DUA perkara akan berlaku sekiranya Najib Razak ditegur oleh pemimpin sendiri. Samada ....
1. DiSINGKIRkan dari Umno dan diPECAT dari jawatan sepertimana yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir. 2. DiCERCA sepertimana yang dilakukan terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim. Itulah cara pentadbiran hari ini. Pernahkah pucuk pimpinan hari ini mengaku kesilapan sendiri? Sehingga hari ini, tidak sekali pun mengaku akan kesilapan. Menuduh orang lain sudah menjadi perkara biasa. NAFI, hampir setiap hari nafi itu dan ini. Ini semua akan diHISAB semasa PRU 14 bulan hadapan.
KERANA JHO LOW, sesama Umno bergaduh. Menteri Umno pertahankan Jho Low. Penasihat PM Najib Razak, Rais Yatim, hentam Jho Low. "Talibarut" Umno desak Penasihat Najib letak jawatan.
Ini tulisan bekas Menteri Umno Rais Yatim menerusi laman Twitter beliau. Kerana tulisan ini, Rais Yatim didesak letak jawatan sebagai Penasihat Najib.
Dekat-dekat PRU14 ini, bergaduh pula dalam Umno semata-mata kerana Jho Low.
Tak mungkin Umno hendak berhadapan dengan pengundi dengan perbalahan dalaman mengenai Jho Low. Hanya satu cara hendak matikan isu Jho Low - iaitu TANGKAP JHO LOW. Atau sekurang-kurangnya pihak berkuasa Malaysia mengumumkan Jho Low akan diTANGKAP. Walaupun pengumuman tersebut akan dilabel hanya sebagai 'GEMPAQ PRU", tidak mengapa. Sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan perbalahan dalam Umno mengenai Jho Low ini.
RUPA-rupanya yang paling GEMBIRA lahirnya BERSATU adalah Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN dari Umno. Tersenyum riang Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Umno ini apabila Ahmad Zahid Zahidi mengumumkan permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan parti BERSATU diLULUSkan. Walaupun Ahli Parlimen dan ADUN UMNO ini belum menyatakan hasrat secara TERBUKA menyokong BERSATU, sudah pasti BERSATU sudah dekat di hati mereka. Yang pasti, Ahli-Ahli Parlimen dan Adun Umno ini akan KEKAL bertanding PRU-14 nanti. Kalau bukan Umno, mereka BOLEH menggunakan simbol BERSATU. Semasa PRU nanti, jika diGUGURkan oleh Presiden Umno Najib Razak, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN Umno boleh mencium tangan Najib dan berkata: "Tak apa Dato' Seri Presiden. Umno ini parti YOU. You letaklah siapa pun bertanding di kerusi saya. Saya pun akan bertanding juga. Parti mana jangan tanyalah." Bukan itu saja. Yang kalah semasa pemilihan bahagian pada 2013 dulu pun turut GEMBIRA. Yang dah pencen atau yang diTENDANG keluar pun boleh tersenyum lebar. Dato' Seri Rais Yatim pun boleh mula buat strategi bertanding semula di Jelebu. Jika Najib letak semula sebagai calon Umno di Jelebu, Alhamdullilah. Kalau tidak, Dato' Seri Rais boleh tertanding atas TIKET BERSATU. Lagipun, Rais tidak ada masalah apa-apa dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin. Pemimpin yang berpengalaman dan berintegriti seperi Abang Rais amat diperlukan negara sekarang ini. Negara sekarang ketandusan pemimpin yang berkualiti. Lihat sajalah Kabinet. Menteri-Menterinya "standard" negara Africa. Sama juga dengan Tengku Razaleigh. Kalau Umno buang, bertanding atas tiket BERSATU. Lagipun bagi Ku Li bertanding atas tiket parti bukan Umno adalah satu kebiasaan. Dulu Ku Li bertanding atas tiket Semangat 46, menang juga. Oleh itu, bergembiralah semua dengan kelahiran BERSATU. Kepada Muhyiddin, Tan Sri sedang mengemudi satu parti yang bersih putih bak kapas. Tidak seperti Umno, yang bergelumang dengan lumpur dan dilabel rasuah. Tan Sri ada peluang untuk menerajui negara cuma Tan Sri kenalah bawa wadah perjuangan yang didahagakan rakyat. Jadikan BERSATU parti yang "seksi". Tak susah untuk menjadikan BERSATU parti yang "seksi". Mudah saja. 1. Tumpukan perjuangan untuk peneroka Felda. Kembalikan Felda kepada peneroka Felda. Jadikan peneroka RAJA semula. Keputusan Felda dibuat oleh Felda bukannya pemimpin politik. 