Sunday, November 20, 2016

RAKYAT BOSAN DENGAN BERSIH. MASA TERBAIK NAJIB BUAT PRU

bersih5

KATA Najib Razak, rakyat dah BOSAN dengan Bersih.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/20/rakyat-bosan-bersih/

Kata Salleh Said Keruak, hanya 15,500 peserta Bersih mengambil bahagian kali ini BERBANDING 500,000 tahun lepas.

Alhamdullilah. Boleh lah Umno merasa LEGA. Rakyat sudah menolak Bersih dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya tidak perlu pun TANGKAP pemimpin Bersih seperti Maria Chin Abdullah kerana mereka bukan ada pengikut dan rakyat dah bosan dengan mereka seperti kata Najib dan Salleh.

Seperti kata Stesen TV milik Umno, TV3, sambutan kepada Bersih5 HAMBAR.

Kepada semua ahli-ahli dan pemimpin Umno. Jangan GUSAR.

Dengar lah cakap Najib dan Salleh. Isu duit dalam akaun Najib sebanyak RM2.6 bilion dan anak tiri beliau yang menggunakan duit yang didakwa dari 1MDB untuk berjudi di casino Amerika Syarikat bukan lagi isu bagi rakyat.

Kita yakin jika pilihanraya Umno dibuat hari ini, Umno akan menang besar.

Semuga terbuka hati Najib memanggil PRU dalam masa terdekat ini.



2 comments:

Anonymous said...

Lihat you tube : https://youtu.be/IkglnAbjQEI?list=PL-yU1UMM3Kk-inOYq-uyThe0UseZtK__f

"TUNKU ABDUL RAHMAN MINTA MELAYU HAPUSKAN UMNO". Waktu tu Tunku vs Mahathir.

Namun apa isi yang paling penting!

Dengar kata2 Tunku minit 0.58.

Waktu tu, Malaysia terkenal sebagai "NEGARA YANG KAYA RAYA".

NEGARA SEKARANG harapkan GST rakyat?

el halim said...

Saya tak rasa begitu tuan, jika jumlah kehadiran peserta di dlm BERSHIT 5 itu diambilkira, mmg kita berasa agak yakin dgn tahap sokongan kpd Pembangkang, namun yg menjadi kerisauan adalah jumlah penyokong senyap pembangkang yg telah ditanam perasaan benci kpd Najib Razak dan UMNO. Jika kita singkap dan lihat komen-komen di dalam portal-portal media spt Utusan Online, BH Online dan juga Sinar Harian Online, kita akan dpt lihat jumlah pengomen dan pantaksub pembangkang sgt ramai, memaki hamun dan menghasut khalayak yg lain menentang PM dan UMNO. Peratusan mereka agak tinggi, yg saya agak berkeyakinan bahawa mereka sudah pasti akan memberi undi kpd Pakatan pd PRU akan dtg. Apa yg dirisaukan, jika kita mengambil enteng perkara tersebut kita akan kehilangan kerusi dan tenggelam bersama kekalahan disebabkan keyakinan kita yg hanya berasaskan jumlah kehadiran BERSHIT 5