DI Malaysia, Ahli Parlimen tak perlu ada OTAK GELIGA untuk menjadi Menteri.
Yang penting, seorang Menteri mesti mempunyai sikap menganggap rakyat yang dijaganya ada golongan bodoh.
Berikut komen Menteri berikut:
"Air mineral lebih mahal berbanding minyak masak meskipun subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya." - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-air-mineral-lagi-mahal-daripada-minyak-masak-1.580354Di Malaysia, rakyat boleh saban hari memaki-hamun, meraung, merungut, menghina Najib Razak dan pemimpin.
Bila tiba pilihanraya, Najib juga dipilih mereka. Umno juga menjadi pilihan.
Kalau saya pemimpin, saya pun tidak peduli rakyat nak mengaum ke, menangis ke, merempat ke, tak cukup makan ke, kerana akhirnya, pilihanraya
nanti saya tetap menjadi pilihan bangsa Melayu.
Walaupun DAP hanya bertanding kurang lebih 50 dari 222 kerusi, kita tetap takut Cina DAP perintah kita. Kita tak takut China Tongsan SAPU pusaka kita.
Tak payahlah kita nak meraung harga petrol naik, minyak masak naik, tol akan naik, kerana itu pilihan kita.
Dapat BR1M pun kita sudah merasa umpama seorang jutawan.
Kita terimalah apa yang kita sedang harungi ini.
Tak perlu menangis dan meraung kerana semua ini pilihan kita.
7 comments:
kita hanya mampu menulis, menegur dan mengherdik pemimpin.
Itu saja yg kita mampu. Kata orang putih we are hapless.
Siapa yg tidak mengkritik krjaan? Siapa yang tidak menyumpah najib dan bini beliau?.
Sebenarnya semua teguran, kritikan dan herdikan ini tiada kesan pada Najib dan para Menteri.
Sebab itulah kehidupan kita tidak dipedulikan. Mereka naikkan harga petrol, minyak masak.
dalam masa yang sama mereka joli bawa anak bini melawat CChina, shopping sakan duit rakyat.
Beli kapal perang, buat keretapi dgn belanja berbilion. Najib tak peduli pada kita. tak takut pada rakyat sbb najib tau, org Melayu ni sembang saja kuat. bila undi, mereka undi Umno juga.
Nak harap pemimpin? pemimpin tak bertanggungjawab.
Dari zahid hamidi sampai ke ahli MT ke 25, Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC dan Komponen parti BN, Ketua Bahagian, semua lepas tanggungjawab.
semua fikir temolok sendiri. Ada kita dengar mereka ini bangun berjuang untuk rakyat?
Padan muka kita.
Bangsa kita, bangsa Melayu tercatat bangsa haprak.
MELAYU TOTOK
Sebab itu saya amat berterima kasih dgn pengundi kuala kangsar & sg besar krn menu jukkan komitmen dlm perjuangan umno...
Mereka sudah tentu x blh merungut krn itu pilihan mereka...
Mereka terima kenaikan ini dmi masa depan
Air mineral botol tu bukan kita beli hari-hari pun. Cuma sesekali beli semasa berjalan atau berada di luar rumah saja. Di rumah tentulah kita minum air yg dimasak sendiri atau air dari penapis air (water filter), bukan minum air mineral yang dah dibotolkan yang dijual di hypermarket. Buat apa nak membazir beli air mineral botol sedangkan di rumah dah ada air minum sendiri. Dalam sebulan tu adalah beli 2, 3 botol kecil air mineral botol untuk diminum ketika berjalan-jalan.
Tapi minyak masak, hari-hari kita guna untuk memasak. Tak boleh miss walau sehari pun.
Harap maklum.
Semuanya rela jadi hamba bn umno najib
Tukang basuh bontot rosmah
Tuan blof life of annie tu napa ada sini? Makan dedak tu
Asalkan malaysia aman.
Asalkan malaysia aman
Post a Comment