2. GST. Tan Sri tengok-tengoklah kadar yang SESUAI untuk GST. Kalau 5 persen sesuai, turunkan ke 5 persen. Kalau 4 persen, turunkan ke 4 persen. Rakyat sedang merana, Tan Sri. 3. Kakitangan Awam. Tolonglah Tan Sri tengok-tengokkan kakitangan awam. Kasihan mereka. Bekerja bertungkus lumus, Audit akaun 1MDB. Bila dah siap, kena OSA. Tan Sri perlu naikkan semangat mereka semula. 4. Kakitangan GLC. Kesian mereka Tan Sri. Tengoklah MAS. Pekerja kena buang. Yang masih bekerja, gaji pula rendah. Petronas pula dah jadi macam syarikat kerdil, sama macam syarikat-syarikat lain. 5. Bila Tan Sri jadi PM nanti, Tan Sri jaga hati rakyat. Tengok-tengoklah rakyat. Di Kelantan, pelajar sekolah makan nasi goreng Cina dengan sosej. Duit negara pun dah kurang. Tapi ada pula duit untuk buat Taman Tugu Negara sampai RM650juta. Untuk pengetahuan Tan Sri, ramai di kampung pernah pergi Tugu Negara zaman sekolah rendah. Itu pun rombongan sekolah. Tan Sri, Selamat Berjuang. Sementara itu, benarkanlah Ahli-Ahli Parlimen dan Adun Umno meRAIkan penubuhan BERSATU.
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Semua UMNO bahagian diingatkan tidak mengguna kaedah kuku besi dalam menguruskan isu perasmian persidangan perwakilan melibatkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, UMNO sebagai parti yang berpengalaman perlu mengambil langkah positif seperti `menarik rambut dalam tepung’ dalam isu tersebut.
Katanya, Muhyiddin dan Mohd. Shafie mempunyai hak sebagai pemimpin tertinggi parti dan adalah tidak wajar sekiranya jemputan terhadap mereka diketepikan.
“Ini tidak demokratik dan tidak memartabatkan nilai dalam perjuangan. Jangan kita lupa Fasal 3 dalam Perlembagaan UMNO berkata, UMNO sebagai parti politik berjuang memperhebatkan kepentingan bangsa dan negara.
“Ini dalam perlembagaan. Ia juga menyebut agar parti ditadbir dengan baik dan adil. Jadi, dalam hal sebegitu, sebaik-baiknya yang dijemput dahulu dibiarkan hadir.
“Takkan pemimpin-pemimpin ini akan mengeluarkan kenyataan yang memecah belah? Kita dengar apa yang keluar dari pandangan mereka, kemudian barulah pimpinan membuat analisis,“ katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM Kampus Gombak di sini.
Sebelum ini beberapa UMNO bahagian antaranya Raub di Pahang dan Sungai Besar di Selangor membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin bagi merasmikan persidangan perwakilan bahagian masing-masing selepas beliau digugurkan daripada Kabinet.
UMNO Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga dikatakan membatalkan jemputan mereka terhadap Mohd. Shafie.
Dalam pada itu, Rais berkata, ini bukan kali pertama UMNO menghadapi masalah seumpama itu kerana sebelum ini, beberapa pemimpin lain pernah digugurkan dari Kabinet termasuk Tan Sri Syed Jaafar Albar, Datuk Seri Harun Idris dan Tan Sri Mohamed Rahmat.
Kata beliau, tidak cukup dengan itu, perkara sama berlaku juga terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
HAPPY birthday Dato' Ahmad Maslan. Sebuah blog hari ini turut mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Maslan dengan tajuknya "Selamat Hari Lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk MENCERIAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGANLAWAK GST". http://aans1.blogspot.com/2015/04/selamat-hari-lahir-untuk-mat-maslan.html
Pelbagai kritikan dilontarkan kepada Ahmad Maslan. Hendak menyalahkan pengkritik pun susah. Apabila diteliti kenyataan Ahmad Maslan, memang ada kebenaran kenyataan beliau kurang cerdik.
