Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Sunday, November 20, 2016

RAKYAT BOSAN DENGAN BERSIH. MASA TERBAIK NAJIB BUAT PRU

bersih5

KATA Najib Razak, rakyat dah BOSAN dengan Bersih.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/20/rakyat-bosan-bersih/

Kata Salleh Said Keruak, hanya 15,500 peserta Bersih mengambil bahagian kali ini BERBANDING 500,000 tahun lepas.

Alhamdullilah. Boleh lah Umno merasa LEGA. Rakyat sudah menolak Bersih dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya tidak perlu pun TANGKAP pemimpin Bersih seperti Maria Chin Abdullah kerana mereka bukan ada pengikut dan rakyat dah bosan dengan mereka seperti kata Najib dan Salleh.

Seperti kata Stesen TV milik Umno, TV3, sambutan kepada Bersih5 HAMBAR.

Kepada semua ahli-ahli dan pemimpin Umno. Jangan GUSAR.

Dengar lah cakap Najib dan Salleh. Isu duit dalam akaun Najib sebanyak RM2.6 bilion dan anak tiri beliau yang menggunakan duit yang didakwa dari 1MDB untuk berjudi di casino Amerika Syarikat bukan lagi isu bagi rakyat.

Kita yakin jika pilihanraya Umno dibuat hari ini, Umno akan menang besar.

Semuga terbuka hati Najib memanggil PRU dalam masa terdekat ini.



Thursday, October 6, 2016

JAMAL IKAN BAKAR IKON KETUA BAHAGIAN UMNO




AKSI Jamal Yunos aka Jamal Ikan Bakar, Ketua Bahagian Sungai Besar, harus dijadikan contoh oleh Ketua-Ketua Bahagian lain.

Begini lah caranya jika Ketua Bahagian betul-betul mahu mempertahankan bos.

Sesetengah Ketua Bahagian, cakap di kedai kopi bukan berdentum-dentum , tapi pengecut.

Jamal adalah IKON Umno. Buat sidang akhbar pun dalam jamban. Mungkin tahun depan boleh dipertimbangkan untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah di atas keberanian dan keperwiraan beliau mempertahankan Najib Razak.

Ada yang cemburu menuduh Jamal tidak melakukan aksi ini secara "PERCUMA".

Biasalah bila cemburu, macam-macam tuduhan dilemparkan.

Umno dan Ketua Bahagian lain WAJIB bangga dengan keberanian Jamal ini. Aksi seumpama inilah yang akan menyakinkan pengundi bahawa hanya Umno harus menjadi pilihan mereka.