ini.

Amat jelas bahawa selama ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohammed serta beberapa pegawai kanan SPRM memerap fail ketiga-tiga mereka ini dan mungkin berpuluh lagi fail siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan.

Masuk saja Dzulkifli ke SPRM, dalam masa 15 hari sudah diberkas mereka ini.

Timbul persoalan apa yang Abu Kassim buat di SPRM selama ini?

Maruah bangsa dan negara perlu dijaga. Indeks rasuah perlu dibetulkan. Padan lah selama ini ranking Malaysia dalam memerangi rasuah jatuh. Rupa-rupanya banyak fail terperap semasa Abu Kassim.

Marilah sama-sama kita menyokong usaha MURNI Dzulkifli ini. Inilah JIHAD yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Kita yakin Dzulkifli akan memberkas ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam masa terdekat ini.

Inilah pertama kali kita melihat SPRM benar-benar mahu memerangi rasuah.

Perlantikan Dzulkifli nampaknya keputusan yang paling tepat dan kita amat yakin SPRM tidak lagi dikenali sebagai agensi membela jerung dan menganiaya ikan bilis.

TAHNIAH DATO' DZUL. 

Kami bangga dengan apa yang Dato' lakukan tak sampai sebulan memegang jawatan tertinggi SPRM.

Kepada kakitangan kerajaan, sokonglah usaha murni Dato' Dzul untuk membersihkan perkhidmatan awam.

Dengan kerjasama tuan-tuan, perkhidmatan awam akan menjadi perkhidmatan paling dihormati di negara ini dan marilah kita sama-sama memerangi rasuah.

TERIMA KASIH DATO' DZUL 


Monday, August 15, 2016

SPRM: KES TEKUN, FELDA, YAPEIM MACAM MANA?



RIUH hari ini mengenai tangkapan 3 pegawai kerajaan oleh SPRM termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Kerja Raya yang didakwa menyembunyikan RM400,000 di dalam siling rumah.

Tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Kita mengalu-alukan tindakan beliau untuk memBERSIHkan agensi kerajaan dari rasuah.

Elok juga Ketua Pesuruhjaya dengar-dengar komen orang bawahan mengenai SPRM.

Ada yang mengatakan kenapa SPRM tidak mulakan penyucian kerajaan dengan memBERSIHkan orang paling atas?

Ada juga yang bertanyakan apa hasil siasatan ke atas YAPEIM dan Tekun yang melibatkan pegawai politik Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Ada juga bertanyakan SPRM tak siasat ke FELDA, FELCRA. Katanya di sana pun ada macam-macam.

Dulu katanya anak Pengerusi Felda Isa Samad pun disiasat kes pembelian hotel. Apa jadi dengan kes itu?

Image result for riza aziz

Dan soalan yang ditanya hari-hari ialah bila SPRM hendak teliti saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Tidak mungkin Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak berminat hendak ambil tahu dari mana datangnya duit yang digunakan untuk berjudi di Amerika Syarikat.

Jabatan Keadilan berkata ianya duit 1MDB.