Maka pelbagai cara kritikan dibuat termasuk poster ini. Bagaimanapun Ahmad Maslan tampil di kaca TV semalam membuat kenyataan dan beliau memaafkan kesemua pengkritik beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai Ahmad Maslan. Oleh itu tak perlulah Jelapang mengulas lagi. Jelapang teringat akan kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim terhadap Kementerian yang beliau terajui dulu. Kata Rais: "Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan." http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-penerangan-tuding-jari-pada-kementerian-komunikasi-gagal-jawa Rais bekas Menteri Penerangan dan sudah pasti beliau lebih arif mengenai apa yang sedang berlaku di Kementerian itu sekarang. Pelbagai isu timbul dan kini Umno dilihat di dalam keadaan yang cukup kusut. Tetapi di mana Menteri-Menteri Kabinet Najib? Di mana Menteri Penerangan Shabeery Chik? Kementerian Penerangan adalah salah satu Kementerian yang penting dalam Kabinet tetapi malangnya tiada siapa tahu apa yang dilakukan oleh Kementerian ini dan Menterinya. Rasanya di dalam sejarah Kementerian Penerangan, Shabeery Chik merupakan Menteri Penerangan PALING LEMAH dalam sejarah Kementerian Penerangan. Pentingnya Kementerian Penerangan sehinggakan Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menjadi Menterinya. Hebatnya Menteri Penerangan dahulu sehinggakan orang lama-lama di dalam Umno tidak dapat melupakan betapa hebatnya Mohamed Rahmat, Kadir Sheikh Fadzir, Khalil Yaakob sebagai Menteri Penerangan. Malahan bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Ghazali Shafie, Adib Adam lebih berkemampuan jika dibandingkan dengan Shabeery Chik. Kalau dulu Rais disingkirkan dari Kabinet kerana umurnya, malangnya orang lebih muda dari Rais prestasi lebih rendah dari Rais. Mungkin ada yang akan berkata sekarang, lebih baik Rais dari Shabeery.
" Jika Najib ada membuat kesilapan, teguran perlu dibuat supaya kesilapan sama tidak diulangi. (Dr) Mahathir adalah seorang pemimpin yang BIJAK. Apa yang dikatakan beliau mungkin ada betulnya. Jadi, kita perlu menghormati kritikan yang beliau lontarkan. Saya berharap Perdana Menteri menerima teguran (Dr) Mahathir dengan positif supaya beliau dapat membangunkan negara serta rakyat dengan lebih baik pada masa yang akan datang." - Rais Yatim.
Rasanya dah berbuih mulut Tun Dr Mahathir Mohamad menegur Perdana Menteri Najib Razak terutamanya dalam kes 1MDB.
Dan Najib mengambil SIKAP MEMBISU kerana mungkin MEMBISU adalah satu-satunya cara beliau menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun. Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat. Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961. Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama
"Only in Malaysia, we see people go crazy, stomping their feet, insisting that they are Malaysians but at the same time don't want anything to do with Malaysia.
Only in Malaysia, we see people who insist that they are Malaysians but couldn't even speak Bahasa Malaysia.
Only in Malaysia, we see people who want to be treated equally as the original settlers but cunningly try to re-write the Malaysian history and constitution.
Only in Malaysia, we see people who claim to be Malaysians but cannot even sing the National Anthem!
Only in Malaysia, we see people who fight for equality but insist on going to vernacular schools.
NO other multiracial country in the world would tolerate vernacular schools except in Malaysia.
NO other multiracial country in the world would give equal privilege, rights or acknowledgement on the importance of other culture and language to be taught and nurtured among youngsters.
ONLY in Malaysia, we see minority own 81% of the economic cake and it is still ain't enough.
ONLY Malaysian Chinese would ask Namewee to be forgiven and look upon the person and and even set up a fan club.
Petikan di atas diambil dari surat pembaca yang didakwa ditulis oleh Angelia Sinyang dan disiarkan di laman web Perkasa.
Itulah sentimen sesetengah dari kita mengenai suasana politik negara pada ketika ini.
Dan dua hari lepas, satu lagi isu dicetuskan oleh kerajaan - pendakwaan terhadap Hassan Skodeng, seorang blogger berjawatan tinggi di akhbar Malay Mail.
Kerajaan sekarang disindir - Kerajaan sudah tidak lagi dapat membezakan antara Satira dan Jenaka. Kerajaan sedang gelabah dan takut pada bayang-bayang.
Yang menjadi mangsa ialah Najib Razak.
Diakar umbi, Najib disalahkan di atas kesilapan mendakwa Hassan Skodeng.
Yang menghairankan kenapa Najib nampak tidak bermaya dalam menjalankan tanggungjawab mentadbir negara?
Dalam kes liwat Anwar Ibrahim, tidak semena-mena kita dihidangkan sketsa percintaan antara saksi utama Saiful Bukhary Azlan, mangsa liwat, dengan salah seorang pegawai pendakwaan kes Anwar Ibrahim.
Tanpa kita sedari, selepas berbulan-bulan perbicaraan kes Teo Beng Hock, tiba-tiba timbul satu nota kononnya Teo Beng Hock meninggalkan nota bunuh diri di dalam beg duit beliau.
Tiba-tiba Hassan Skodeng didakwa kerana berjenaka mengenai Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Che Khalib tetapi apabila Namewee membuat satu video untuk "Fuck TNB", tiada tindakan terhadap beliau. Betul kata blogger Another Brick in the Wall, kalau nama Hassan itu Ah San, tak mungkin Ah San akan didakwa.
Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi sehingga hari ini masih belum menjelaskan apa rasionalnya mendakwa Hassan Skodeng.
Kalau Suruhanjaya tidak mahu jelaskan, Menterinya Rais Yatim kena jelaskan.
Rais kena bertanggungjawab kerana tidak mendakwa Hassan Skodeng memburukkan lagi pentadbiran Perdana Menteri.
Ini bukan pertama kali Rais membawa masalah kepada Najib. Satu ketika dulu isu "Green Dam" yang dibawa oleh Rais menyebabkan pentadbiran dipandang seorang oleh masyarakat dunia.
Rais kena perjelaskan kepada Najib kenapa Hassan Skodeng dikenakan tindakan dan yang paling penting jelaskan kenapa hari ini Rais dan Kerajaan sudah tidak dapat membezakan antara jenaka dan bukan.
Kepada Najib, biarlah kita nyatakan, rakyat hairan dan rasa ganjil cara Dato' Seri mentadbir negara.
Semalam Menteri Komunikasi Rais Yatim yang dilahirkan pada tahun 1942 muncul di TV3 untuk disoaljawab oleh penemuramahnya Manja Ismail antaranya mengenai Facebook dan Twitter.
Antara ungkapan menarik Rais ialah:
“Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita yang menghadap Facebook lebih lama daripada mengulangkaji pelajaran, mengaji al-Quran. Jadi saya hanya menyatakan, oleh kerana dunia siber internet ini bukan kita yang cipta, kita perlu berhati-hati, ambil yang baik dan buang yang tidak baik. http://hafizquran.blogspot.com/2010/03/rais-yatim-anak2-kita-menghadap.html
Sebelum ini Rais membuat kenyataan berikut mengenai Facebook dan Twitter:
"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng."http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=468837
Tidak semestinya kita harus bersetuju dengan pandangan Rais ini.
15 Januari 2009 Najib RazakAlhamdulillah I completed my Umrah. Now going to Friday prayers at Masjidil Haram before heading back to Jeddah.
Inilah yang ditulis oleh Perdana Menteri di dalam FACEBOOK beliau selepas menunaikan ibadah Umrah di Mekah dan 1,679 peminat facebook dan peminat Perdana Menteri memberi respons kepada catatan Perdana Menteri ini.
Dan pada hari yang sama, Menteri Kabinet yang dilantik oleh Najib, Rais Yatim, membuat kenyataan berikut seperti yang dilaporkan Bernama:
"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=468837
Kita harap Perdana Menteri mendengar nasihat Rais ini bahawa apabila memakai dan menggunakan Facebook dan Twitter, beliau harus mempunyai sifat keMalaysiaan dan sifat keIslaman untuk dijadikan benteng.
Sekali lagi rayuan Jelapang kepada YAB Perdana Menteri, tolonglah dengar nasihat Rais, Menteri Komunikasi Negara.
Tidaklah kita mengetahui sama idea ini adalah cetusan idea Rais Yatim atau bos beliau Najib Razak.
Dulu bukan main hebat Rais bercakap mengenai demokrasi selepas ditendang keluar oleh Dr Mahathir Mohamad. Kini Rais sendiri panas telinga tidak dapat menerima kritikan para bloggers.
Jalan mudah bagi Rais, turut cara negara China. Tapis blogger dan biar rakyat hanya mendengar propaganda kerajaan.
Sebenarnya, tindakan Rais ini tidak lebih dari mengakui bahawa beliau tidak layak sebagai Menteri Penerangan.
Apalah yang ada pada blogger. Blog bukan RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9, TV8 atau Bernama TV yang dibawah naungan Rais yang mempunyai penonton puluhan juta setiap hari.
Nampaknya Rais kecut perut dengan blog dan hilang keyakinan dengan stesen-stesen TV di bawah naungan beliau sendiri. Seharusnya Rais yakin akan usaha beliau selama ini, mengadakan dan memperkenalkan lagu 1Malaysia, senaman 1Malaysia, logo 1Malaysia dan sebulan lalu, Salam 1Malaysia.
Atau mungkin Menteri Penerangan kita kurang faham mengenai IT. Kita faham kerana Rais pun dah 67 tahun usianya. IT ini hanya wujud di zaman anak-anak muda.
Bagaimanapun jika "Green Dam" menjadi pilihan Najib dan Rais, kita kena terima dan faham akan implikasinya kepada negara.
Tiba-tiba Astro menaikkan bayaran untuk pakej sukan sebanyak RM12 kononnya kos penyiaran acara sukan di seluruh dunia semakin meningkat.
Yang lebih menakjubkan, Menteri Penerangan Rais Yatim yang siang malam muncul di kaca TV tidak pula berminat untuk membuat sebarang komen samada wajar atau tidak Astro mengenakan caj tambahan ini.
Astro dikawal selia oleh Kementerian Penerangan melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi yang dibawah pantauan Rais.
Rakyat dihidangkan dengan berita gembira dengan 11 hadiah dari Najib Razak sempena 100 hari memerintah Malaysia.
Kemudian "hadiah" ini dirampas semula oleh kerajaan dengan menaikkan tambang teksi.
Sekarang Astro pula "menyeluk poket" rakyat dan mengaut RM12 setiap bulan dari peminat-peminat sukan.
Tidak mungkin kenaikan ini dibuat tanpa pengetahuan Kerajaan, Rais atau Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.
RM12 tidak membawa apa-apa kesan kepada seorang Menteri seperti Rais. Perbelanjaan Rais dan bapak-bapak Menteri lain seharian ditanggung rakyat - baik tol, bil telefon, bil air maupun bil elektrik malahan elaun makan pun rakyat tanggung.
Rais Yatim dikritik hebat oleh Lim Kit Siang April lepas kerana tidak serius dalam membangunkan infrastruktur jalur lebar negara.
NasihatKit Siang kepada Rais pada masa itu ialah - jadilah Menteri Jalur Lebar dan bukannya Menteri Propaganda dan Blog. Tertanya-tanya kita adakah Rais benar-benar memahami industri jalur lebar dan komunikasi kerana dari penonjolan beliau semasa siaran berita di TV, Rais lebih banyak menumpukan kepada cara untuk berbahasa dengan betul dari menghayati industri komunikasi dan penerangan itu sendiri.
Hari ini persoalan itu terjawab. Bercakap kepada wartawan di Jelebu, Rais membuat kenyataan berikut:
"Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini.
"Tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.
Kepada Najib Razak, kalau nak lantik seseorang menjadi Menteri, biarlah orangnya betul-betul memahami portfolio beliau. Jangan letak orang di salah tempat. Kalau salah tempat maka kita akan disajikan kenyataan-kenyataan yang cetek pengetahuannya seperti Rais. Maka saban hari kita akan dengar "Internet slow kerana perniagaan video lucah".
''Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawanyang layak diberi penghargaan." - Rais Yatim. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Dalam banyak-banyak komen yang dibuat oleh Rais Yatim setiap hari sejak beliau tewas pemilihan Umno yang lepas dan sejak diberi semula roh politik oleh Najib Razak, kenyataan di atas pasti membuka mata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno.
Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa pemimpin berpandangan jauh! Hadi Awang negarawan!
Sudah lama kita tidak mendengar seorang ahli kabinet dan seorang Menteri Penerangan memberi sanjungan dan penghormatan yang begitu tinggi kepada pemimpin Pas yang berkurun-kurun dituduh oleh Umno mengkafirkan rakyat.
Kalau dalam Pas, Nik Aziz Nik Mat mengherdik Hadi dan menyifatkan sesetengah mereka sebagai "boneka Umno", apa pula pandangan Presiden Umno Najib dan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin kepada kenyataan Rais ini?
Seharusnya Rais selitkan kenyataan ini dalam komen beliau hari ini di RTM1, RTM2, Radio RTM, TV3, TV9, NTV7, Bernama TV dan Radio 24 agar seluruh pelusuk negara tahu bahawa Hadi Awang, PRESIDEN PAS, ada seorang negarawan.
Rais tidak ada masalah untuk mendapat liputan luas dengan komen-komen beliau. Saban hari, siang malam, stesen-stesen TV dan radio yang terletak di bawah Kementerian beliau menyiarkan visual dan audio Rais Yatim memberi komen dalam pelbagai isu.
Ada kalanya, berita mengenai Rais mengalahkan pengumuman yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin.
Mungkin juga visual Rais setiap hari boleh memperkuatkan Umno dan BN semula. Mungkin juga Rais adalah "muka" atau "face" yang boleh menyakinkan rakyat untuk kembali kepada BN dan Umno . Wallahualam.